Bakal menggegarkan bumi Sarawak, Astro bersiap sedia untuk membawakan sebuah acara mega yang pasti menjadi tumpuan utama di bandar Miri pada bulan Mei ini.
Di bawah tema penuh semangat, ‘Nang Champiyen Nang Legend’, jelajah Hello Miri dijadualkan bakal membuka tirai dari 9 hingga 11 Mei di Permaisuri Imperial City Mall selaku penaja lokasi.
Ini merupakan inisiatif strategik Astro sebagai pemanas badan menjelang acara kemuncak mereka, Konsert Meletop TVS yang akan berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Bandaraya Miri.
Namun, sebelum konsert bertenaga itu, Hello Miri menawarkan peluang keemasan untuk anda berinteraksi secara langsung dengan barisan selebriti popular tanah air.
Antara program menarik ‘Hello Miri’ pastinya terletak pada sesi ‘Meet and Greet’ bersama para bintang yang bakal hadir secara eksklusif dan dibawakan oleh Astro Rewards
Pengunjung berpeluang untuk bertemu mata dan beramah mesra dengan nama-nama besar dalam industri hiburan.
Senarai selebriti yang akan memeriahkan acara ini cukup padat dan mengujakan. Di antara yang bakal bertemu mata dengan peminat ialah Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.
Ads
Nadhir Nasar – Foto: Instagram Nadhir Nasar
Selain itu, nama-nama popular lain seperti Isaac Voo, Siti Saleha, Haneesya Hanee, Wani Kayrie, Dinda Dania, Firdaus Rahmat, Shahrul Kamal, Adira, Ayu Damit, Tomok, Priscilla Abby, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Kaka Azraff dan ramai lagi.
Kehadiran mereka menjanjikan suasana yang meriah dan peluang unik untuk peminat bertemu idola.
PELUANG ISTIMEWA
Acara yang bakal dikendalikan oleh hos bertenaga seperti Keanu Azman dan Munabella ini bukan sekadar sesi bertemu selebriti. Para pengunjung juga akan disajikan dengan pratonton eksklusif kandungan dan naskah-naskah terbaru yang bakal dipersembahkan oleh Astro.
Ini merupakan peluang istimewa untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan gambaran tentang apa yang bakal disajikan oleh Astro kelak.
Mierul Aiman – Foto: Instagram Mierul Aiman
Tidak ketinggalan, pada 10 Mei, Astro Rewards akan membawakan tarikan antarabangsa dengan kehadiran dua pelakon sensasi dari drama bersiri popular Little Nyonya, iaitu Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.
Ads
Ini merupakan kesempatan terbaik buat peminat di Miri dan Sarawak amnya untuk bertemu secara ‘live’ dalam sesi ‘Meet and Greet’ istimewa.
Lebih menarik lagi, buat anda yang merupakan pelanggan setia Astro, ganjaran istimewa menanti.
Pada 11 Mei, Astro Rewards menyediakan sesi ‘Meet and Greet’ yang lebih eksklusif bersama beberapa selebriti terpilih, membolehkan anda berinteraksi lebih dekat lagi.
Nama-nama besar seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Nikki Palikat, dan Kaka Azraff dilaporkan akan turut serta dalam sesi eksklusif ini. Selain itu, TVS selaku rakan kolaborasi turut akan memeriahkan hari tersebut dengan pelbagai segmen dan aktiviti menarik di zon istimewa mereka.
Ads
PENCARIAN BAKAT BARU
Selain peluang bertemu bintang, Hello Miri juga membuka ruang kepada bakat-bakat baru.
Uji bakat untuk program Kilauan Emas akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ini adalah platform terbaik bagi mereka yang mempunyai impian untuk menembusi industri hiburan.
Dengan barisan selebriti yang hebat, peluang bertemu bintang antarabangsa, akses eksklusif untuk pelanggan setia, pratonton kandungan menarik dan juga sesi uji bakat, jelajah Hello Miri di Permaisuri Imperial City Mall Miri dari 9 hingga 11 Mei ini menjanjikan pengalaman hiburan yang menyeluruh.
Jangan lepaskan kesempatan ini untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Nang Champiyen Nang Legend’ dan bersiap sedia untuk Konsert Meletop TVS!
Persiapkan diri anda untuk tiga hari penuh aktiviti dan dan interaksi bersama bintang kegemaran anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk mulakan beramal membaca satu ayat Al Quran sehari, dengan istiqomah. Cuba la dulu, tak cuba tak tahu kan?
1. Baca Quran selepas solat. Mana-mana waktu solat.
Kalau nak baca selepas setiap solat pun lagi baik. Sekurang-kurangnya dalam sehari, dapat la 5 ayat kan? Kalau ada yang rasa solat dia tak penuh, boleh cuba baca pada selepas perkara rutin yang kamu buat. Contohnya perkara rutin yang kamu buat seperti makan. Lepas makan, cuba baca satu ayat je.
2. Letak Al Quran di tempat yang mudah diambil.
Sila letak Al Quran tu betul-betul sebelah tempat kamu solat atau kalau nak baca selepas masak, letak betul-betul tepi meja atas rak pinggan. Biar tempatnya permanently di situ. Kalau boleh, tempat kamu letak Al Quran tu pun biar kamu boleh nampak. Jangan letak atas almari yang tinggi. Nanti bila tak nampak, kamu lupa. Betul ni. Biar selalu nampak Al Quran.
3. Baca ikut turutan.
Kena baca daripada awal Surah Al Fatihah diikuti dengan Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa, Al Maidah, Al An’am dan seterusnya. Kena tanda elok-elok guna penanda buku. Ada macam-macam cara nak tanda. Guna pen pun boleh. Asalkan ko sendiri tahu kat mana ko baca.
4. Baca Al Quran Yang Ada Terjemahan
Mula-mula, baca yang Arab satu ayat. Lepas tu, ko baca pulak terjemahan ayat tu. Make sure baca dengan niat nak faham. Baca je. Baca macam biasa. Cuba fahamkan apa maksud ayat yang di baca tu. InsyaAllah, ayat Quran ni, setiap kali kita baca makna terjemahan dia… MasyaAllah, setiap kali tu kita akan rasa terkena-kena je dengan keadaan sekeliling. Cubalah!
5. Bermula Dari Sekarang
Mulakan langkah. Tak perlu tunggu sampai esok lusa sampai ke tahun depan, tak perlu, tak perlu. Mula je terus. Yang bekerja di pejabat lagi la senang. Letak je kat workstation masing-masing satu Al Quran atau terjemahan. Kalau rasa tak sempat sangat nak baca, cukuplah dengan menyentuh Al Quran tu. Mudah-mudahan bila dah sentuh al Quran, terus rasa nak ambil. Bila dah ambil, rasa nak buka, bila dah buka akan rasa nak baca.
6. Tak Perlu Berwudhuk.
Sebab itu lebih mudah jika gunakan terjemahan. Al Quran terjemahan boleh dipegang walaupun tanpa lapik dan tanpa wudhuk. Islam itu mudah.
7. Jangan Pernah Jemu
Jadikan alQuran itu teman kita semasa hidup. Kalau terasa malas nak membacanya, tolong la lawan perasaan malas tu. Good luck sahabat-sahabat semua…
8. Manfaatkan Teknologi
Susah nak baca Al-Quran sebab tertinggal Al-Quran di rumah? Berhenti memberi alasan! Install aplikasi Al-Quran di handphone. Supaya kita boleh baca di mana-mana. Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya. Selain itu, kita juga boleh download mp3 bacaan Al-Quran. Jika badan terlampau penat dan tak larat nak membaca, ambillah masa untuk dengarkan alunan bacaan Al-Quran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah mana-mana peminat permainan video atau gaming terutamanya menggunakan konsol PlayStation antara game yang cukup popular dan digemari ialah Gran Turismo.
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1997 oleh syarikat milik Sony Interactive Entertainment iaitu Polyphony Digital, ‘Gran Turismo’ merupakan permainan video simulasi perlumbaan terhebat diperkenalkan ketika itu.
Sejak itu legasinya berterusan buat PlayStation 2 hinggalah yang terkini menerusi konsol PlayStation 5. Di antara sebab utama mengapa ‘Gran Turismo’ digemari ramai peminat permainan video ialah unsur realistik ubah suai kereta yang dibawa olehnya.
Dan hari ini satu berita yang pastinya menggembirakan peminat ‘Gran Turismo’ apabila ia diumumkan akan muncul dalam adaptasi filem. Menerusi kenyataan media dari Sony Pictures Entertainment mengatakan ‘Gran Turismo’ akan tampil menemui penonton di pawagam pada bulan Ogos 2023.
Lebih menarik projek filem ini dikepalai oleh pengarah yang cukup berpengaruh iaitu Neill Blomkamp yang sebelum ini terkenal menerusi filem arahannya, ‘District 9’. Pengumuman tentang filem ini turut dilakukan menerusi persembahan video pendek di CES 2023.
Malah, mereka turut mengumumkan lebih banyak projek seumpamanya akan diperkenalkan di masa akan datang sama ada dalam bentuk filem atau siri televisyen.
Filem ‘Gran Turismo’ dikatakan diinpirasikan dari benar. Ia mengikuti kisah seorang remaja yang juga pemain Gran Turismo yang menggunakan kemahirannya untuk menjadi pelumba kereta di dunia sebenar.
Watak remaja tersebut dilakonkan oleh Archie Madekwe. Selain itu ia turut dibintangi oleh David Harbor, Orlando Bloom dan Geri Halliwell (Ginger Spice).
Menurut laporan filem ‘Gran Turismo’ mengambil masa cukup lama untuk dihasilkan oleh kerena beberapa faktor kesulitan sama seperti siri permainan video itu sendiri yang mempunyai reputasi kerana ditangguhkan.
Sebelum ini satu usaha menjadikan versi filem judul ini telah dibatalkan sepenuhnya pada 2018 selepas menghabiskan lima tahun dalam pembangunan. Ketibaan Neill Blomkamp merancakkan semula penghasilan filem ini dan ia berubah dengan pantas sejak pembangunan filem semasa bermula pada Mei 2022, dengan penggambaran selesai menjelang Disember itu.
Gran Turismo bukan satu-satunya projek silang filem permainan dalam kerja-kerja di Sony. Terdapat keseluruhan siri HBO berdasarkan ‘The Last of Us’ yang ditayangkan pada 15 Januari.
Sama-sama kita nantikan filem yang dikatakan bakal menjadi ‘karya racing’ terhebat di layar perak ini pada Ogos nanti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bapa kepada mendiang Dr Moumita Debnath kecewa dengan kelemahan perlindungan keselamatan sehingga mengakibatkan anaknya dirogol dan dibunuh di hospital tempatnya bertugas.
“Tempat yang saya hantar anak saya untuk menyara kehidupan dan berkhidmat kepada awam tidak melindunginya… Ia sangat menyedihkan,” kata bapa kepada mendiang Dr Moumita Debnath memetik laporan Independent.
Dr Moumita yang berusia 31 tahun merupakan seorang doktor pelatih di Hospital & Kolej Perubatan RG Kar, Kolkata, India.
Foto: Dr Moumita Debnath.
Pada 9 Ogos lalu, Dr Moumita ditemui maut dalam keadaan yang menyayat hati di salah satu dewan seminar yang terletak di bangunan kecemasan hospital itu.
Lebih menyayat hati, mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa kesan kecederaan, termasuklah kecederaan akibat penderaan seksual.
Bapa mendiang juga tidak menolak kemungkinan yang lebih dari seorang suspek telah memperlakukan anak gadisnya itu dengan kejam.
“Mustahil hanya seorang suspek yang terlibat. Terdapat lebih ramai suspek secara keseluruhan,” katanya lagi.
Para Doktor Mogok
Foto: Petugas kesihatan mogok di Delhi, India (Sumber: Independent).
Pembunuhan kejam itu telah mencetuskan mogok oleh doktor, mengganggu perkhidmatan hospital bukan kecemasan di seluruh India.
Mereka menuntut penyiasatan telus ke atas pembunuhan itu, peletakan jawatan pegawai hospital, perlindunagn keselamatan yang mencukupi untuk semua kakitangan perubatan, dan pengesahan undang-undang segera untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan.
Cuba Tipu Keluarga, Polis Kata Dr Moumita Bunuh Diri
Pada malam 8 Ogos yang lalu, Dr Moumita yang keletihan selepas selesai bertugas selama 36 jam memutuskan untuk berehat di dewan seminar berkenaan, ruang yang biasa digunakan oleh pekerja hospital untuk berehat, demikian lapor Hindi Patrika.
Keesokan harinya, dia ditemui sudah tidak bernyawa di dewan itu namun Penolong Superintendan Dwaipayan Biswas memaklumkan kepada keluarganya yang doktor malang itu maut akibat bunuh diri.
Lebih meragukan, keluarga Dr Moumita tidak dibenarkan untuk melihat mayat ketika tiba di lokasi kejadian malah terpaksa menunggu di luar hospital.
Selepas tiga jam menunggu, barulah mereka dibenarkan untuk melihat mayat Dr Moumita namun mereka terkejut melihat keadaan mayat yang tergelimpang dalam keadaan terdedah.
Selain itu, kaki Dr Moumita juga terkangkang dalam sudut 90 darjah, menunjukkan kecederaan tulang pelvis yang parah memandangkan tulang itu merupakan antara tulang terkuat di tubuh manusia.
Laporan autopsi kemudian mendedahkan yang Dr Moumita telah dirogol dan dicekik sehingga mati.
Sejumlah 150 mililiter air mani turut ditemui di dalam tubuh doktor malang itu, jumlah yang mustahil terhasil dari hanya seorang lelaki yang secara purata hanya mampu menghasilkan kira-kira 10 mililiter sahaja.
Kecederaan lain yang dialami Dr Moumita termasuklah tulang leher patah, luka di bibir, pendarahan di mulut dan mata, kecederaan abdomen dan kaki kiri, jari manis patah, dan ratusan kesan gigitan di seluruh tubuh.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.