
Setelah bekerja selama 5 hari berturut-turut, sesekali anda pasti ingin melakukan aktiviti yang lebih ‘menyegarkan’.
Di tambah pula ada kalanya, anda tiba-tiba rasa bosan duduk di rumah kerana tidak tahu untuk membuat apa lagi.
Sehubungan itu, Maskulin senaraikan 6 perkara yang mungkin boleh membantu untuk hilangkan rasa bosan anda
1. Menyaksikan panorama indah
Jika di kawasan anda ada tempat yang tinggi seperti kawasan bukit yang boleh menyaksikan kedudukan bandar dari jauh, apa kata lepak di situ selama sejam atau dua jam. Di tambah pula kawasan berbukit oksigennya lebih segar pada waktu malam pasti boleh membuat anda hilang stress.
2. Kunjungi restoran kegemaran
Ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk kunjungi restoran kegemaran anda. Sambil-sambil makan, boleh luangkan masa bertanya khabar, bercerita tetapi jangan makan terlebih-lebih sehingga boleh menjejaskan kesihatan anda.
3. Tonton wayang
Ada cerita baharu yang belum sempat anda tonton? Inilah masanya. Filem bagaimana yang anda gemarkan? Bercorak santai, komedi, seram atau art berat? tetapi kalau tonton filem seram yang benar-benar seram, ia boleh membakar kalori anda tau kerana degupan jantung yang lebih laju.
4. Bersiar-siar
Ambil angin malam. Dengan bersiar-siar, lihat suasana sekeliling, lampu-lampu yang cantik, diharapkan anda dapat melepaskan tekanan yang dialami. Tidak perlu manjakan diri untuk ke tempat yang mahal-mahal, cukuplah sekadar buat diri rasa tenang.
5. Bersukan
Sertai rakan-rakan yang aktif bersukan pada waktu malam seperti bermain futsal, badminton dan bina badan di gym. Sekurang-kurangnya boleh keluarkan peluh tetapi urus masa anda untuk bersukan awal, dua jam sebelum tidur. Ini untuk memastikan tubuh anda tidak menerima kejutan yang drastik.
6. Sertai NGO
Ada NGO yang turun ke jalanan memberi makan kepada gelandangan. Anda mungkin boleh sertai mereka untuk berbuat kebajikan selain dapat memahami situasi mereka yang lebih susah daripada kita.
“Lelaki, Buanglah Sikap Panas Baran Tu,” – Tak Ada Wanita Yang Suka Tau!

Setiap lelaki memang sudah dilahirkan dengan sifat yang ego dalam diri namun jika tidak dikawal, anda mungkin boleh menjadi seseorang yang panas baran.
Anda rasa.. hanya ana sahaja yang betul dan pendapat orang lain langsung tidak boleh dipakai. Tindakan sebegini amatlah tidak wajar.
Jika berdasarkan laporan keganasan rumah tangga, ramai wanita mendakwa tertipu dengan lelaki yang dikenalinya sewaktu bercinta.
Selepas setahun berkahwin sahaja, anda sudah mula tunjukkan taring anda kepada insan lemah yang sewajarnya kita belai dengan kasih sayang.
Sehubungan itu, terdapat juga beberapa sebab utama kalau boleh wanita tak nak berkahwin dengan lelaki yang panas baran :
1. Asyik menengking
Lelaki panas baran dikatakan suka menengking. Sikit-sikit nak marah. Hal yang kecil pun boleh dibuat gaduh.
2. Tidak sabar
Selagi tidak mendapatkan sesuatu yang diingini, selagi itulah anda akan mencerca jiwa dan emosi kaum wanita ini.
3. Hilang kasih-sayang
Bermula dengan hilang komunikasi, setiap kali isteri hendak bersuara, anda menempelaknya. Lama-kelamaan, isteri pun hilang mood, begitu juga dengan kasih-sayang.
4. Jadi mangsa penderaan
Kajian dunia menunjukkan lelaki panas barang tidak takut untung menghayunkan tangan mereka yang keras dan kuat itu ke tubuh wanita yang lemah dan tidak mampu melawan. Kerana cinta, mereka jaga aib dan tidak laporkan kepada polis tetapi itulah, merekalah yang jadi mangsa.
5. Ikutan buruk kepada anak-anak
Jika sudah memiliki cahaya mata, anak anda akan mengikut apa yang anda lakukan. Begitu juga dengan tabiat merokok.
“Kalau ayah merokok, apa salah saya nak merokok juga? Dan kalau ayah boleh pukul mak dekat rumah, kenapa saya tak boleh pukul orang dekat luar?” Pengaruh inilah yang paling kita risaukan dan berhadap dapat dikekang.
Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi insan yang lebih baik. Benar, semua orang ada kesilapan pada masa lampau namun ia tidak semestinya tidak boleh diubah.
Jika anda mahukan keamanan dan tidak mahu generasi akan datang bersifat lebih kurang ajar daripada anda sekarang, berubahlah!
Sayangnya Muka Kacak Tapi Perut Selalu Meragam ‘Melepas’ Angin Tak Kira Tempat

Pernah tak anda alami kembung perut dan meragam sepanjang masa sehingga tidak dapat kawal ‘angin’ yang keluar sama ada dari atas atau bawah. Sebenarnya perkara ini adalah normal dan bukanlah satu hal yang pertlu dimalukan. Tapi sayangnya ramai lelaki seakan tidak mengendah akan kondisi ini dan biarkan berlarutan.
Angin merupakan kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan doktor untuk rawatan segera.
Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh membawa kepada gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis (cirit birit) atau irritable bowel syndrome (IBS) (cirit birit yang berterusan).

Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan, keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
- irritable bowel syndrome (IBS) “gastroenteritis”
- diverticulosis atau diverticulitis
- penyakit seliak (coeliac disease)
- ketidakhadaman

Tanda-tanda kembung perut
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut. Sayangnya jika ia tidak dirawat sebaiknya.
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
BACA: Workout Berganda Lebih Efisien & Tidak Bosan Dengan Alat Bantuan Senaman
Kesan kembung perut
- Malu untuk bersosial
- Terlalu merendah diri
Rawatan untuk kembung perut
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga juga membantu.
Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat seperti di bawah dapat membantu.
- Suplemen Laktosa: sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
- Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
- Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.
Langkah pencegahan kembung perut
Ukuran Pemakanan
- Ubah amalan pemakanan membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan badan atau membantu mengeluarkan gas lebih cepat melalui sistem anda.
- Kenal pasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
- Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung perutn terhasil daripada makanan berlemak. Ia merencatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
- Catu pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu. Jika mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
- Kurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
- Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Sayangnya kalau anda tak check out!
Tidak Boleh Keluar Rumah Lebih 10KM Dari Kediaman Sepanjang PKP Atau Berdepan Denda RM1,000

Seluruh negara kini telah pun memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 1 April hingga 14 April 2020. Melalui fasa kedua ini langkah pencegahan lebih diperkatatkan oleh pihak berkuasa bagi mengawal pergerakan orang awam.
Antara yang terbaru ialah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Peraturan ini menetapkan had perjalanan mana-mana individu yang keluar rumah dalam sepanjang tempoh itu bagi tujuan dibenarkan adalah dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman.
Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu tersebut juga tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan alasan munasabah.
“ Peraturan itu melibatkan arahan kawalan pergerakan iaitu tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain,” menurut peraturan itu.
Seseorang hanya boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi tujuan tertentu.
KRITERIA YANG DIBENARKAN
Ia termasuk untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet; membekalkan atau menghantar makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet; mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan; melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan sebarang perkhidmatan perlu.
Jelas peraturan itu lagi jika seseorang bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dalam kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan lain bagi tujuan membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet, pergerakannya hanya dalam radius yang tidak melebihi 10 km dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya, dan tidak boleh disertai orang lain, melainkan jika ada sebab munasabah.
Manakala bagi mana-mana individu yang ingin dapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan pula, pergerakan boleh disertai orang lain, tetapi juga dalam radius yang tidak melebihi 10 km dari kediaman, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya.
Bagi tujuan melaksanakan tugas rasmi pula haruslah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh penguat kuasa dan untuk melaksanakan tugasnya berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu, individu itu juga perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki.
LARANGAN TEGAS
Peraturan itu turut menjelaskan bahawa untuk pergerakan kerana sebab khas dan tertentu yang menyaksikan seseorang perlu bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis di balai berhampiran.
Selain itu, dalam tempoh berkenaan tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam perhimpunan di dalam mana-mana premis sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan, namun dibolehkan untuk upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan yang minimum.
Peraturan itu turut menjelaskan mengenai perkhidmatan perlu yang meliputi 10 jenis iaitu makanan, air, tenaga, komunikasi dan Internet, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, perbankan dan kewangan, e-dagang serta logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.
Bagi individu yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Sumber: BERNAMA
Foto: Astro Awani