
Dalam dunia seni mempertahanan diri apa yang paling penting ialah mengetahui kekuatan diri dan juga lawan. Namun mungkin ada sesetengah yang tidak mengukur kemampuan tersebut hinggakan terpaksa jatuh tersungkur dan mendapat malu.
Lebih malang apabila mereka telah mula bercakap besar sebelum perlawanan dimulakan. Itulah yang berlaku kepada seorang tai chi master di China. Memetik laporan South China Post, tai chi master tersebut ingin seni bela diri tai chi dan reputasinya dibela dalam sebuah pertandingan di Shandong, China.
Lelaki berusia 69 tahun dikenali dengan nama Ma Baoguo cukup dikenali di laman sosial media tempatan sebagai seseorang yang sentiasa mencabar atlet MMA. Sebelum ini dia pernah mencabar secara olok-olok juara UFC wanita, Zhang Weili.
Disebabkan itu juga dia disyaki sebagai seorang ahli seni bela diri yang palsu. Ramai pemerhati mendakwa kemampuan yang ditonjolkan oleh Ma tidak seperti seorang yang mempunyai kemahiran sebenar.
Lawannya pula, Xu Xiaodong merupakan atlet MMA yang pernah menggelarkan Ma sebagai tai chi master palsu sambil melaungkan akan mendedahkan belang sebenarnya.
Xu pernah mencipta kontroversi selepas menewaskan seorang lagi tai chi master beberapa tahun lalu dan video perlawanan tersebut turut tular.
Dalam perlawanan antara Ma dan Xu ia tidak mengambil masa yang lama. Sebelum dijatuhkan dengan tumbukan KO, Ma telah rebah dua kali sebelum dikalahkan dalam masa hanya 30 saat sahaja.
Ini bukanlah kejadian yang melakuka pertama buat Ma. Awal bulan yang lalu Ma turut menyertai sebuah pertandingan tai chi di Hunyuan. Dia telah tewas awal dalam kekalahan yang memalukan.
Sumber: South China Post
Budaya Renovasi Rumah Sampai Ambil Tanah Milik Orang, Ia Satu Kesalahan!

Di negara kita ini memang ada satu perkara yang cukup unik apabila membicarkan tentang hartanah seperti rumah. Seakan sudah menjadi perkara biasa rumah yag dibeli terutamanya rumah teres ia akan diubah suai.
Ia bukanlah satu perkara yang asing bagi kita. Lihatlah di mana-mana kawasan perumahan pasti lebih dari separuh unit akan melakukan renovasi. Namun dalam melakukan renovasi dan ubah suai ada juga yang tidak fikirkan tentang orang lain.

Apabila hidup berjiran perkara perlu kita ingat ialah tidak mengambil hak orang lain dan mengganggu apabila renovasi itu sedang atau sudah dilakukan. Ramai masih beranggapan tanah yang ada di hadapan atau segenap penjuru lain merupakan milik mereka sepenuhnya.
Sampai ada yang buat renovasi hingga ambil hak orang lain. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh pakar kewangan berpengaruh, Azizul Azli Ahmad menerusi satu hantarannya di Facebook.
Beliau mengulas tentang fenomena ubah suai rumah yang sering dilakukan tapi sebenarnya salah. Ikuti perkongsian beliau di bawah:
JANGAN BERLEBIHAN TAMBAH?
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Diperumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Dilorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.

5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat disekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran di neraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Jelas beliau lagi walau bagaimana susah pun hidup kita ia bukan alasan untuk ambil hak orang lain.
Malah beliau juga pernah menulis dan mengulas tentang topik renovasi rumah – apabila ada duit berlebihan jangan digunakan untuk renovasi rumah, sebaliknya belilah rumah yang boleh berikan kualiti hidup lebih baik.
Ujarnya lagi, persekitaran yang baik mampu kehidupan kita dan anak-anak jadi lebih baik.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda!
Kredit: Azizul Azli Ahmad
“Ambil Contoh Pengurusan 41 Pelajar Tahfiz” D.G Hisham Abdullah Lega Pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Pulih

Terbaru, melalui Facebook Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah memanjat syukur kerana seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).
Menurutnya ia merupakan sebahagian dari kuster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020.
Tambahnya, Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.
“Kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan 2 ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif.
“Mereka telah dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April, keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19. Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut.
“Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine. Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020.” Tulisnya di Facebook.
Menurutnya lagi, daripada aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya.
Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis.
“Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap 1 sehingga 3 adalah amat penting. Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting.” Tulisnya lagi.
Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti.
Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini menyuruh mengambil contoh pengurusan kesemua 41 pelajar tahfiz ini untuk keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan COVID -19.
7 Makanan Ini Baik Diambil Jika Anda Selesema

Ketika cuaca tak menentu apabila tiba musim tengkujuh, ramai yang alami suhu tak menentu sehingga ada yang selesema dan demam.
Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun. Kalau dah terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang akan tergendala, kan?
Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil scroll telefon tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini agar anda cepat baik daripada selesema.
1. Bawang putih
Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang membantu melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semula jadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang menggunakan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.
2. Ikan
Asid lemak Omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun) anda. Salmon dan tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukan. Ia bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.
3. Sup Ayam
Dalam keadaan hidung tidak selesa, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid amino yang terdapat di dalam ayam sebenarnya dapat membantu memecahkan lendir dalam paru-paru dan dapat membuka ruang pada hidung yang tersumbat. Air rebusan ayam tersebut membuatkan anda terhidrat dan melegakan sakit tekak. Sup ini mempunyai elemen anti-radang yang dapat membantu mengurangkan kesak nafas.
4. Lada cili
Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta-merta tapi ia dapat membersihkan saluran hidung dan membuat anda rasa lebih baik dalam masa sama. Lada cili mempunyai capsaicin yang berfungsi untuk merangsang dan kemudiannya, menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.
Artikel berkaitan: Biji Cili Sukar Dihadam Perut & Jadi Punca Apendiks? Ini Jawapannya!
5. Air kelapa
Air kelapa yang baik adalah air kelapa yang diambil terus daripada buah kelapa itu sendiri dan bukannya yang telah diproses atau dijadikan Coconut Shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya. Ia membantu dalam menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuatkan anda terhidrasi.
6. Halia
Ini senang. Anda hanya perlu ambil satu uncang teh dan beberapa hirisan halia untuk membantu anda merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang yang dapat membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.
7. Aiskrim
Ais krim sebenarnya adalah makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan masalah hidung dan tekak. Aiskrim membantu untuk membuatkan anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana dapat menenangkan kerongkong daripada bengkak. Kalau boleh jangan beli aiskrim di luar kerana kemanisan melampau.
Ikuti pelbagai video fitness di Youtube MASKULIN