
Tidak dinafikan pada tahun 2016 hingga 2017, silhouette Ultraboost dari adidas menjadi antara trend sneakers yang paling digilai.
Kasut yang pada mulanya dihasilkan untuk aktviti larian berprestasi tinggi berubah menjadi sebahagian daripada gaya trend sneakers dipopularkan oleh beberapa ikon rapper terkenal seperti Kanye West.
Walaupun populariti Ultraboost dilihat sedikit menurun namun masih ramai yang masih setia menggunakan rekaan kasut larian daripada adidas ini dek keselesaan luar biasa ditawarkannya.
Pada tahun 2020, adidas telah memperkenalkan versi Ultraboost 20. Lebih istimewa sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina bulan hadapan mereka memperkenalkan versi edisi khas Ultrabost CNY.
Ultraboost 20 mengekalkan elemen utamanya iaitu penggunaan midsole daripada bahan dikenali sebagai Boost. Ia juga didefinisikan dengan kajian dari ISS yang menjalankan ujian mikrograviti bagi memberikan keselesaan serta pretasi terbaik kepada pemakainya.
Versi Ultraboost CNY menampilkan wrna hitam dan emas yang didekorasikan dengan corak lukisan tradisional Cina. Lukisan menampilkan burung ‘crane’ yang melambangkan kesejahteraan dan kedamaian.
Kasut edisi istimewa daripada adidas ini kini boleh didapati di laman sesawang rasmi dan outlet terpilih mereka di seluruh negara.
Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Kalau Nak Berat Badan Turun Cepat

Amalan minum teh hijau memang banyak manfaatnya kerana miliki antioksidan yang amat bagus terutamanya dalam membantu menurunkan berat badan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kandungan flavonoid dan kafein yang ada pada teh hijau mampu meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan meningkatkan kadar penggunaan tenaga.
Namun, impian untuk menurunkan berat badan akan lebih lancar dan berkesan jika anda mengamalkan minuman menyihatkan ini dengan cara yang betul.
Ketahui dahulu jenis-jenis teh hijau yang terbaik untuk anda amalkan.
Jenis-jenis teh hijau yang terbaik
Selain memilih teh hijau yang tidak mempunyai rasa sebagai pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan, The Beauty Gyspy pula menyarankan anda menggunakan dua jenis teh hijau daripada jenis matcha dan hojicha.
a. Matcha mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia merupakan daun teh hijau yang telah digiling halus menjadi serbuk.
b. Hojicha pula diperbuat daripada daun teh hijau yang dipanggang sehingga berwarna coklat gelap. Kandungan kafein pada hojicha cukup rendah kerana daunnya dipetik pada akhir musim menuai dan dipanggang pada suhu yang jauh lebih tinggi daripada daun teh yang lain.
Artikel berkaitan: Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Kalau Nak Berat Badan Turun Cepat
Artikel berkaitan: Kenali 5 Jenis Teh Ini, Ia Mempunyai Fungsi Buang Lemak Barulah Badan Lebih Segar & Ringan!

Waktu terbaik minum teh hijau
Jika anda ingin mendapatkan manfaat teh hijau untuk tubuh badan, pastikan anda menikmatinya pada waktu yang sesuai agar badan anda dapat menyerap setiap kebaikan yang dibekalkan oleh teh ini.
1. Elak minum di awal pagi ketika perut kosong
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut anda kosong kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya boleh menyebabkan dehidrasi dan perut berangin akibat rembesan asid gastrik.
2. Selepas sarapan
Waktu terbaik untuk mengamalkannya adalah 30 minit selepas sarapan. Minum pada waktu ini dapat menyegarkan tubuh dan fikiran untuk anda memulakan aktiviti sepanjang hari. Seelok-eloknya ambillah minuman ini antara jam 10 hingga 11 pagi.
3. Sebelum bersenam
Minum teh hijau 30 minit sebelum bersenam dapat meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama, sekali gus membakar lemak. Ini kerana kandungan kafein yang ada di dalam teh ini dapat membantu meningkatkan stamina.
4. Selepas makan
Teh hijau juga boleh memberikan manfaat terbaik jika anda mengamalkannya selepas makan. Cara ini berguna untuk mereka yang mengalami perut sensitif. Ini kerana teh hijau bersifat alkali dan merangsang rembesan zat asid gastrik lebih banyak. Elak mengambil teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
5. Elak minum dua jam sebelum tidur
Jangan ambil teh hijau kurang dua jam sebelum tidur kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya akan membuatkan anda sukar tidur. Apabila anda kurang tidur, ia akan mengganggu proses metabolisme tubuh sehingga pembakaran lemak di dalam tubuh tidak optimal. Sebaiknya, minumlah teh hijau setelah makan malam iaitu empat jam sebelum anda masuk tidur.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN
Pelik Mengapa Nafsu Makan Semakin Meningkat? Ini sebabnya!

Sering tertanya-tanya mengapa nafsu makan anda naik secara tiba-tiba? Mungkin anda sedang mengalami kemurungan dan tertekan.
Tubuh akan menghasilkan hormon kortisol dan insulin. Malah, bila badan stres, hormon ghrelin iaitu hormon lapar juga akan dilepaskan.
Tetapi mengikut sesetengah kajian, perkara ini terjadi kerana tubuh badan sedang memberi isyarat kepada otak bahawa metabolisme anda sedang meningkat. Pembakaran lemak menjadi cepat terbakar.
Apabila metabolisma dan penghadaman kekal meningkat, perut akan mudah merasa lapar dan kenyang.
Sebenarnya anda hanya perlukan segelas jelas air sahaja. Jika anda berasa lapar lagi, minum air lagi dan sekiranya anda tidak tahan barulah ambil beberapa potong buah untuk mengekalkan metabolisma dan tidak turun. Anda juga boleh nikmati sayur-sayuran atau salad dalam masa yang sama.
Jika tidak, anda boleh ambil gula-gula gerah bebas gula dan tiada kalori. Badan akan menganggap anda sedang mengambil makanan manis dan keinginan makan itu boleh diatasi tanpa mendapat kalori berlebihan.
Amalan mengunyah dan menghirup juga akan ‘menipu’ badan bahawa anda sebenarnya sedang makan makanan tanpa mengambil kalori yang berlebihan daripada makanan dan minuman tinggi gula dan lemak.
Ambil lah makanan yang rendah kandungan kalori dan elakan dari mengambil makanan yang manis serta masin.
Mengekalkan Kewarasan Minda Berada Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP

Kita ada tiga minggu lagi untuk terus berada di rumah dan membantu kerajaan dan negara bagi menyekat rantaian jangkitan wabak Covid-19.
Hari ini kita sudah memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa ia dilanjutkan sehingga 14 April.
Bagi anda yang mempunyai karakter introvert tempoh untuk berkurung dalam rumah ini bukanlah satu masalah besar. Malah ia bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai buat anda.
Tapi berbeza pula bagi mereka yang extrovert dan gemar melakukan aktviti luaran. Mungkin ini adalah tempoh paling menyeksakan bagi mereka kerana tidak dapat keluar dan melakukan aktviti sosial seperti hari biasa.
Maka tidak hairanlah kita lihat di laman media sosial sudah ada yang mengeluh berasa bosan dan tertekan kerana harus ikut arahan duduk di rumah.
Dan mungkin lebih serius ia boleh menyebabkan rasa tekanan jiwa dan serabut di dalam minda.
Anda jangan jadi begitu ya. Semua ini hanyalah sementara dan kita perlu bijak bagaimana untuk tangani rasa bosan dan stres.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah sentiasa merancang dalam tempoh terdekat apa yang anda ingin lakukan. Sebagai contoh;
“Dalam 15 minit lagi aku nak basuh kereta.”
Atau…
“Hari ini aku nak habiskan masa dengan membaca novel-novel yang dibeli pada pesta buku yang lepas.”
Ketahuilah bahawa perancangan masa yang terdekat boleh membantu anda mengisi masa terluang lalu membuatkan fikiran anda terhindar dari rasa bosan dan tertekan.
Selain itu ada lima cara efektif untuk anda mengekalkan kewarasan sepanjang tempoh PKP.
1.
Sentiasa berhubung dengan famili dan rakan-rakan menerusi panggilan video atau telefon.
2.
Luangkan masa untuk pelajari perkara baru dan terokai kemampuan sendiri. Sebagai contoh belajar bermain alat muzik.
3.
Kenal pasti bila masa anda mula rasa tertekan atau stres. Usah biar ia terus belanjutan dan meningkat ke tahap lebih tinggi. Bertenag, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus.
4.
Usah jadi statik dan bergeraklah dengan aktif walaupun berada di rumah. Lakukan senaman ringkas. Anda boleh iktui pelbagai tip di dalam website MASKULIN ini.
5.
Sentiasa rasa bersyukur dan senyum. Ingatlah di luar sana masih ramai insan-insan yang berkurang nasib baik berbanding anda.