
Akhirnya selepas beberapa bulan lamanya, filem aksi yang dinanti-nantikan ini akan mula ditayangkan mulai esok di negara kita.
Selaras dengan pembukaan lebih banyak kegiatan ekonomi termasuklah panggung wayang dalam Pelan Pemulihan Negara, kita kini berpeluang menonton filem ‘Fast & Furious 9’. Bagi pengikut filem antarabangsa terutamanya dari Hollywood pastinya sudah sedia maklum bahawa francais filem ‘Fast and Furious’ merupakan antara yang paling laris di dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001 menerusi instalasi pertamanya, setiap filem francais ini mencatat kutipan cukup luar biasa.
Apa tidaknya setiap filemnya sarat dengan aksi kereta, jentera perang, kapal selam, kereta kebal malah kapal selam sering mendapat kutipan box-office yang menjadi antara filem-filem terlaris sepanjang zaman.
Buat peminat kereta dan juga filem aksi, inilah francais yang cukup dekat dihati anda semua. Dan semalam trailer terbaru filem terbarunya, ‘Fast and Furious 9’ telah pun diperkenalkan yang sekali gus menjadi topik tular diperkatakan di laman media sosial.
‘Fast & Furious 9’ hadir dengan kisah yang masih berlegar pada tema kekeluargaan. Kali ini, Dominic Toretto dan rakan-rakannya harus berdepan dengan adiknya, Jakob yang digelar sebagai pembunuh upahan berskil tinggi serta pemandu paling hebat yang pernah mereka hadapi.
Jakob tampil bekerjasama dengan karakter antagonis lakonan Charlize Theron iaitu Cipher. Turut melakukan kemunculan semula menerusi siri kali ini ialah Han Lue lakonan Sung Kang yang sebelum ini disangka telah meninggal dunia pada penghujung filem ‘Tokyo Drift’.
Apakah kesudahannya dengan seteru dua adik-beradik ini? Pastinya anda sudah tidak sabar menontonnya di pawagam.
Bersempena kemunculan ‘Fast & Furious 9’, MASKULIN bersama United International Pictures berbesar hati ingin memberikan hadiah eksklusif menerusi contest di bawah. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!
- FAST & FURIOUS 9 Cross Body Bag
- FAST & FURIOUS 9 T-Shirt
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Phone Charger
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Headphone
- FAST & FURIOUS 9 Hoodie
Sebelum menjawab soalan di bawah, anda harus mengikuti beberapa langkah tersebut.
- Follow Instagram @maskulinmag & @uipmalaysia
- Kongsi artikel ini di IGStory anda dengan hashtag #maskulinF9 #fastandfurious9
- Jawab dan isi soalan di bawah.
Pemenang akan diumumkan kelak dan harus mengambil hadiah tersebut di alamat dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd,
Lot 2, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor
Kerana Malu Bergambar Dengan Perut ‘Melimpah’, Lelaki Ini Nekad Turun Berat 14Kg Dalam Sebulan

Membesar dalam keluarga yang mempunyai genetic berbadan besar serta mempunyai diabetis serta tekanan darah tinggi, agak sukar generasi kini untuk mengelak daripada turut terkena tempiasnya.
Perkara ini menghantui Kidd Zaharuddin yang sebelum ini mempunyai berat badan 89 Kg serta perut yang buncit. Dia takut bahawa dia juga akan turut sama seperti keluarganya yang mempunyai penyakit seperti itu.
Terdorong dengan keadaan sebegitu, dia nekad untuk mengawal nafsu makan dan cuba untuk mengawal pemakanan serta rajin ke gym. Dia juga nekad untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal untuk kekal sihat dan cergas.
Ikuti temu bualnya bersama MASKULIN bagaimana perjalanan kurusnya membuatkan dia bersyukur serta mahu orang lain turut sama mengikuti gaya hidup sihat yang diamalkannya.
BACA: Kerana Ingin Elak Penyakit Diabetis, Lelaki Ini Kongsi Cara Dia Turun Dari 180Kg Ke 95Kg
1. BAGAIMANA BERAT BOLEH BERLEBIHAN?
Saya merupakan seorang penggemar makanan ringan dan fast food sehinggakan boleh makan 4 kali seminggu. Sarapan kegemaran saya pula memang nasi lemak campur. Bermakna nasi lemak campur dengan paru goreng crispy, ayam goreng crispy, rendang daging, dan sebagainya. Tetapi, tabiat pemakanan saya jadi seperti ini pun kerana stress kerja, saya amalkan stress eating, dengan snacking makan junk food especially keropok lekor dan keropok ikan diwaktu petang. Tanpa pengawalan kalori yang betul, sehari saya boleh makan kalori sehingga 2500 cal.
2. APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN?
Saya mempunyai keturunan diabetes dan high BP dari kedua-dua ibu bapa saya. Genetik mereka juga adalah dari genetik berbadan besar. Saya cuba kawal selia pemakanan saya, tetapi kadang kala nafsu menang juga. Selain itu, saya tidak gemar melihat gambar-gambar saya dengan perut menggelebeh di sisi saya, terutamanya ketika mengambil gambar dalam posisi duduk, perlu tutup perut dengan beg atau bantal. Jadi, dengan kondisi seperti itu, saya jadi kurang keyakinan diri.
3. APAKAH MENU YANG ANDA AMALKAN SEPANJANG DIET?
Diet yang saya amalkan setiap hari adalah calorie deificit tanpa berlapar. Saya akan bahagikan pemakanan saya kepada 5 kali sehari, iaitu 3 menu utama dan 2 snacking. Sarapan, lunch, dan dinner, serta dua snacking pada pukul 10.30 pgi dan 5.30 petang.
Oleh kerana saya inginkan badan yang lebih ‘lean’ jadi saya perlu ambil kandungan protein secara optimum sambil kurangkan karbohidrat saya. Jadi saya amalkan portion seggenggam karbohidrat dan 2 tapak tangan protein. Fibre biasanya saya campurkan dalam kandungan karbohidrat. Jadi saya bahagikan pinggan saya kepada 2 bahagian sahaja, bukan 1 karbo, 1 protein, 1 serat.
Contoh makanan yang saya amalkan adalah seperti berikut:
Sarapan – 1 keping roti bakar & 4 telur rebus / separuh masak
Snacking – Buah pisang (jika workout pada waktu lunch), jambu batu, barli rebus, kacang kuda dan lain lain
Lunch – Amalkan karbo kompleks seperti sweet potato, sayur-sayuran, oats, dan black rice
4. BOLEH KONGSI TIP TAHAN DIRI UNTUK MAKAN SEPERTI SEBELUM INI?
Okay, part ini jika ramai tidak tahu, air kosong banyak membantu dalam melawan ‘cravings’ makanan yang bukan-bukan. Sekiranya kita perlu minum 1liter air untuk setiap 25kg, saya akan minum 1.75 liter bagi setiap 25 kg berat badan saya untuk mengawal nafsu makan saya. Jadi saya akan minum air sehingga 5liter sehari. Iaitu lebih kurang 1 liter selepas solat fardu. Insya allah.
5. ADAKAH PERUBAHAN YANG BERLAKU PADA DIRI ANDA PADA BULAN PERTAMA ANDA MELAKUKAN DIET?
Pada bulan pertama saya berjaya turun sebanyak 10kg sehingga saya maintain ideal weight sehingga kini. Saya lebih selesa berpakaian apa sahaja mengikut cita rasa saya. Malah, ketika shopping raya baru-baru ini juga saleswoman itu berkata, “untunglah saiz badan sama dengan patung” kerana mudah beli baju yang sedia ada. Aktiviti fizikal saya juga lebih lancar dan kurang mengah.
6. BAGAIMANA PULA DENGAN SENAMAN?
Saya cuba jadikan gym sebagai best friend saya ketika saya gembira, sedih, marah, stress, dan lapar. Kenapa lapar? kerana jika saya workout, saya akan haus, dan saya terpaksa untuk minum air kosong sehingga saya kenyang sebelum next meal saya. Di gym pula saya amalkan weight lifting selama 40 minit, dan 30 minit cardio. Kebiasaannya saya akan workout pada waktu pagi sebelum kerja atau waktu lunch break. Bulan lepas, saya menyertai kelas Kickboxing untuk tingkatkan aktiviti HIIT saya dalam seminggu. Jadi dengan calorie deficit yang saya amalkan, dan gaya hidup aktif ini, saya dapat pastian kalori intake saya dalam seminggu, tidak berlebihan, dan sesiapa sahaja yang ikut cara ini, akan WAJIB turun 2kg seminggu secara matematiknya lah. Tetapi keputusannya tidak sama untuk semua orang.
7. ADAKAH TARGET BERAT YANG ANDA INGINKAN?
Sejujurnya, belum. Dengan ketinggian saya 173cm, berat ideal saya adalah 68kg. Saya skrg dalam sekitar 69kg atau 70kg. Tetapi, saya tidak mahu kelihatan kurus. Jadi saya sekarang dalam misi mengimbangi jisim otot saya melebihi peratusan lemak badan saya sehingga saya tampak lebih muscular dan tidak terlalu kurus. Jadi target saya adalah maintain berat sekarang, tetapi kurangkan lagi lemak, dan tingkatkan otot.
8. TIP BAGAIMANA KEKALKAN MOTIVASI DIRI?
Motivasi saya mudah. Iaitu berkawanlah dengan mereka yang saya mahu jadi. Saya gemar berkawan dengan personal trainer, bodybuilder, dan model kerana saya gemar semangat mereka yang seakan ‘berkahwin dengan gym’ dan amat teliti dengan pemakanan mereka. Lama kelamaan saya jadi terikut-ikut dengan cara pemikiran mereka, dan jadikan gym bukan lagi sebagai tugasan harian, tetapi hobi dan gaya hidup saya. Dengan ilmu yang saya ada belajar juga, saya educate ibu bapa saya untuk memilih makanan yang lebih sihat untuk kesihatan mereka juga. Saya juga sering mengajak dan berkongsi kepada rakan-rakan saya, dan followers di Instagram dan Twitter tentang cara diet saya. Insya allah, semua orang boleh memanfaatkan ilmu yang saya kongsi dan menimba motivasi bersama.
BACA: Lelaki Ini Berjaya Turunkan 34 Kg Dalam Masa 4 Bulan Disebabkan Putus Cinta
9. APAKAH RUJUKAN ANDA KETIKA MELAKUKAN DIET (DARI PENGALAMAN ORANG LAIN, DARIPADA PAKAR, DLL)?
Saya belajar dari rakan – rakan personal trainer dan juga belajar input kesihatan dan makanan sihat dari fitnes model dari indonesia seperti Bobby Ida, dan tempatan seperti jordan yeoh dan Alex Chee..
‘Dahi Luas Tanda Bijak’, Betul Ke? Kenali Personaliti Lelaki Menerusi Bentuk Badan

Ramai yang tidak menyangka personaliti lelaki sebenarnya boleh dikenal pasti hanya dengan cara tengok bentuk badan lelaki.
Jadi selepas ini, makin sukarlah lelaki nak berahsia tentang perangai sebenarnya kerana menerusi perkongsian ini, semuanya sudah ‘kantoi’.
Apa-apa pun, info yang diterima ini sangat menarik dan berbaloi untuk dibaca. Sehingga rasa macam kena batang hidung sendiri pun ada :
Kulit
Kulit yang berwarna kemerah-merahan tanda seseorang itu pemarah, memiliki daya fikir yang lemah dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Warna kehijauan dan kemerahan pula tanda bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda seseorang itu jahat kelakuanya manakala warna kulit yang sangat putih tanda seseorang ini miliki penyakit dan kekurangan darah. Selain itu, ia juga melambangkan kelakuannya sangat baik.
Rambut
Jika rambut kasar dan keras, itu tandanya seseorang itu berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.

Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal manakala sederhana tandanya berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya dan kepala kecil tanda suka menurut nafsu kurang akalnya.
Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal.
Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.
Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah.
Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.
Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur.
Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya .
Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.
Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya.
Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.
Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak.
Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.
Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.
Dada
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang tumbuh bulu tanda kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.
Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.
Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.
Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.
Betis
Betis yang sederhana tanda sihat.
Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh.
Tumit
Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.
Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.
Usah Cari Nahas Dengan Minum Susu Kambing Mentah, Wabak Bahaya Menanti!

Jangan cari pasal dengan minum susu kambing mentah!
MASKULIN tak dinafikan bahawa susu kambing menawarkan banyak khasiat yang baik untuk kita.
Antara khasiatnya ialah kandungan kalsium yang tinggi, kurang tekanan perncernaan, sesuai untuk pengidap anemia, mengimbangi asid lemak dalam tubuh, tinggi potassium dan kaya dengan protein.
Tapi awas! Jangan pula anda minum susu kambing mentah yang tidak diproses terlebih dahulu. Baru-baru ini telah dilaporkan seramai 8 individu telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing mentah daripada sebuah ladang ternakan.
BOLEH BAWA MAUT
Hasil sisatan lanjut juga mendapati susu diminum mangsa telah dicemari kuman Brucella, sejenis kuman merbahaya yang boleh membawa maut!
Malah sebenarnya penjualan susu mentah juga menyalahi undang-undang kerana ia bertentangan dengan Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi 5 tahun.
BACA: Sebelum Beli, Sila Ambil Tahu Dahulu Jenis Susu Yang Berbeza Di Pasaran
RISIKO LEBIH TINGGI
Selain bakteria Brucella kuman lain yang merbahaya ialah mycobacterium bovis dan MERS-CoV yang juga boleh membawa maut.
Sesetengah orang mengambil susu mentah gara-gara percaya ia dapat meningkatkan ketahanan badan. Malah ada beranggapan ia boleh menjadi tonik hari atau merawat penyakit seperti demam kuning. Tak kurang juga ada yang suka minum susu mentah kerana suka akan rasa eksotiknya.

Pengguna perlu bijak membezakan susu mentah dan susu yang melalui proses pempastueran suhu ultra tinggi (UHT) atau paling minimum dipanaskan pada susu tertentu.
Meminum susu mentah juga amat merbahaya terutamanya kepada golongan orang tua, wanita hamil dan juga kanak-kanak kerana sistem kekebalan atau imunisasi yang rendah.
Selain itu, meminum susu mentah juga boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh mengganggu fungsi ginjal dan juga pencernaaan.