Bila usia sudah semakin meningkat gigi pun semakin jarak kedudukannya. Makanan yang tersekat di antara celah gigi sememangnya antara perkara yang cukup menjengkelkan.
Selagi ia masih melekat selagi itulah mulut kita tidak akan rasa selesa. Namun siapa sangka akibat perbuatan mencungkil gigi membuang bertih jagung terlekat di celah gigi hampir mengakibatkan seorang lelaki berdepan maut.
Seorang lelaki dikenali dengan nama Adam martin terpaksa menjalani pembedahan selama tujuh jam selepas mendapat jangkitan kuman dalam darah yang serius.
Perkara ini berlaku kerana jangkitan dalam darah selepas dia mencungkil gigi membuang bertih jagung dari celah giginya.
Ads
Bertuga sebagai seorang bomba, Adam dijangkiti endocartiditis, sejenis jangkitan memberbahaya dan boleh mengancam nyawa. Ia disebabkan oleh sejenis kuman yang terdapat pada bahagian badan seperti mulut dan ia mengalir ke dalam saluran darah seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan jantung.
Selepas diwadkan Adam berfikir panjang memikirkan apakah yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah itu berlaku. Dan saaatu-satu perkara yang dia ingat ialah kejadian dia mencungkil gigi yang telah tiga hari melekat.
Ads
Jelas Adam selepas berjaya membuangnya dia mula berasa sakit gigi namun tidak terus berjumpa doktor gigi. Namun seminggu kemudian dia diserang demam pada waktu malan, sakit kepala dan keletihan.
Ads
Selepas bertemu dengan doktor dia berasa cukup lega selepas doktor mengatakan jika terlambat dia boleh berdepan maut dalam tempoh tiga hari.
Kejadian maut akibat jangkitan seperti ini berlaku apabila bacaab melebihi 350. Nasib Adam cukup baik kerana ketika mendapatkan rawatan bacaannya sudah mencecah 340.
Jadi buat anda yang suka sangat cungkil gigi, berhati-hatilah ya. Usah menyesal di kemudian hari pula!
Pasti anda rimas bila perut buncit. Nak pakai seluar atau baju pun susah sebab sendat sehingga perut buncit anda terkeluar.
Jika anda sedang berusaha mengempiskan perut buncit dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan, cuba perhatikan cara anda.
Adakah anda mengggunakan cara yang betul? Bagaimana pula dengan pemakanan anda? Adakah anda masih buat tabiat lama? Jika betul anda nak kempiskan perut buncit, anda kena bersedia mengamal 7 petua ini.
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau. Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda.
Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut buncit yang sangat berkesan.
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik. Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut.
Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut buncit dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut. Perlu diingatkan, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut buncit dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes. Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula.
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan? Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori. Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah. Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.
Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama. Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki berjaya menurunkan berat badannnya lebih 40kg dalam masa 7 bulan hanya dengan menari ikut lagu K-pop sahaja.
Lelaki berkenaan, Wawan berkongsi video tentang perkembangan penurunan berat badannya sambil menari lagu k-pop Fine nyanyian Taeyeon menerusi Twitter.
Kerana terlalu gemarkan muzik k-pop, tidak menjadi masalah buat Wawan untuk menari mengikut rentak berdasarkan lagu pilihannya.
Menariknya lagi, dia yang pernah memiliki berat sehingga 154 kg berjaya menurunkannya kepada 116 kg selain memastikan dirinya sering mengamalkan diet sihat.
Dalam masa yang sama, Wawan tidak lokek berkongsi tip makanan yang diambilnya setiap hari seperti mengurangkan pengambilan gula, ambil lebih banyak protein berbanding karbohidrat serta banyakkan minum air kosong.
Buat anda yang rajin melakukan senaman pastinya memiliki dumbbell di rumah, bukan? Cuba tanya diri sendiri sejauh manakah anda menggunakan alat bantu senaman tersebut dengan terbaik.
Jika anda selalu menggunakan dumbbell dalam rutin senaman tetapi tidak mendapat hail yang diharapkan usahlah berputus asa. Mungkin sebenarnya anda perlu perkayakan teknik menggunakannya.
Memiliki lengan yang ‘sado’ dan berotot sememangnya impian ramai lelaki. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan kekuatan bahagian tersebut tetapi menonjolkan sifat kelelakian yang sejati.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman guna dumbbell terbaik untuk bantu anda bina lengan yang mantap.
Lakukan sebanyak 3 set merangkumi 10 hingga 12 reps
Untuk melakukannya dengan betul, tegapkan bahagian tulang kipas, glute dan juga bahagian perut anda. Pastikan semuanya ketat. Anda juga perlu pastikan lengan atas anda berserenjang dengan permukaan. Keluarkan sebarang batu/momentum dari pinggang anda. Simpan semuanya dalam bisep anda.
Semasa anda meringkuk, picit bisep anda dan pusingkan dumbbell ke arah langit (selari dengan tanah). Lebih banyak putaran, lebih banyak anda melatih bisep anda. Kira penahanan 2 hingga 5 saat.
Lakukan sebanyak 3 set merangkumi 10 hingga 12 reps
Senaman menggunakan teknik ini akan menyingkirkan momentum untuk benar-benar memberikan sasaran pada bahagian bisep. Mulakan dengan kedudukan 45 darjah di atas bench.
Kuatkan kedudukan badan dan tegapkan di perut dengan dada anda tinggi di bangku simpanan. Tekan glute anda untuk mengekalkan tekanan pada bahagian bawah punggung anda. Kuatkan bahagian tulang kupas dan tegakkan dada.
Pastikan sudut lengan atas anda berserenjang dengan tanah sepanjang masa. Picit bisep anda di bahagian atas dengan pusingan ke hadapan untuk memastikan bahu anda dilindungi.
Lakukan sebanyak 3 set merangkumi 8 hingga 12 reps
Ini merupakan antara teknik klasik bagi menguatkan bisep. Dan tahukah anda kebanyakan orang melakukannya dengan cara yang salah. Salah satu kesilapan utama yang ramai orang lakukan ialah kedudukan postur badan yang salah.
Matlamat rutin senaman ini adalah memberikan penekanan pada otot bisep di mana ia sukar dilakukan jika anda menggerakkan torso dan ‘menggali’ siku anda ke bahagian paha.
Sebaliknya, keluarkan tangan anda yang tidak berfungsi dari paha anda dan jauhkan dari badan anda. Duduk dengan postur yang baik (teras dan bahu terikat), letakkan trisep lengan yang bekerja pada paha anda, dan tahan berat. Meringkuk dengan hanya bergerak pada siku.
Lakukan sebanyak 3 set merangkumi 8 hingga 12 reps
Di antara perkara paling bermanfaat tentang latihan lengan ialah anda boleh melakukannya mengikut kemampuan dan meningkatkan kesukaran dari semasa ke semasa.
Senaman Tall Knelling Curl yang dilakukan dari posisi melutut tinggi, anda juga dapat menguatkan teras badan. Pastikan bila melakukan senaman ini dalam kedudukan melutut, anda memerah glutes dan teras anda.
Lakukan sebanyak 3 set merangkumi 8 hingga 12 reps
Lakukan perubahan dari senaman tradisional biceps curl dengan memegang dumbbell menggunakan neutral grip untuk melakukan hammer curl. Dengan melakukan perubahan kecil ini anda dapat menyasarkan otot yang berbeza di bawah bisep iaitu brachialis.
Semasa melakukan setiap reps, pastikan anda hanya menggerakkan bahagian siku sahaja.
Semoga tip senaman menggunakan dumbbell ini mampu membantu rutin senaman anda. Selamat mencuba!Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.