Dalam kehidupan, kadang-kadang seorang lelaki hanya benar-benar memahami nilai sesuatu selepas semuanya hampir hilang. Itulah emosi yang cuba dibawa dalam naskhah fenomena karya Siti Rosmizah, “Andai Itu Takdirnya 2” yang kini kembali menemui penonton sepanjang Ramadan.
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi. Ia bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi tentang ego lelaki, harga diri wanita dan kesilapan yang sukar ditebus.
Drama ini boleh distrim secara eksklusif menerusi Astro One dan aplikasi sooka.
Kebangkitan Aleya, Wanita Yang Tidak Lagi Tunduk
Jika musim pertama memperlihatkan Aleya sebagai wanita yang menanggung luka dalam diam, musim kedua membawa perubahan besar kepada watak ini.
Aleya kini bukan lagi isteri yang sekadar menerima takdir. Dia bangkit sebagai wanita bermaruah yang memilih untuk mempertahankan maruah dirinya dan keluarganya.
Pengkhianatan yang pernah menghancurkan hidupnya menjadikan Aleya lebih kuat. Dia tidak lagi mudah digoncang, termasuk oleh suaminya sendiri, Aizril.
Perubahan inilah yang menjadikan konflik drama ini lebih mendalam dan emosinya lebih kuat.
Aizril dan Beban Kesilapan Seorang Lelaki
Dalam masa yang sama, watak Aizril pula membawa sisi yang mungkin lebih dekat dengan emosi penonton lelaki.
Aizril bukan sekadar suami yang melakukan kesilapan. Dia juga seorang lelaki yang dihimpit pelbagai tekanan termasuk:
rasa bersalah terhadap kesilapan lalu
tekanan daripada mentua
konflik keluarga yang semakin membarah
Lebih menyakitkan, anak anak turut menjadi mangsa keadaan.
Gabungan konflik ini menjadikan perjalanan watak Aizril penuh dilema. Penonton bukan sahaja marah terhadap kesilapannya, tetapi pada masa sama dapat merasai beban yang dipikulnya.
Watak watak lain seperti Sharifah Azreen, Datin Sharifah Rosnah dan Syed Abbas pula menambahkan lagi ketegangan dalam jalan cerita.
Cinta Yang Sudah Retak, Masih Boleh Diselamatkan?
Salah satu persoalan terbesar yang akan terus menghantui penonton sepanjang drama ini ialah:
Adakah Aleya dan Aizril masih mempunyai peluang untuk kembali bersama?
Atau mungkin luka yang terjadi sudah terlalu dalam untuk diperbaiki.
Dalam dunia sebenar, kebahagiaan tidak datang secara percuma. Ada masanya ia perlu diperjuangkan. Namun ada juga saat di mana seseorang terpaksa melepaskan demi mempertahankan harga diri.
Konflik inilah yang menjadikan “Andai Itu Takdirnya 2” terasa begitu realistik dan dekat dengan kehidupan sebenar.
Walaupun ramai menganggap drama rumah tangga lebih dekat dengan penonton wanita, hakikatnya “Andai Itu Takdirnya 2” turut membawa perspektif lelaki yang cukup kuat.
Penonton lelaki mungkin akan memahami tekanan yang ditanggung Aizril, namun pada masa yang sama turut menghormati ketegasan Aleya yang memilih untuk bangkit daripada luka.
Gabungan konflik emosi, drama keluarga dan persoalan maruah menjadikan drama ini sarat dengan debaran yang membuatkan penonton sentiasa mahu mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.
Strim Sekarang di Astro One dan sooka
Jom Usha dan Strim Andai Itu Takdirnya 2 di Astro One dan di aplikasi sooka.
Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan, strim sehingga 4 peranti. Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma.
Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdiam diri kerana malu atau terus diseksa secara fizikal mahupun mental? Itulah yang terlintas di benak fikiran segelintir lelaki yang mengalami trauma akibat didera oleh isteri mahupun teman wanita sendiri.
Fakta yang dikeluarkan dan lebih mengejutkan hampir 40 peratus daripada kaum lelaki menjadi mangsa penderaan domestik di United Kingdom dan lebih 4000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera sang isteri sejak 2009.
Dayus? atau terlalu sayang menjadi tanda tanya terhadap permasalahan ini. Ketahui beberapa punca perkara ini terjadi tanpa kita sedar, tetapi sebenarnya meruncing.
1.Konflik kewangan
Isteri lebih dominan dalam keluarga dan memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami adalah punca utama masalah ini terjadi. Tekanan kewangan yang timbul ini adalah punca utama keganasan rumah tangga terhadap lelaki.
Kajian telah menunjukkan kekerapan lelaki yang diserang wanita kira-kira sama dengan lelaki menyerang wanita. Walaupun lelaki cenderung menyebabkan kecederaan yang lebih, namun wanita juga boleh melakukannya dengan kemungkinan menggunakan senjata seperti pisau, kasut tumit tinggi dan paku yang tajam. Wanita mungkin melihat pasangan yang berpendapatan kurang daripada mereka sebagai “tidak berguna” dan akhirnya mengakibatkan mereka didera.
Lelaki yang didera pula keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa kerana takut dianggap pengecut serta masyarakat juga telah dididik bahawa adalah salah memukul wanita, jadi mereka tidak membalas.
2.Agresif dan berani
Ramai wanita hari ini pantang dicabar. Terlalu mengamalkan prinsip mampu hidup tanpa lelaki serta boleh melakukan semua perkara tanpa bantuan seorang yang bernama lelaki membuatkan ramai wanita bertindak agresif dan ganas. Ego wanita juga tidak kurang hebatnya, mereka tidak suka dikongkong juga sebarang sekatan, jika diganggu wanita akan naik berang.
Bertambah berani apabila lelaki yang dipukulnya jauh lebih berusia dan diyakini tidak mampu membalas tindakan tersebut. Terdapat pelbagai kes wanita menyeksa lelaki secara fizikal dengan memukul menggunakan batang mop, kayu golf dan penyapu.
3.Seksualiti semakin layu
Suami yang lemah syahwat juga boleh mendorong isteri bertindak ganas. Suami kerap menolak ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks sehingga isteri tidak mampu lagi merayu si suami. Maka ada yang sanggup bertindak memukul suami. Sesiapa pun apabila tahap kesabaran tidak mampu dibendung lagi boleh melakukan perkara yang di luar kemampuannya.
Ada juga lelaki yang diserang secara psikologi apabila sesetengah wanita merajuk dan tidak mahu bercakap berbulan lamanya. Mogok tidak mengadakan hubungan intim untuk tempoh yang lama.
Kes ini menunjukkan wanita semakin berani dalam menyuarakan rasa protes terhadap sesuatu. Ada juga wanita yang bersikap dingin sewaktu diajak bersama oleh suaminya, mungkin kemanisan rumah tangga kian pudar ataupun tiada lagi nilai kemesraan berjaya disemai di antara mereka berdua.
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia adalah antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69). Berbanding rakyat Amerika Syarikat (AS) aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).
4.Pendidikan tinggi
Diakui ramai wanita yang bijak pandai di luar sana, memiliki tahap pendidikan sarjana jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Sang lelaki pula berpendidikan sekadar sijil, namun itu bukanlah lesen untuk wanita berterusan bersifat kasar terhadap lelaki.
Angkuh dengan kejayaan yang ada membuatkan wanita berasa selamat walaupun ditinggalkan sang lelaki. Apa yang pasti, lelaki tetap ketua keluarga yang patut dihormati.
5.Lelaki bersifat lembut
Beruntunglah bila wanita mendapat teman lelaki mahupun suami yang berperwatakan lemah lembut, tidak baran dan baik hati. Tetapi ada wanita yang mengambil kesempatan atas dasar kebaikan ini dengan menunjukkan kekuatan mereka tanpa disedari. Meninggikan suara serta memaksa lelaki menunaikan segala kehendaknya adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
6.Baran
Peribadi isteri yang garang dan tegas berbanding suami yang lembut turut mendorong isteri menjadi seorang pendera dalam rumah tangga yang akhirnya isteri mula mengabaikan tanggungjawab dan mengetepikan batas-batas sebagai seorang isteri.
Ada sahaja silap dan tidak kena di matanya, sikap baran membuatkan sesetengah wanita tidak menyedari mereka telah menyakiti hati seorang lelaki. Walaupun masalah ini dianggap remeh, perasaan marah itu perlu dirawat segera sebelum lelaki menjadi hilang sabar dengan perangai buruk ini. Cuba bertenang, segalanya boleh dibawa berbincang.
7.Pengalaman lampau cipta dendam
Tidak dinafikan pengalaman lampau juga di antara punca mengapa ramai wanita bersifat kasar sehingga sanggup memukul lelaki yang disayangi. Akibat trauma yang dilalui menyimpan dendam yang tiada siapa mengetahui. Hanya dengan menyakiti pasangan sahaja mampu mengurangkan perasaan marah yang dihadapi.
Sebagai contoh, sejarah keluarga isteri seperti ibu isteri yang garang dan pernah memukul ayahnya suatu ketika dahulu yang menyebabkan perkara itu diteruskan oleh isteri apabila dia berkahwin.
8.Curang
Statistik menunjukkan hampir 50 peratus kes keretakan rumah tangga berpunca akibat kemunculan pihak ketiga. Masalah ini membuatkan wanita menjadi lebih agresif apabila mengetahuinya sehingga ada yang sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menakutkan lelaki untuk mengulanginya.
9.Gangguan ekologi
Terdapat teori mengatakan bahawa gangguan ekologi (persekitaran kehidupan) menjadi penyebab timbulnya kes penderaan terhadap lelaki. Kelemahan identiti maskulin lelaki akibat tercabar hebat oleh wanita juga boleh menimbulkan potensi suami ditindas isteri secara psikologi mahupun fizikal.
Apabila peranan suami sebagai ketua keluarga terus-terusan dicabar, akibat pelbagai faktor antaranya kuasa, kewangan dan jawatan yang menyumbang lebih pendapatan terhadap keluarga. Jurang status ekonomi dan sosial antara suami isteri juga di antara sebab yang boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga terbabit jika gagal ditangani dengan bijak.
10.Emosi tidak stabil
Faktor perubatan dan emosi boleh mendorong isteri mendera suami seperti semasa dia meroyan selepas bersalin.
Pasti ramai kurang mengetahui kewujudan rongga Nasofariks yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Namun angkara kandungan garam berlebihan boleh menyebabkan kanser dan seterusnya membawa maut jika tidak dikesan dan diubati dengan segera.
DI MANA NASOFARIKS?
– Nasofarinks satu bahagian agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Sebahagian daripada farinks iaitu saluran pernafasan paling atas.
Penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui Nasofarinks sebelum dihalakan ke Orofarinks, Larinks, Trakea dan sistem Bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru.
KETUMBUHAN TERSEMBUNYI
Kanser Nasofarinks jarang berlaku dan jika ia berlaku hanya pada kadar rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga antara masalah yang sering terjadi.
Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam Nasofarinks yang dikenali sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam Nasofarinks.
GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan makanan tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser Nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma.Ini disebabkan kandungan zat Nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian Nasofarinks.
GEJALA
HIDUNG- Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur.
TELINGA- Eustachian di dalam Nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi pada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera).
Apabila Nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran.
KESAN SARAF
Lokasi Nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya.
RAWATAN
Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan selanjutnya. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap terutamanya endoskopi pada bahagian hidung untuk melihat kawasan Nasofarinks yang tersembunyi ini. Jika terdapat perkara yang mencurigakan, biopsi untuk mengambil sampel tisu di bahagian FOR akan dilakukan. Ia akan dibuat dengan kaedah bius yang efektif dan mudah.
Patut tahu
-Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina tinggi.
-Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai risiko dalam kadar pertengahan.
-Kanser Nasofarinks lebih banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadar itu meningkat selepas berusia 30 tahun dan kemuncaknya pada lingkungan usia 40 hingga 49 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gara-gara tabiat buruk merokok. Pelakon kacak Fadlan Hazim nyaris bisu buat selama-lamanya akibat penyakit tonsil kronik yang dihadapinya.
Difahamkan Fadlan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sejak remaja dan kerap merokok sejak dari remaja.
“SAYA fikir saya akan bisu buat selama-lamanya,” kata pelakon, Fadlan Hazim selepas doktor mengesahkan dia mengalami penyakit tonsil kronik akibat tabiat buruk iaitu merokok.
Fadlan, 26 bagaimanapun bersyukur apabila keadaan kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Ketika doktor memaklumkan saya menghidap tonsil hingga peti suara saya mengalami masalah, saya mula risau kerana penyakit ini amat berisiko tinggi.
“Sebagai pelakon saya memerlukan suara untuk berlakon. Tambahan pula, bidang ini adalah sumber rezeki sepenuh masa saya, namun saya berserah kepada takdir.
“Alhamdulillah proses pembedahan berjalan dengan baik. Cuma selepas kesan ubat habis, saya menahan kesakitan hampir beberapa jam kerana pembedahan dilakukan di kawasan mulut dan tekak,” katanya menghidap sakit tonsil sejak 2014.
“Saya mula merokok ketika usia masih muda. Mungkin terlalu kerap merokok menyebabkan tonsil saya menjadi semakin parah.
“Alhamdulillah, sudah setahun saya berhenti merokok. Tapi kalau benda sudah nak jadi, tonsil itu masih ada dan perlu dibuang,” ujarnya.
Fadlan kini memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bersukan dan bersenam di gimnasium.
Ujar hero drama Papa Ricky ini, dia mula sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengawal pemakanan.
“Kalau nak hilangkan tekanan, saya selalunya berkunjung ke gim dan mesti buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.
Sumber : Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang