
Foto : Kompas Lifestyle
Kita semua pernah dengar ayat ini “Tak apa makan manis, nanti minum air kosong banyak-banyak.”
Ia kedengaran logik, kan? Bila makan kek, coklat, atau air manis, kita rasa lega bila dapat ‘tebus’ semula dengan segelas besar air kosong.
Malangnya, kepercayaan ini hanyalah mitos yang tidak berasaskan fakta kesihatan.
Air kosong memang penting untuk badan, tapi kalau anda fikir ia mampu ‘cuci’ gula yang sudah masuk dalam badan, anda silap.
Setiap kali kita makan makanan atau minuman bergula, kandungan gulanya tidak tunggu di mulut atau perut untuk dibasuh keluar.
Sebaliknya, gula ini akan cepat diserap melalui sistem pencernaan dan masuk ke dalam aliran darah.
Sebaik sahaja ia berada dalam darah, tubuh akan keluarkan hormon insulin (dihasilkan oleh pankreas) untuk bantu sel-sel badan menyerap gula sebagai tenaga atau menyimpannya sebagai lemak.
Kepercayaan ini mungkin datang dari konsep mudah bila makan pedas, minum air boleh reda pedasnya.
Maka bila makan manis, ramai anggap air kosong juga boleh ‘imbangkan’ manis tersebut.
Namun, pedas itu rasa pada lidah. Manis pula kesannya berlaku dalam sistem dalaman.
Jadi, air hanya bantu hilangkan rasa manis di lidah, bukan kesan gula dalam badan.
Kalau anda serius nak jaga kesihatan dan elak risiko seperti kencing manis, berikut adalah langkah yang lebih berkesan:
Elakkan atau kurangkan makanan manis seperti kek, air bikarbonat, susu pekat, dan pencuci mulut bergula tinggi.
Baca label makanan kandungan “sugar” atau “glucose” selalunya lebih tinggi daripada jangkaan.
Beri masa kepada badan untuk hantar isyarat kenyang ke otak.
Bila makan perlahan, anda cenderung untuk makan dalam kuantiti yang lebih terkawal.
Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10–15 minit. Ini bantu tubuh memproses gula dengan lebih cekap.
Gabungkan makanan berprotein, serat tinggi, dan karbohidrat kompleks dalam setiap hidangan. Ini bantu melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Air kosong sememangnya memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Ia membantu buah pinggang menapis toksin, mencegah dehidrasi, menyokong sistem penghadaman, mengawal suhu
badan, serta meningkatkan fungsi sel-sel tubuh secara menyeluruh.BACA LAGI : Senaman Yang Boleh Menguatkan Tenaga Lelaki
Walaupun manfaatnya tidak dapat disangkal, ada satu perkara yang perlu difahami dengan jelas air kosong bukan penawar untuk gula berlebihan dalam darah.
Ramai yang menyangka bahawa minum banyak air selepas makan makanan atau minuman manis boleh ‘mencuci’ gula keluar daripada badan.
Hakikatnya, air kosong tidak mampu menurunkan kadar gula dalam darah kerana proses itu dikawal oleh sistem hormon, terutamanya insulin.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.