Pelik tapi benar, itulah yang berlaku pada lelaki yang berusia 62 tahun ini,Malcolm Applegate. Akibat bosan dengan isteri yang kuat membebel, lelaki ini mempunyai cara untuk mengelakkan bebelan itu.
Dia telah membungkus kain baju dan terus masuk ke dalam hutan dan paling mengejutkan dia mendedahkan sudah 10 tahun tinggal di dalam hutan bersendirian.
“Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tapi malangnya ini yang berlaku. Saya bertemu dengannya di Birminghan.
“Selama tiga tahun semuanya ok, tetapi dia mula berubah apabila saya bekerja lebih masa sebagai tukang kebun dan ini menyebabkan kami bertengkar,’’ katanya yang meninggalkan isterinya secara diam-diam.
Ads
Malcolm berkata selepas sekian lama cuba bertahan dalam perkahwinan berkenaan, dia memutuskan untuk keluar dari perkahwinan itu dan menghilangkan diri selama 10 tahun.
Ads
“Tanpa sepatah perkataan, saya tinggalkan semua,’’ katanya. Malcolm juga terputus hubungan dengan kakaknya hinggakan wanita itu menyangka Malcolm telah meninggal dunia.
Namun kini Malcolm telah keluar dari persembunyiannya dan sudah bertemu semula dengan kakaknya.
Ads
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cinta pula tidak semestinya bersatu. Bayangkan setelah anda meluahkan perasaan, cinta anda ditolak. Apa yang perlu dilakukan? Jangan kecewa, lihat caranya.
1.KETAWAKAN IA
Kebanyakan dari kita boleh menghadapi penolakan cinta. Tetapi tidak boleh menghadapi sindiran dari rakan-rakan. Ini adalah kerana anda akan asyik berfikir apa yang mereka akan katakan di belakang dan itu amat menyakitkan. Cara paling mudah itu semua itu ialah dengan ketawakan situasi itu. Buatlah kelakar dengan penolakan cinta itu ketika berbual bersama rakan-rakan. Maka dengan sendirinya anda akan merasa lega. Usah risau jika teman akan mengingati akan hal itu kerana banyak lagi perkara lain perlu dilakukan mereka dari mengingatkan kisah anda!
2.FIKIR DAHULU SEBELUM LAKUKAN
Sebelum luahkan, fikirlah dulu sedalam-dalamnya. Anda boleh mengetahui jika si dia sukakan anda atau tidak. Andai 50:50 elok tangguhkan dahulu niat anda itu. Tunggu waktu yang sesuai. Jika anda rasakan tertekan, cuba bersabar dan tenangkan diri. Mintalah pandangan dari orang yang boleh anda percayai. Untuk itu anda akan dapat menyelesaikannya dengan cara yang lebih matang.
3.ANGGAP ITU ADA HIKMAH
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Penolakan cinta itu berlaku hanya kerana dua sebab sama ada anda tidak sesuai atau terlalu baik untuknya. Mungkin juga anda berdua tiada ‘chemistry’ untuk bersama sebagai kekasih.
4.BELANJA DIRI SENDIRI
Kebiasaanya jika berlaku penolakan pasti hati anda akan kecewa. Jangan biarkan ia berterusan. Belanjalah diri anda dengan sesuatu yang menarik. Pergi bercuti atau membeli suatu barangan yang sudah lama diidamkan, pasti akan membuatkan anda ldapat melupakan kekecewaan itu. Paling mudah menonton wayang bersama rakan-rakan atau beraktiviti sama ada bermain futsal, berbasikal dan sebagainya. Ini akan menjadikan anda lebih selesa.
5.REVIEW SEMULA
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Lihat kembali apa yang telah anda lalui dan ini akan menjadikan anda lebih tabah. Malah mungkin anda akan tersenyum sendiri mengenangkan tindakan anda pada waktu itu.
Jadi jangan takut untuk mengambil sesuatu peluang itu. Ditolak atau tidak anggapkan ia sebagai satu pengalaman dalam hidup dan belajar menanganinya. Anda akan menjadi lebih matang dalam hidup.
5 ijazah dunia tidak menjamin bahagia, itulah realiti yang dibuktikan oleh seorang lelaki dari China, Zhao Dian, 32 tahun. Walaupun memiliki latar akademik luar biasa dengan dua ijazah sarjana muda dan tiga ijazah sarjana dalam bidang kewangan dari universiti terkemuka di Sydney, New York, Beijing dan Paris, kehidupannya jauh berbeza daripada apa yang masyarakat jangkakan.
Bagi ramai orang, pencapaian akademik bertaraf dunia adalah pasport kepada pekerjaan mewah dan gaya hidup elit. Namun, bagi Zhao, semua itu hanyalah “belenggu” yang menambahkan tekanan. Selepas bertahun-tahun berada di luar negara, beliau merasakan kebahagiaan lebih mudah ditemui melalui pekerjaan sederhana seperti mencuci pinggan di restoran Cina di Paris.
“Mencuci pinggan boleh membawa kebahagiaan, jadi mengapa perlu menunggu pekerjaan yang ideal?” – Zhao Dian
Pada 2023, Zhao kembali ke China dan bekerja sebagai pelayan di festival bir serta hotel. Tetapi tahun berikutnya, beliau mengambil keputusan drastik: hidup tanpa status, tanpa harta, dan memilih jalan sebagai gelandangan di Dali, Yunnan.
Kini, Zhao hidup dengan bajet minimum – hanya 100 yuan sebulan (sekitar RM60). Beliau makan di restoran vegetarian percuma, tidur seawal jam 9 malam dan bertahan dengan simpanan kecil berjumlah 2,500 yuan (kira-kira RM1,500). Hidupnya kini berlandaskan kesederhanaan total.
Zhao tidak sekadar “lari” daripada sistem, malah membina falsafah hidup baharu. Beliau mengisi masa dengan membaca, mengembara, menganjurkan kelab buku dan berkongsi video kaunseling psikologi dalam talian. Malah, beliau melancarkan projek untuk membantu kanak-kanak mengenal minat sebenar mereka kerana percaya sistem pendidikan toksik telah menekan ramai generasi muda.
Namun, pilihannya tidak terlepas daripada kontroversi. Ada yang mengagumi keberanian dan kesedaran dirinya, tetapi ada juga yang mengkritik kerana meninggalkan tanggungjawab, terutama terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun.
Kisah ini menimbulkan persoalan penting buat kaum lelaki: adakah kebahagiaan peribadi lebih utama daripada tanggungjawab sosial dan keluarga? Lelaki sering diasosiasikan dengan peranan penyara dan pelindung, namun tekanan sosial dan ekspektasi yang tinggi boleh membawa kepada pilihan hidup radikal seperti Zhao.
Bagi lelaki moden, mesejnya jelas – kejayaan tidak semestinya diukur melalui status, wang atau ijazah tinggi. Apa yang lebih penting adalah keseimbangan: bahagia dengan diri sendiri sambil tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tersayang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demam bola sepak kini kian melanda negara kita dengan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala AFF 2018. Rata-rata topik perbualan di kedai kopi, kafe hipster malah kantin sekolah pun pasti akan berlegar kepada keputusan dramatik yang berjaya diraih oleh skuad negara di Bangkok dua hari yang lalu.
Dan semalam, MASKULIN turut serta bersama media lain menyambut kepulangan wira-wira negara ini di KLIA untuk mendapatkan pendangan peribadi mereka tentang kejayaan ini.
Antara watak penting yang memainkan peranan cukup besar membawa skuad negara ke final bagi meraih piala paling berprestij di Asia Tenggara ialah Farizal Marlias.
Walaupun tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan awal peringkat kumpulan namun Farizal menunjukkan prestasi cukup membanggakan. Perlawanan dramatik yang menyaksikan Thailand mendapat tendangan penalti pada saat-saat akhir masa kecederaan tidak sekalipun menggentarkan Farizal.
Ketika berdepan penalti itu, terpampang di kaca televisyen wajah penuh tenang Farizal sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Bila MASKULIN bertanyakan hal itu Farizal menjelaskan ia adalah bacaan doa yang biasa dilakukan. Tambahnya lagi sebagai penjaga gol dia harus memberikan fokus dan tidak mempedulikan keadaan di dalam stadioum terutamanya bila bermain di tempat lawan.
“Perasaan memang agak kecewa juga sebab kita berikan sepakan penatlti saat akhir. Tpai itu perkara biasa dalam bola sepak. Penalti ini memang kadangkala hanya nasiblah. Mungkin sudah ditakdirkan Malaysia akan mara ke final. Alhamdulillah,” jelas penjaga gawang yang turut menjadi pemain JDT.
Untuk perlawanan akhir pula, Farizal memilih untuk bertemu dengan pasukan Vietnam yang sebelum ini menewaskan skuad negara ketika perlawanan peringkat kumpulan.
“Saya nak jumpa Vietnam. Sebab ini misi untuk revenge. Antara faktor kemenangan kami ialah kehadiran ‘ekor’ Harimau Malaya yang memberikan sokongan luar biasa kepada kami. Jujur saya katakan sokongan mereka memberikan suntikan semangat kepada kami. Kita jumpa lagi di Bukit Jalil!”
Nampaknya hasrat Farizal untuk bertemu dengan pasukan Vietnam telah menjadi kenyataan selepas pasukan itu mara ke final dengan menewaskan Filipina 2-1 dengan aggregat 4-2.
All the best buat Farizal dan Harimau Malaya! Ayuh, kita takluk Asia Tenggara!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.