Khasiat buah durian belanda kini menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia kerana ia dikatakan dapat mencegah dari penyakit kanser. Walaupun ada segelintir pakar perubatan terkenal dan tidak tidak terkenal menafikan kebolehupayaan buah ini untuk merawat kanser, ia tetap menjadi rebutan ramai orang di luar sana.

Melihat daripada gejala ini, Datuk Rosyam Nor terusik untuk membuka ladang durian belanda dan sekaligus memperkenalkan produk baru Adraa yang telah diberi nama sempena nama cucu pertamanya. Setelah 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan, kini, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan 3 produk ADRAA yang berasaskan durian belanda iaitu Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.

 

Adraa Produk Durian Belanda Mampu Cegah Kanser?

IKLAN

Melihat kepada gaya hidup masyarakat yang gemar dengan makanan berbentuk On The Go yang menyebabkan pencemaran radikal bebas pada tubuh, maka agen antioksida yang tinggi diperlukan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Usia yang meningkat juga memerlukan antioksida yang tinggi untuk terus kekal sihat. Dan kandungan antioksida yang tinggi ini terdapat dalam pohon ajaib iaitu Durian Belanda atau nama saintifiknya Graviola atau Annona Muricata. Pohon ajaib ini turut dikenali dengan nama sirsak (Indonesia), nangka belanda (Sabah), dalam pada masa yang sama Datuk Rosyam membantu penguasaha-pengusaha baru bagi membina masa dengan dengan perniagaan sendiri. Adraa adalah pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada.

Adraa Produk Durian Belanda Mampu Cegah Kanser?

IKLAN

Namun menurut Datuk Rosyam, Durian Belanda Adraa belum disahihkan lagi untuk merawat kanser sepenuhnya. Buat sementara waktu ini, ia hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mampu untuk menghindari seseorang dari penyakit seperti darah tinggi, kening manis dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, penyelidikan masih diteruskan dan dengan izinNya, Adraa mampu untuk merawat kanser pada masa akan datang.

Adraa Produk Durian Belanda Mampu Cegah Kanser?

IKLAN

Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 sachets dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5. Anda boleh dapatkan produk ADRAA daripada stokis/toko-toko jamu dan secara online di web rasmi kami.

 

Sumber Gambar produk dari laman web Adraa

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI