Aktiviti trailing atau mendaki dikawasan berbukit merupakan satu kegiatan yang cukup popular di kalangan penggemar outdoor.
Salah sebuah lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Namun sepanjang tempoh PKP yang lalu ramai yang terpaksa melupakan seketika aktiviti tersebut kerana penularan wabak Covid-19.
Walau bagaimanapun selepas negara kita kini memasuki fasa pemulihan dengan PKPP, kawasan rekreasi itu telah kembali menjadi tumpuan ramai. Dalam beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial foto yang menunjukkan orang bersesa-sesak tanpa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP.
Ia sekaligus telah menjadi bahan bualan hangat di kalangan warganet. Rata-rata mempersoalkan mengapa pengunjung masih berdegil untuk melakukan aktiviti tersebut sedangkan ia telah sesak. Malah ramai yang dilihat duduk secara rapat-rapat dan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Rentetan kejadian tersebut Bukit Broga telah diumumkan ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti pendakian bermula 27 Jun ini.
Ads
Keindahan Bukit Broga yang menjadikannya sebagai lokasi hotspot aktviti mendaki.
Memetik laporan Harian Metro, penutupan tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah. Keputusan itu dilakukan selepas mensyuarat Jawatankuada Kerja Keselamatan Selangor.
“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.
Ads
“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,” jelasnya.
Buat anda yang ingin terus melakukan aktiviti trailing atau mendaki, carilah lokasi yang tidak sesak dengan orang ramai. Atau anda boleh tukar aktiviti trailing dengan melakukan larian di persekitaran kediaman sendiri sahaja.
Bersama-sama kita menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kini telah berjaya kita landaikan. Namun ‘peperangan’ ini masih belum selesai!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah mana-mana pelari, apabila menyebut tentang kasut larian yang lengkap dengan plat karbon pasti perkara pertama bermain di minda ialah harga yang cukup premium. Namun, tahukah anda sudah ada pilihan kasut larian yang mempunyai plat karbon tetapi pada harga mampu milik. Inilah kasut larian BMAI Jingtan Fly, jenama asal China yang kini semakin mencuri perhatian.
Mula diperkenalkan pada tahun 2014, BMAI ternyata tidak kalah dalam mengetengahkan teknologi kasut larian yang bukan sahaja berkualiti tetapi paling penting pada harga yang jauh lebi murah.
MASKULIN sendiri sempat menggunakan kasut BMAI Jingtan Fly ini dalam tempoh seminggu dengan mengujinya dari pelbagai aspek. Nak tahu apa kelebihan kasut BMAI Jingtan Fly dan kenana ia merupakan kasut larian yang berbaloi dimilik, ikuti review ini!
Bagi anda yang merupakan pelari yang meningkatkan prestasi, BMAI Jingtan Fly boleh menjadi solusi yang baik.
Kasut ini menggabungkan teknologi canggih dan bahan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman larian yang cukup baik. Pertama sekali kita bicarakan tentang keselesaan pada bahagian upper.
Kasut ini menampilkan bahagian atas mesh jacquard fleksibel dengan reka bentuk inovatif mengutamakan pengudaraan dan keselesaan.
Upper-nya mengelilingi empat zon pengudaraan besar yang diletakkan secara strategik untuk memaksimumkan aliran udara dan menjaga kaki anda tetap sejuk dan kering walaupun semasa larian yang intensif.
Mesh jacquard bukan sahaja memastikan pengudaraan yang baik tetapi juga memberikan padanan yang ketat namun fleksibel yang menyesuaikan diri dengan bentuk semula jadi kaki anda. Fleksibiliti ini mengurangkan risiko melecet dan panas, membolehkan anda fokus sepenuhnya pada prestasi anda.
Pada bahagian insole pula ia hadir dengan teknologi buih superkritikal TPEE. Ia menawarkan jenis insole atau pelapik dengan sokongan yang memberikan keselasaan cukup memuaskan. Paling penting selesa dipakai walaupun larian pada jarak sederhana atau tempoh yang lama. Insole ini secara efektif menyerap impak, mengurangkan tekanan pada sendi anda dan meningkatkan keselesaan keseluruhan larian.
Salah satu ciri paling inovatif dan premium yang ada pada BMAI Jingtan Fly ialah, plat karbon fiber solid sepenuhnya.
Komponen ini direka untuk meningkatkan propulsi dan kecekapan – sekali gus membantu pelari mengekalkan kelajuan serta momentum mereka. Plat serat karbon bertindak mengembalikan tenaga dengan setiap langkah dan mampu membuat pacuan larian bertambah laju.
Bukan sahaja larian jadi lebih pantas malah ia boleh mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak serta mengurangkan rasa penat. Ini membolehkan MASKULIN boleh berlari lebih lama dan lebih pantas dengan usaha yang kurang.
Dari segi aspek responsif dan pulangan tenaga, ia dibantu dengan Midsole BOOMFLY Aliphatic TPU superkritikal.
Midsole ini menyediakan pelapik responsif dan pulangan tenaga yang luar biasa, penting untuk mendorong batasan anda dan mencapai prestasi terbaik.
Ia dapat memastikan setiap langkah larian akan lebih rasa bertenaga dengan kemampuan membantu larian pada kelajuan lebih konsisten dan meningkatkan kecekapan larian keseluruhan anda.
Walau betapa ringan dan hebat pulangan tenaga kasut larian itu ia juga harus hadir dengan cengkaman bahagian tapak yang baik. Faktor cengkemaan membantu keselamatan pelari menjadi lebih baik.
Bahagian outsole kasut ini menampilkan teknologi DSP+ (Diamond Star Particle), yang menggabungkan partikel cengkaman berlian dalam tekstur parametrik poliuretana (PU) elastomer.
Reka bentuk outsole yang cukup unik ini juga menawarkan cengkaman dan ketahanan yang luar biasa untuk larian pelbagai permukaan. Sama ada berlari di jalan basah, kering atau permukaan yang tidak rata, teknologi DSP+ memberikan cengkaman yang boleh dipercayai.
Lantas mengurangkan risiko seorang pelari itu tergelincir dan terjatuh. Selain itu, binaan serta rekaan outsole yang tahan lama pula memastikan prestasi yang tahan lama, menjadikan kasut ini pelaburan yang berbaloi untuk pelari serius.
Secara keseluruhannya, MASKULIN berasa cukup berpuas hati dengan BMAI Jingtan Fly. Dengan mengambil kira faktor kelebihan serta harga tabg ditawarkan, ia bolehlah dianggap sebagai kasut larian performance yang berbaloi untuk dimiliki.
Sama ada ingin memecahkan rekod peribadi atau sekadar menikmati larian yang lebih selesa, kasut ini direka untuk membantu anda mencapai matlamat anda.
BMAI Jingtai Fly kini ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM439. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.pangu.my.
RATING MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Pastinya saya mengharapkan keadaan litar basah untuk perlumbaan esok kerana kelebihan buat saya berdasarkan beberapa perlumbaan ini,” jelas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjelang perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok.
Berada dikedudukan 12 terpantas pada ujian masa semalam dengan catatan 2 minit 07.970 saat, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia akan berada dibaris keempat perlumbaan hari ini selepas mencatatkan masa 2’07.137 saat untuk berada dipetak ke 11.
Baginya, seisi kelayakan masa hari ini begitu mencabar khususnya dengan keadaan cuaca panas dan saingan dari pelumba-pelumba lain.
“Secara umumnya saya mengharapkan litar basah untuk perlumbaan esok , memandangkan itulah kelebihan yang dimiliki berbanding litar kering.
“Berada dibaris keempat untuk memulakan perlumbaan dalam keadaan litar kering sedikit sukar kerana pelumba hadapan pastinya akan memecut, namun dalam keadaan litar basah sebaliknya pula berlaku.
“Keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian pada hari ini dan mengharapkan doa dari penyokong untuk memastikan keputusan cemerlang dilaman sendiri,” katanya.
Hafizh yang turut dikenali dengan gelaran Pescao sememangnya menakjubkan apabila beraksi dilitar basah dengan dua kejayaan menaiki podium berjaya dicapai pada perlumbaan di Grand Prix San Marino di tangga ketiga (September) dan Grand Prix Motosikal Jepun juga ditempat ketiga (Oktober).
Mengulas jentera Kalex yang ditunggangnya, pelumba kelahiran Ampang, Selangor ini memaklumkan semuanya berjalan dengan lancar dan bersedia untuk perlumbaan hari ini.
“Jentera cukup sempurna kali ini, tumpuan pastinya untuk perlumbaan dan saya perlu segera merapatkan kedudukan dengan kelompok dihadapan untuk memastikan tidak ketinggalan,” jelasnya yang kini telah mengutip 86 mata dan kini menduduki rangking ke 11 dunia.
Sementara itu dalam kategori MotoGP pula, pelumba dari pasukan Repsol Honda Team, Dani Pedrosa bakal memulakan perlumbaan dipetak pertama selepas mencatatkan masa 1’59.212 saat manakala pelumba dari pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco, petak kedua (1’519.229 saat) dan pemenang musim lalu di Sepang, Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati tempat ketiga (1’59.236 saat)
Jelas Pedrosa, peringkat awal seisi kelayakan masa perbezaan sangat dekat dengan pelumba lain juga memberikan saingan sengit.
“Untuk ujian kelayakan peringkat kedua, saya cuba tingkatkan jentera dan sangat bertuah kerana litar begitu memuaskan. Saya fikir hari ini semakin baik dan saya cuba beberapa jenis tayar.
“Perlumbaan hari ini adalah penting dan aksi di Sepang sentiasa sukar, pastinya pelumba lain akan menampilkan aksi terbaik,” jelasnya pada sidang media.
Anda hidup bujang, tamat kerja jam 6 petang. Selepas itu pergi ke restoran atau kafe untuk makan malam dan akan sampai ke rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Punyalah penat seharian di pejabat, tetapi itu bukan alasan untuk abaikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya tiada masa yang banyak. Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan?
‘Bodyweight’ adalah alternatif pada senaman menggunakan alatan atau beban. Jadi, tiada alasan untuk anda elak melakukan senam dan terus mengekalkan bentuk badan yang menarik.
1-Dip Chair Single Leg Lift
-Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi, kemudian angkat sebelah kaki anda.
-Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini adalah untuk membina otot di bahagian triseps dan anterior deltoid (shoulder).
-Anda boleh menambah intensiti dengan mengangkat sebelah kaki atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
2-Push Press Single Arm
-Mulakan dengan posisi push up, kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu.
-Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
3-Spiderman Push Up
Sekiranya anda sudah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan Spiderman push up. Selain membina otot di bahagian dada dan triseps, Spiderman PushUps membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
4-Jumping Squat
-Senaman ini lebih pada membina otot dan pembakaran kalori di bahagian kaki.
-Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah dan kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit.
-Jika ada berasa tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Seboleh-bolehnya cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput.
-Pakai kasut tapak tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint (penyambung) lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.