Ahmad Izham Omar Dilantik Menjadi Orang Kuat Disney Plus Asia Tenggara

Share

Bagi sesiapa yang aktif dalam bidang hiburan dan media, nama Datuk Ahmad Izham Omar sudah pasti tidak asing lagi. Pengalamannya yang besar industri muzik, hiburan dan penyiaran di negara kita menjadikan beliau sebagai antara figura paling dikenali.

Terbaru, Ahmad Izham telah mengembangkan kariernya bersama syarikat berstatus antarabangsa. Menerusi laporan portal hiburan terkenal Variety, Ahmad Izham telah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif bagi perkhidmatan streaming terkini, Disney Plus.

Pelantikan tersebut dikatakan telah berkuatkuasa serta merta oleh The Walt Disney Company Southeast Asia sekali gus menjadikan Ahmad Izham bakal menjadi orang kuat platform pestriman tersebut.

Foto: Yayasan Perpaduan Malaysia

Ia juga membayangkan bahawa Disney Plus bakal dilancarkan di Asia Tenggara berkemungkinan dalam tempoh masa terdekat. Ahmad Izham sebelum ini bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio sebelum meninggalkan syarikat tersebut oada 13 November yang lalu.

TANGGUNGJAWAB BESAR

Memetik laporan Variety lagi, selepas perlantikan tersebut itu, Ahmad Izham akan mula bertugas di ibu pejabat mereka berpangkalan di Singapura.

Dan beliau akan menjalankan tugas dan melaporkan kepada Ketua Serantau Walt Disney Company Asia Pacific, Amit Malhotra.

“Izham akan bertanggungjawab dalam membangunkan dan menerbitkan program asal termasuk perolehan kandungan.

BACA: Realiti Bekerja Dari Rumah Walaupun Banyak Cabaran Masih Boleh Kekal Produktif 

“Beliau juga akan memantau kandungan produksi untuk program hiburan dan sukan utama,” jelas Amit Malhotra.

Dengan pengalaman yang luasnya, ramai pihak berharap beliau mampu untuk membawa karya anak tempatan ke platform lebih besar seperti Disney Plus. Siapa tahu mungkin kita boleh lihat drama bersiri atau animasi hebat keluaran tempatan di platform tersebut.

Tahniah buat Ahmad Izham dari team MASKULIN!

Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN seleksi video gaya hidup lelaki terkini.

IKLAN