adidas Tampilkan Rekaan Terbaru UltraBoost Versi Chinese New Year

Share

Tidak dinafikan pada tahun 2016 hingga 2017, silhouette Ultraboost dari adidas menjadi antara trend sneakers yang paling digilai.

Kasut yang pada mulanya dihasilkan untuk aktviti larian berprestasi tinggi berubah menjadi sebahagian daripada gaya trend sneakers dipopularkan oleh beberapa ikon rapper terkenal seperti Kanye West.

Walaupun populariti Ultraboost dilihat sedikit menurun namun masih ramai yang masih setia menggunakan rekaan kasut larian daripada adidas ini dek keselesaan luar biasa ditawarkannya.

Pada tahun 2020, adidas telah memperkenalkan versi Ultraboost 20. Lebih istimewa sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina bulan hadapan mereka memperkenalkan versi edisi khas Ultrabost CNY.

Ultraboost 20 mengekalkan elemen utamanya iaitu penggunaan midsole daripada bahan dikenali sebagai Boost. Ia juga didefinisikan dengan kajian dari ISS yang menjalankan ujian mikrograviti bagi memberikan keselesaan serta pretasi terbaik kepada pemakainya.

Versi Ultraboost CNY menampilkan wrna hitam dan emas yang didekorasikan dengan corak lukisan tradisional Cina. Lukisan menampilkan burung ‘crane’ yang melambangkan kesejahteraan dan kedamaian.

Kasut edisi istimewa daripada adidas ini kini boleh didapati di laman sesawang rasmi dan outlet terpilih mereka di seluruh negara.

IKLAN