Tidak dinafikan buat peminat atau penggemar setia adidas, jenama asal Jerman ini minggu ahlinya atau dikenali sebagai adiClub Members Week cukup dinanti-nantikan. Sebagai salah sebuah jenama pengeluar barangan sukan dan gaya hidup yang sangat popular, adidas sentiasa menawarkan pelbagai aktviti, tawaran dan hadiah yang menarik buat pelanggan atau ahlinya.

Sentiasa utuh memperkenalkan pelbagai variasi produk berkualiti serta inovasi teknologi sukan terkini, adidas sering dilihat menjadi sandaran buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan juga gaya trendy terkini.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik

Selain pelbagai tawaran dan diskaun menarik, adiClub juga hadir dengan objektif memberikan pelbagai kelebihan kepada ahlinya seperti akses awal dan juga jemputan ke acara eksklusif untuk ahli adiClub.

Lebih menarik adiClub diperkenalkan dengan empat peringkat berbeza dari Level 1 hingga Level 4. Semakin tinggi peringkat keahlian semakin banyak kelebihan yang boleh dinikmati oleh ahlinya.

Menurut adidas, setiap penyertaan akan secara otomatik mendapat 50 mata, profile lengkap 50 mata dan mata bonus hari lahir pula sebanyak 500 mata. Dari segi pengiraan mata pula setiap RM4 yang dibelanjakan melayakkan pengguna mendapat 10 poin.

Selain meraikan ahlinya, adiClub Member Week yang dilangsungkan sebanyak dua kali setahun ini turut dianjurkan untuk memberikan ganjaran dan memberikan inspirasi untuk menyerlahkan identiti gaya hidup mereka dengan pelbagai pengenalan barangan eksklusif atau exclusive drops dan juga tawaran istimewa.

Untuk adiClub Members Week yang kedua pada tahun ini ia akan berlangsung bermula pada hari ini 13 Oktober sehingga 29 Oktober 2023. Jadi apakah tawaran, aktiviti dan ganjaran menarik yang ditawarkan oleh adidas pada kali ini?

KASUT BERTANDATANGAN K-POP IDOL

Siapa tidak kenal dengan Hoyeon, peragawati bertaraf antarabangsa dan juga pelakon yang terkenal dengan drama thriller meraih pelbagai anugerah, ‘Squid Game’dan juga Jennie, ahli grup K-pop, Blackpink yang diangkat sebagai di antara idol yang paling trendy dan bergaya di Korea Selatan.

IKLAN
adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik
Samba ditandatangan oleh Hoyeon

Apa kaitannya mereka dengan adiClub Members Week? adidas menawarkan kasut Samba yang ditandantangan oleh Hoyeon dan kasut Superstar ditandatangan oleh Jennie dalam satu peraduan yang menarik.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik
Superstar bertandatangan Jennie

Ahli adiClub hanya perlu membelanjakan RM399 di butik terpilih atau secara di atas talian. Ahli setiap peringkat level layak menyertainya bermula 13 Oktober sehingga 18 Oktober 2023 dengan mengisi borang ini.

AKTIVITI KECERGASAN

Seperti edisinya yang terdahulu, pada kali ini juga adidas turut mengadakan pelbagai aktiviti kecergasan menari bersempena adiClub Members Week. Salah satunya ialah larian komuniti bersama adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL). Larian sejauh 4km ini akab berlangsung pada 28 Oktober 2023 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik

Mana-mana ahli yang berminat boleh menyertainya dengan mengisi Google Form bermula 18 Oktober 2023, sementara slot masih ada.

IKLAN

Selain aktiviti larian, adidas Malaysia turut berkolaborasi dengan Rival KL dengan mengadakan sesi senaman yang memberi fokus kepada latihan kekuatan. Ia akan diadakan pada 29 Oktober 2023 dengan dua sesi berbeza untuk Beginner dan Intermediate. Jika berminat boleh isi borang di sini.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik

Peserta yang menyertai kedua-dua aktiviti dinyatakan di atas berpeluang untuk memenangi langganan 12 bulan Les Mill+ Premium di mana mereka boleh mengakses ribuan jenis teknik senaman.

TAWARAN ISTIMEWA

Seperti edisi terdahulu, adiClub Members Week turut menawarkan hadiah ekslusif sepanjang penganjurannya.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik

IKLAN

Untuk setiap ahli semua peringkat level mereka boleh menebus hadiah eksklusif merupakan beg dan juga jam tangan dengan pembelian online. Untuk beg kecil ia layak ditebus dengan setiap pembelian minimum RM399 manakala untuk beg besar, RM799.

adidas Malaysia Raikan adiClub Members Week Dengan Pelbagai Aktiviti, Tawaran & Hadiah Menarik

Buat jam tangan adidas Originals pula ia layak ditebus di butik adidas terpilih dengan pembelian RM799. Jadi buat anda yang merupakan ahli adiClub jangan lepaskan tawaran-tawaran hebat ini.

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran hebat dan menarik sepanjang adiClub Members Week anda boleh ikutinya di www.adidas.com.my/en/adiclub. 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI