Rakyat jelata pasti rasa macam ada yang tidak lengkap di laman media sosial twitter. Ini kerana jika kita mencari twit handle Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang kita akan melihat kenyataan ‘tidak dijumpai’. Jika kenyataan sebegini keluar ia membawa maksud sama ada akaun tersebut telah dinyahaktif atau ditutup.

Seperti kita semua tahu, Raja Permaisuri Agong seorang yang peramah serta mudah didekati oleh sekelian rakyat jelata. Platform media sosial twitter sering menjadi pilihan Baginda untuk berkongsi cerita disebalik pagar istana.

Menurut portal berita Astro Awani, semakan di media sosial sebentar tadi mendapati, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja

Disebabkan situasi berikut, rakyat jelata menzahirkan rasa hiba dan sedih di atas kejadian tersebut kerana rata-rata ramai yang suka melihat telatah Raja Permaisuri Agong bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

BACA: Ini Rahsia Bagaimana Bapa Ingin Tampil Bergaya Bersama Anak Kesayangan

IKLAN

Pasangan diraja ini terkenal dengan sifat berjiwa rakyat serta menggunakan akaun media sosialnya untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong.

Selepas ini, rakyat hanya dapat melihat gelagat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong melalui perkongsian akaun Instagram Istana Negara.

Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja

Berikut adalah antara luahan rasa sedih rakyat jelata terhadap insiden yang terjadi.

IKLAN

Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja

Antaranya akan merindui content positif daripada Raja Permaisuri Agong serta menyeru mereka yang tidak suka dengan perkongsian Baginda agar ‘Unfollow’ akaun twitter Baginda.

 

Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja

IKLAN

Perkongsian Baginda sentiasa disukai rakyat jelata yang ingin tahu cerita disebalik pintu istana.

 

Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja

Tidak ketinggalan, ada warganet yang kesal dengan tindakan pengguna sosial media yang lain tidak menghormati institusi diraja walaupun di alam maya.

Sumber: Astro Awani

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI