Dalam keadaan sekarang ini, macam-macam penyakit yang sering singgah di tubuh badan kita terutamanya demam dan batuk.

Lebih mengharukan lagi, demam dan batuk ini berlarutan berpanjangan dan sering sahaja ‘on-off’. Macam-macam antibiotik dan cara sudah dilakukan, tetapi masih macam itu juga.

Tak apa, cuba rawat dengan cara altenatif, mungkin  dengan air rebusan bawang putih dapat membantu anda untuk mempercepatkan proses baik demam dan batuk.

Air Rebusan Bawang Putih, Bagus Untuk Turunkan Suhu Badan!

Bawang putih bagus untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

IKLAN

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.

Air Rebusan Bawang Putih, Bagus Untuk Turunkan Suhu Badan!

Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.

IKLAN

Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Air Rebusan Bawang Putih, Bagus Untuk Turunkan Suhu Badan!

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah;

-Bawang putih (dibuang kulitnya)

-1 ½ cawan air putih

-4 biji gula batu

Cara penyediaanya

  1. Campurkan bawang putih, 1 ½ cawan air, dan 4 biji gula batu.
  2. Rebuskan sehingga menjadi pekat (air jadi setengah) menggunakan api perlahan dan tuangkan ia ke cawan.
  3. Minum air rebusan bawang dalam keadaan suam dan amalkan sebanyak tiga kali sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI