Fesyen

adidas x Mercedes AMG PETRONAS F1 Team 2026, Teamwear Baharu Lebih Race Ready

Share

Kalau ada satu benda yang Formula 1 ajar kita, ia bukan sekadar laju. Ia tentang perincian. Dari aerodinamik kereta sampai cara kru bergerak dalam pit lane, setiap benda ada tujuan. Dan untuk musim 2026, adidas x Mercedes AMG PETRONAS F1 Team 2026 tampil dengan koleksi teamwear baharu yang nampak ringkas, tetapi jelas dibuat untuk fungsi, prestasi dan identiti pasukan.

Diumumkan pada 15 Januari 2026, koleksi ini menandakan tahun kedua adidas sebagai Rakan Rasmi Team Mercedes AMG PETRONAS F1 Team. Identiti visual koleksi masih mengekalkan DNA koleksi pertama, namun kini disuntik kod reka bentuk baharu yang diambil daripada warna ikonik, bentuk serta nilai jenama Mercedes.

Direka Ikut Peranan, Bukan Sekadar Satu Uniform Untuk Semua

Apa yang menarik tentang koleksi adidas x Mercedes AMG PETRONAS F1 Team 2026 ialah pendekatan adidas yang membina setiap item mengikut keperluan individu dalam pasukan, dari pemandu, jurutera, mekanik hingga kru di paddock.

Fokus utama koleksi ini adalah keselesaan, potongan yang tepat dan material teknikal tanpa mengorbankan gaya. Setiap helaian direka untuk mengoptimumkan fit dan fungsi, dengan rangkaian polo, jersi dan tracksuit yang sesuai untuk suasana race weekend yang penuh tekanan.

Ia bukan sekadar untuk nampak kemas di kamera, tetapi untuk survive sepanjang hari di litar.

Driver Wear, CLIMACOOL dan Corak Hexagon Berkilat

Untuk pemandu, hero piece koleksi ini ialah authentic driver jersey yang menampilkan corak heksagon berkilat pada seluruh baju.

Corak ini diinspirasikan daripada simbol kesatuan dan semangat berpasukan pasukan Mercedes. Ia bukan corak biasa atas kain, tetapi corak kejuruteraan yang nampak premium bila terkena cahaya.

Jersi ini turut disuntik elemen teal klasik Mercedes AMG PETRONAS, dan paling penting menggunakan teknologi adidas CLIMACOOL untuk bantu kekal sejuk dan kering, terutama bila bergerak sepanjang paddock.

Inilah bukti nyata bahawa adidas x Mercedes AMG PETRONAS F1 Team 2026 menitikberatkan fungsi dan gaya secara seimbang.

Untuk mekanik, potongan baju hadir dalam pilihan lengan pendek dan lengan panjang dengan silhouette lebih moden.

Ada grafik curved teal yang memberi vibe laju dan teknikal, sesuai dengan karakter kerja mereka yang pantas, tepat dan sentiasa bergerak.

Engineer Wear, Hitam Kini Jadi Warna Utama

Satu perubahan paling ketara dalam koleksi adidas x Mercedes AMG PETRONAS F1 Team 2026 ialah engineer wear yang kini beralih daripada base putih kepada hitam, menjadikan hitam sebagai warna utama keseluruhan koleksi.

Koleksi ini turut dilengkapkan dengan rangkaian footwear termasuk Ultraboost 5 yang diberi nafas baharu.

Versi ini tampil dengan teal pada bahagian heel yang fade ke hitam pada mid dan forefoot, kemudian dihiasi Three Stripes perak berkilat yang memang mudah dikenali.

Aksesori seperti cap dalam warna rasmi pasukan juga turut diperkenalkan, melengkapkan gaya race day sama ada untuk kegunaan kru atau peminat di grandstand.

adidas dan Mercedes Tekankan Prestasi, Inovasi dan Identiti

Pengurus Besar Kategori Permotoran adidas, Michael Batz, berkata mereka memberi perhatian penuh pada setiap peranan dalam pasukan.

“Ketika kami memasuki tahun kedua kerjasama ini, kami terus mencurahkan banyak pemikiran dan ketelitian dalam mereka bentuk item yang memenuhi keperluan setiap ahli pasukan,” katanya.

Ketua Pegawai Komersial Mercedes AMG PETRONAS F1 Team Richard Sanders pula menegaskan kerjasama ini bukan sekadar fashion, tetapi performance dan identiti.

“Koleksi teamwear kedua kami sekali lagi mencerminkan nilai-nilai tersebut dengan sempurna, menghasilkan pakaian yang bukan sahaja memenuhi tuntutan teknikal Formula 1, malah turut membawa identiti pasukan kami,” jelasnya lagi.

BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?

Aktiviti Malaysia: Speedster Car Simulator Challenge di Sunway Pyramid

Bersempena pelancaran koleksi ini, adidas Malaysia turut menganjurkan Speedster Car Simulator Challenge di adidas Brand Center Sunway Pyramid dari 15 Januari hingga 1 Februari 2026.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM599 termasuk satu item SS26 Mercedes Motorsport layak menyertai cabaran ini dengan tiga pusingan untuk catat masa terpantas.

25 peserta terpantas akan mara ke Final Round pada 7 Februari untuk menentukan Top 3 pemenang. Pemenang utama akan menerima baucar tunai adidas RM1,000 serta Mercedes AMG PETRONAS F1 Team keychain.

Dari 2 hingga 11 Februari 2026, pelanggan yang berbelanja minimum RM499 termasuk item SS26 Mercedes Motorsport akan menerima Miniature Car dan Decal Set sebagai hadiah pembelian di butik terpilih seperti Pavilion KL, Sunway Pyramid dan Suria KLCC.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim