Akibat Tak Tahan & Bosan Dengan Bebelan Isteri, Lelaki Nekad Tinggal Di Dalam Hutan

Share

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku pada lelaki yang berusia 62 tahun ini,Malcolm Applegate. Akibat bosan dengan isteri yang kuat membebel, lelaki ini mempunyai cara untuk mengelakkan bebelan itu.

Dia telah membungkus kain baju dan terus masuk ke dalam hutan dan paling mengejutkan dia mendedahkan sudah 10 tahun tinggal di dalam hutan bersendirian.

“Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tapi malangnya ini yang berlaku. Saya bertemu dengannya di Birminghan.

“Selama tiga tahun semuanya ok, tetapi dia mula berubah apabila saya bekerja lebih masa sebagai tukang kebun dan ini menyebabkan kami bertengkar,’’ katanya yang meninggalkan isterinya secara diam-diam.

Malcolm berkata selepas sekian lama cuba bertahan dalam perkahwinan berkenaan, dia memutuskan untuk keluar dari perkahwinan itu dan menghilangkan diri selama 10 tahun.

“Tanpa sepatah perkataan, saya tinggalkan semua,’’ katanya. Malcolm juga terputus hubungan dengan kakaknya hinggakan wanita itu menyangka Malcolm telah meninggal dunia.

Namun kini Malcolm telah keluar dari persembunyiannya dan sudah bertemu semula dengan kakaknya.

 

Sumber : Mstar Online 

IKLAN