Bahaya pertama akibat tekanan darah rendah adalah penglihatan menjadi kabur. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek di hadapan kerana penglihatan menjadi kabur.
2. PENING
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang kedua adalah, ianya boleh menyebabkan kepala sakit dan pening. Pening dan sakit kepala ini terjadi kerana otak menerima oksigen yang sedikit akibat kekurangan darah.
Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.
Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.
3. JANTUNG BERDEBAR
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang berikutnya adalah boleh menyebabkan terjadinya jantung yang berdegup lebih cepat sehingga rasa berdebar.
Tekanan darah yang rendah memaksa jantung untuk bekerja lebih keras, sehingga penghidapnya cepat penat dan jantung berdebar-debar.
Ads
4. BERPELUH SEJUK
Selain jantung berdebar-debar, kesan lanjut yang dapat dialami akibat tekanan darah rendah adalah munculnya peluh sejuk dalam jumlah yang banyak.
Perkara ini dipengaruhi oleh keadaan degupan jantung yang menjadi lebih cepat serta berdebar-debar.
Degupan jantung yang lebih cepat ini akan memicu keringat sejuk yang cenderung berlebihan pada penderita tekanan darah rendah atau hipotensi.
5. NAFAS MENJADI LEBIH CEPAT
Bahaya akibat tekanan darah rendah adalah boleh menyebabkan nafas menjadi sangat cepat dan juga tidak teratur.
Ads
Ini disebabkan keadaan jantung yang berdegup lebih cepat membuatkan tubuh merespon dengan nafas menjadi lebih cepat dan kesannya anda menjadi tercungap-cungap.
6. MENURUNKAN KONSENTRASI DAN FOKUS
Bahaya akibat tekanan darah rendah berikutnya adalah ia akan menurunkan konsentrasi dan fokus anda.
Perkara ini berkait rapat dengan keadaan otak yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Dengan otak kekurangan oksigen akan menyebabkan konsentrasi dan juga fokus menurun.
7. MUDAH MERASA LETIH DAN LEMAS
Ads
Seterusnya, tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan tubuh menjadi sangat lemas dan mudah merasa penat.
8. FUNGSI ORGAN KURANG BERFUNGSI
Bahaya akibat tekanan darah rendah lain yang muncul adalah munculnya gangguan pada organ-organ tubuh lain, seperti ginjal, hati, jantung, paru-paru dan organ penting lain.
Malah, kemungkinan paling terusk adalah kematian bagi penghidapnya.
9. ALIRAN DARAH YANG TIDAK LANCAR
Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan bahaya lain seperti aliran darah yang tidak lancar.
Aliran darah yang tidak lancar boleh menyebabkan menurunnya daya tahan imunisasi tubuh, sehingga mudah diserang penyakit.
Semoga artikel mengenai bahaya akibat penyakit tekanan darah rendah ini memberi manfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan. Yelah nasi kan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Pergilah mana-mana kedai makan pasti akan menjadikan nasi sebagai menu utama.
Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan. Kita semua tahu, nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan. Namun, jika diambil berlebihan ia akan menyumbang kepada masalah kegemukan.
Sudah tu, macam mana nak kurus kalau diri sendiri tidak boleh berpisah dengan nasi? Mujurlah ada orang yang baik hati hendak kongsikan tips. Lelaki ini kongsi 10 point penting, bagaimana dengan hanya makan nasi sesenduk tapi boleh kenyang macam makan sepinggan.
Menarik bukan? Jom baca apa 10 point tersebut.
Tips Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan
Makin ramai nak jaga badan, bagus. Tapi kita orang Malaysia, makan nasi dah jadi macam salah satu rukun negara. Susah betul nak kurangkan apatah lagi tinggalkan. Mungkin tips aku ni boleh bantu.
Minum air lebih kurang 10-20 minit sebelum makan. Minum paling tidak 500ml air. Supaya perut dah diisi sesuatu. Memang rasa mual dan muak tapi itu yang kita nak. Supaya perut tak meragam minta diisi banyak-banyak.
Ambil sesenduk nasi & lauk pula ambil yang berkuah. Lagi cantik kalau sayur sama portion atau gandakan dari nasi tadi. Bagi yang tak makan sayur, gandakan sekali ganda lauk daripada biasa.
Contohnya ayam jadi dua ketul. Pokoknya, ratio adalah 1 senduk nasi: 2 senduk sayur: 2 ketul lauk
Tujuan ganda lauk adalah bagi perut kenyang dengan lauk instead of nasi. Lauk berkuah pula ambillah sup, tomyam elak yang berlemak santan, nanti jadi masalah lain pula. Nak kurus kena berkorban sikit.
Makan dengan perlahan. Otak perlukan lebih kurang 20 minit untuk terima signal perut dah kenyang. Makan tergesa-gesa hanya buatkan kita makan lebih had. Kalau korang perasan, lepas setengah jam baru rasa perut penuh gila dan menyesal termakan banyak. Betul tak?
Minum air lebih kurang 5 minit selepas makan. Ini akan pastikan mana-mana nafsu dan kekosongan terisi dengan air. Yang bagusnya, 500ml air sebelum dan 500ml selepas makan dah buatkan korang minum 1L air sehari. Air bagus untuk pencernaan dan nyah toksin.
Lepas makan pun rasa lapar? Tahan dulu. Tunggu kejap sebab otak masih menerima signal perut dah ada isi atau tak. Ingat tujuan makan untuk kenyang. Bukan nak bina perut sentak macam busut.
Lebihkan air atau isi perut dengan snek kecil. Makan dengan kerap bermaksud bukan kerap makan nasi. Tapi kerap isi perut dengan sesuatu. Mungkim boleh kunyah buah, salad, kekacang atau apa-apa jajan rendah kalori dan gula. Ini bantu perut dan mulut tak boring.
Bayangkan sarapan sesenduk nasi, tengahari sesenduk dan malam sesenduk, secara purata, satu pinggan nasi adalah 3 senduk. Dengan teknik ni, korang macam makan sehari satu pinggan nasi sahaja. Wow!
Cara ni aku buat dulu sebelum aku masuk Fasa 1 Atkins. Macam yang kita tahu, Atkins amalkan disiplin very minimum carbs (20g carbs sahaja bagi Fasa 1). Tapi kalau tak mampu tahan Atkins, mulakan dengan kurangkan nasi je sebab nasi ni kita ambil melampau-lampau tanpa sedar.
Betul nasi tak menggemukkan tapi cara kita makan tu yang menggemukkan. Biar makan nasi sesenduk daripada konon tak nak makan nasi terus. Takut kecundang waktu lewat petang. End up kau melantak sebesen nasi dan ayat biasa kita “alamak, minggu depan jelah start diet”.
Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, yang kini bermain untuk Terengganu FC (TFC) atas dasar pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), telah mengalami nasib malang apabila jadi mangsa samun di sebuah kondominium di Terengganu.
Insiden yang cukup malang tersebut berlaku sekitar jam 8.30 malam pada Khamis lalu. Ia telah menyebabkan pemain berusia 25 tahun ini mengalami kecederaan ringan di kepala dan kaki.
Akhyar, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada hari Rabu, kini sedang dalam proses pemulihan.
Kejadian yang menimpa Akhyar telah mengejutkan ramai, terutamanya peminat bola sepak di Malaysia. Menurut laporan, video dan gambar yang tersebar di media sosial, memaparkan keadaan Akhyar sedang menunggu rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mengulas lanjut, Terengganu FC melalui laman Facebook rasmi pasukan telah mengeluarkan kenyataan yang meminta masyarakat untuk tidak membuat spekulasi yang tidak berasas berkenaan insiden tersebut.
Kenyataan itu menyatakan, “Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku dan pihak polis juga sedang membuat siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Justeru, kita memohon agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi liar terhadap insiden ini bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.”
Selain itu, pihak kelab juga mengambil inisiatif untuk mengajak semua pihak, terutamanya peminat sukan bola sepak, untuk menitipkan doa bagi kesembuhan Akhyar.
Tambah mereka lagi, “Kami juga menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia agar dapat mendoakan kesembuhan buat Akhyar Rashid.”
DILAPORKAN STABIL
Keadaan Akhyar yang dilaporkan stabil selepas insiden itu sedikit sebanyak memberikan lega kepada keluarga, rakan-rakan, dan penyokongnya.
Walaupun mengalami kecederaan yang digolongkan sebagai ringan, proses pemulihan masih memerlukan masa dan perhatian yang serius. Ia termasuklah dari segi perubatan untuk memastikan tiada komplikasi yang berlaku pada masa hadapan.
Insiden seperti yang menimpa Akhyar ini menunjukkan risiko yang ada di luar padang permainan. Sekaligus membangkitkan kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan peribadi bagi atlet profesional.
Ini adalah satu peringatan kepada semua pihak bahawa keselamatan tidak hanya terhad kepada dalam padang sahaja tetapi juga di luar padang.
Semoga dengan sokongan yang diberikan, Akhyar Rashid akan dapat kembali ke padang dengan lebih kuat dan semangat yang lebih tinggi setelah pulih sepenuhnya.
Dan semoga insiden ini akan menjadi titik tolak bagi peningkatan keselamatan bagi semua atlet di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Bagi saya, memasak ini bukan saja peranan wanita. Tapi ia lebih kepada life skill, surviving skill. Semua manusia perlu pandai memasak,” jelas Sufian Suhaimi dengan nada yakin.
Lelaki yang maskulin, kata Sufian, bukan hanya tahu jaga penampilan atau duit, tapi tahu jaga perut dan kesihatan diri.
“Lelaki yang maskulin, dia boleh jalani kehidupan dengan sihat, dengan baik. Dan memasak itu antara crucial skill yang paling kita rasa perlu ada dalam segala orang. Walaupun simple, tapi at least bolehlah masak apa yang kita nak makan,” tambahnya lagi.
Foto : Mingguan Wanita
6 Tahun Hidup Solo, Dapur Jadi Teman Setia
Bukan sekadar cakap kosong Sufian sendiri pernah melalui fasa hidup solo lebih 6 tahun. Dan dalam tempoh tu, dapur bukan benda asing.
“Untuk saya, sebab saya dah duduk membujang selama lebih daripada 6 tahun sendiri. So, macam-macam juga boleh masak. Contoh eh, saya boleh masak asam pedas, saya boleh masak kari, saya boleh masak kicap, masak lemak. Resipi masakan-masakan yang biasa-biasa itu bolehlah masak.”
Dan itu cukup membuktikan lelaki yang tahu memasak bukan ‘kurang jantan’, tapi lebih bersedia untuk hidup berdikari.
Dalam zaman semua benda boleh order online, lelaki yang masih turun dapur dan masak sendiri, sebenarnya ada class tersendiri.