Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, yang kini bermain untuk Terengganu FC (TFC) atas dasar pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), telah mengalami nasib malang apabila jadi mangsa samun di sebuah kondominium di Terengganu.

Insiden yang cukup malang tersebut berlaku sekitar jam 8.30 malam pada Khamis lalu. Ia telah menyebabkan pemain berusia 25 tahun ini mengalami kecederaan ringan di kepala dan kaki.

Akhyar, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada hari Rabu, kini sedang dalam proses pemulihan.

Kejadian yang menimpa Akhyar telah mengejutkan ramai, terutamanya peminat bola sepak di Malaysia. Menurut laporan, video dan gambar yang tersebar di media sosial, memaparkan keadaan Akhyar sedang menunggu rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Akhyar Rashid Jadi Mangsa Samun, Terengganu FC Minta Masyarakat Tidak Buat Spekulasi

Mengulas lanjut, Terengganu FC melalui laman Facebook rasmi pasukan telah mengeluarkan kenyataan yang meminta masyarakat untuk tidak membuat spekulasi yang tidak berasas berkenaan insiden tersebut.

Kenyataan itu menyatakan, “Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku dan pihak polis juga sedang membuat siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Justeru, kita memohon agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi liar terhadap insiden ini bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.”

Selain itu, pihak kelab juga mengambil inisiatif untuk mengajak semua pihak, terutamanya peminat sukan bola sepak, untuk menitipkan doa bagi kesembuhan Akhyar.

Tambah mereka lagi, “Kami juga menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia agar dapat mendoakan kesembuhan buat Akhyar Rashid.”

Akhyar Rashid Jadi Mangsa Samun, Terengganu FC Minta Masyarakat Tidak Buat Spekulasi

DILAPORKAN STABIL

Keadaan Akhyar yang dilaporkan stabil selepas insiden itu sedikit sebanyak memberikan lega kepada keluarga, rakan-rakan, dan penyokongnya.

Walaupun mengalami kecederaan yang digolongkan sebagai ringan, proses pemulihan masih memerlukan masa dan perhatian yang serius. Ia termasuklah dari segi perubatan untuk memastikan tiada komplikasi yang berlaku pada masa hadapan.

Insiden seperti yang menimpa Akhyar ini menunjukkan risiko yang ada di luar padang permainan. Sekaligus membangkitkan kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan peribadi bagi atlet profesional.

BACA: Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!

Ini adalah satu peringatan kepada semua pihak bahawa keselamatan tidak hanya terhad kepada dalam padang sahaja tetapi juga di luar padang.

Semoga dengan sokongan yang diberikan, Akhyar Rashid akan dapat kembali ke padang dengan lebih kuat dan semangat yang lebih tinggi setelah pulih sepenuhnya.

Dan semoga insiden ini akan menjadi titik tolak bagi peningkatan keselamatan bagi semua atlet di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI