Tidur lewat atau tidak cukup tidur merupakan faktor asas kenapa orang boleh rasa mengantuk pada awal pagi sehingga menjejaskan kualiti kerjaya di tempat kerja.

Selain itu, gaya hidup masyarakat moden hari ini turut menyumbang kepada faktor penurunan prestasi dan kesihatan rakyat sehingga tersengguk-sengguk setiap pagi.

Sehubungan itu, ada yang berkata, jika anda menguap pada awal pagi misalnya di pejabat, kalau di tempat kerja tiada ruang privasi, ‘larilah sekejap’ dan berjoget dalam masa 1 hingga 3 minit.

Nak lagi best, ajak kawan-kawan untuk buat kerja gila sama-sama. Pasti anda akan merasai kesegaran yang sangat berbeza.

Anda juga boleh lakukan beberapa cara ini, Nah MASKULIN berikan anda idea beberapa cara untuk hilangkan rasa ‘berat kepala’ ketika di pejabat.

#1: Minum air kosong atau air suam

Antara faktor yang membuatkan anda cepat letih adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.

#2: Dengar muzik yang sesuai

Aduh Mengantuk Pula! Ini Ada Beberapa Cara Untuk Anda

Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu syadu pula!

Ads

#3: Segera ke sinki dan basuh muka

Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia dapat mengurangkan sedikit rasa mengantuk yang anda alami.

#4: Hidu bau-bauan aromaterapi

Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.

#5: Pandang pokok-pokok berwarna hijau

Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.

Ads

#6: Lakukan senaman ringan

Aduh Mengantuk Pula! Ini Ada Beberapa Cara Untuk Anda

Berdiri, duduk, berdiri, duduk, buat rengangan badan dan gerak ke kanan dan ke kiri. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Hanya memerlukan tempoh masa 3 minit sahaja, lepas sudah buat pasti anda akan segar Kembali kerana darah-darah di tubuh mengalir dengan lancar.

Baca: Teknik Bersenam Menggunakan Kerusi Di Pejabat & Di Rumah

#7: Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya

Ads

Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.

#8: Dapatkan rehat secukupnya dan selesa

Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.

#9: Makan Buah Avokado

Bukan sahaja avokado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.Ini merangkumi nutrisi seperti lutein dan zeaxanthin yang mana sangat penting kepada kesihatan mata. Bila mata dah segar dan sihat, pasti perasaan mengantuk juga hilang.

#10: Kopi adalah jalan terbaik

Aduh Mengantuk Pula! Ini Ada Beberapa Cara Untuk Anda

Ya, jika semua di atas anda sudah lakukan namun masih lagi mengantuk, apa kata berhenti sekejap dan pergi ke pantry dan bancuh kopi yang ada. Kafein yang terdapat di dalam kopi itu pasti dapat menyegarkan mata dan menghilangkan rasa mengantuk. Namun jangan mengambilnya dengan kerap pula ya.

Ikuti perkembangan dan dapatkan info berkaitan lelaki di Facebook dan Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI