Setiap iabadah yang kita lakukan pastinya mempunyai cara dan adab yang perlu kita patuhi.

Sebagai seorang lelaki dewasa amatlah penting untuk anda betul-batul tahu dan ikut cara mandi wajib dengan betul.

Setiap lelaki atau perempuan perlu tahu adab ketika mandi wajib atau mandi junub dan ia tidak boleh di pandang ringan. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Seseorang itu wajib mandi samada terkeluar air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas.

Adakah Selama Ini Anda Mandi Wajib Dengan Betul? Rujuk 10 Adab Ini Yang Perlu Anda Tahu

Oleh itu amatlah penting untuk anda tahu aturan mandi wajib dengan betul sebelum melakukan ibadah lain.

Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

IKLAN
  1. Niat ketika air sampai ke tubuh
  2. Membaca “Bismillah”
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
  6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.

Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.

Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

IKLAN

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.

Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji.

Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

IKLAN

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam

SUMBER: JAKIM VIA ISLAM ITU INDAH

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI