1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Ads
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
Ads
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Ads
5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
XIAOMI REDMI NOTE 5adalah peranti pertama redmi yang dilengkapi sistem dwi-kamera yang dijual pada harga bawah rm1000. mempunyai ciri rekaan dan kemasan eksklusif dan sangat memuaskan.
Peranti dijana pemproses Qualcomm Snapdragon 636, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan sebesar 32/64GB. Dua model yang ditawarkan ini menyokong penambahan memori dalaman menggunakan kad mikro-SD sehingga 128GB. Slot kad mikro-SD berkongsi dengan talam SIM nano kedua. Pemproses Snapdragon 636 yang digunakan ini adalah lebih berkuasa dan menjimatkan bateri jika dibandingkan dengan Snapdragon 625 yang digunakan pada Redmi 5 Plus. GPU yang disertakan pula adalah Adreno 509 yang merupakan peningkatan dari Adreno 506 pada Snapdragon 625.’
TEKNOLOGI KAMERA TERBAIK
Sistem dwi-kamera menggabungkan sensor 12+5 Megapixel f/1.9+f/2.0 dengan teknologi pemfokusan Dual-Pixel. Sistem dwi-kamera yang digunakan adalah gabungan sensor warna dan sensor mengesan ke dalam. Tiada sokongan zoom optikal disertakan seperti pada Mi A1 dan Mi MIX 2S. Ini tidak mengejutkan kerana peranti dalam keluarga Redmi memang tidak pernah diberikan kemampuan yang sama dengan kamera peranti keluarga. Pengelasan dan perbezaan fungsi pada peranti Xiaomi adalah lebih jelas berbanding yang dilakukan oleh Huawei dengan subjenama Honor mereka.
RAKAMAN VIDEO SEDERHANA
Kemampuan merakam video pula, Redmi Note 5 boleh merakam pada tetapan maksimum 1080P 30FPSsahaja. Fungsi yang disokong ialah mod Potret, Panorama, Tilt Shift, Beautify dan Hand Held Twilight. Terdapat juga mod HDR yang membolehkan rakaman gambar yang lebih baik. Kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash terbina. Kamera hadapan pula mempunyai sokongan Depth Effect yang membolehkan latar belakang dikaburkan. Ia mengingatkan kami kepada mod Potret Pixel 2.
Membekalkan kuasa kepada peranti ini ialah bateri sebesar4000 mAh dengan sokongan pengecasan QuickCharge 2.0 (5V/2A) melalui port mikro-SB. Ini ialah saiz bateri yang besar dan setanding dengan yang ditemui pada Redmi 5 Plus.
Di Malaysia Xiaomi Redmi Note 5 dijual pada harga RM799untuk versi 3GB RAM/32GB dan RM999 untuk versi 4GB RAM/64GB. Ini menjadikannya peranti dengan harga yang amat kompetitif untuk spesifikasi yang ditawarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tempat lahir: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Filem: Some Like It Hot, The Seven Year Itch, Gentlemen Prefer Blondes, How to Marry a Millionaire
Aktres berambut perang yang merupakan ikon Hollywood abad ke-20 ini ditemui mati di rumahnya di Los Angeles pada 5 Ogos 1962. Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul “Something’s Got to Give”. Monroe dijumpai mati di rumahnya di Brentwood, CA. Beliau ditemui terbaring di atas katilnya, dalam keadaan tanpa seurat benang dan memegang telefon. Terdapat beberapa botol pil kosong dibuang di sekitar kawasan biliknya itu. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis menyimpulkan kematian Monroe adalah kerana pengambilan ubat penenang “barbiturates” secara berlebihan. Beliau berkemungkinan memang berniat untuk membunuh diri. Filem terakhirnya itu dilanda masalah sejak awal penggambaran lagi. Pada mulanya, Monroe dipecat dan akhirnya dimasukkan semula. Ini kerana pelakon Dean Martin enggan bekerja dengan mana-mana pelakon lain selain Monroe.
Penggambaran filem ini tidak sempat selesai, kerana pemergian mengejut Monroe. Pada tahun 2001, sebahagian filem ini dapat ditonton menerusi sebuah dokumentari berjudul “Marilyn: The Final Days”.
Umur: 40 tahun (1973-2013)
Tempat lahir: Glendale, California, Amerika Syarikat
Filem: Fast and the Furious, Furious 7, Fast & Furious 6, 2 Fast 2 Furious
Pada 30 November 2013, bintang “Fast & Furious”, Paul Walker meninggal dunia dalam sebuah nahas jalan raya. Beliau ketika itu bersama bekas rakan pelumbanya, Roger Rodas. Mereka dalam perjalanan pulang dari menjayakan sebuah acara amal “Reach Out Worldwide” di Santa Clarita, California yang bertujuan membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Kereta jenis Porsche yang dipandu Rodas itu tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebuah pokok. Kereta itu dijilat api dan kedua-dua mereka disahkan mati di tempat kejadian. Filem “Fast & Furious 7” yang masih menjalani penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika oleh Universal Pictures. Akhirnya, mereka meneruskan projek itu dengan kombinasi penggunaan kesan khas dan “stunt doubles”.
Pada masa itu, Walker telah menamatkan penggambaran filem bergenre sains fiksyen dan jenayah, “Brick Mansions” yang telah ditayangkan pada tahun 2014. Fast & Furious 7 pula menemui penonton pada 3 April 2015, dengan pulangan “box office”. Pada Mac 2015, bintang Fast & Furious 7, Vin Diesel telah menamakan anak perempuannya “Pauline”, sebagai tanda memperingati mendiang.
Umur: 29 tahun (1979-2008)
Tempat lahir: Perth, Australia
Filem: 10 Things I Hate About You, A Knight’s Tale, Brokeback Mountain, The Dark Knight
Pada 22 Januari 2008, Ledger ditemui dalam keadaan tidak sedar di atas katil oleh pembantu rumah dan tukang urutnya di apartmen beliau tinggal di Manhattan. Ketika itu, beliau baru sahaja tamat penggambaran filem “The Dark Knight” arahan Christopher Nolan dan sedang menjayakan filem “The Imaginarium of Dr. Parnassus” arahan Terry Gilliam. Gilliam membawa barisan teman rapat Ledger, seperti Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell untuk mengambil alih watak Ledger, menerusi baki adegan yang tidak sempat dirakamkan mendiang. Pada November 2007, Ledger memberitahu The New York Times bahawa beliau sedang mengambil Ambien, sejenis ubat preskripsi untuk merawat gejala insomnia yang dialaminya, bagi jangka masa pendek.
Umur: 31 tahun (1982-2013)
Tempat lahir: Calgary, Kanada
Drama/filem: Glee, Monte Carlo, Final Destination 3, Sisters & Brothers
Bintang drama bersiri komedi muzikal, “Glee” ini ditemui mati di dalam bilik hotel Vancouver di Kanada pada 13 Julai 2013. Ketika itu, beliau sedang dalam tempoh berehat bagi penggambaran antara musim ke-4 dan ke-5 rancangan popular itu. Menurut pihak berkuasa, pelakon itu meninggal akibat kombinasi heroin dan alkohol yang sangat berbahaya. Namun, mereka menolak kemungkinan terdapatnya sebarang unsur khianat. Pada Mac 2013, Monteith kembali ke pusat pemulihan kerana penyalahgunaan bahan terlarang. Penerbit Glee menukar jadual beliau supaya membolehkannya mendapatkan rawatan. Pada April 2013, Monteith nekad meninggalkan “Glee”. Namun, beeliau dilaporkan kembali bersemangat. Monteith mengemaskini status di Twitternya: “Buat semua yang saya cintai, ucapan terima kasih atas sokongan yang berterusan. Ia sangat bermakna kepada saya”.
Pada 6 Julai 2013, beliau mendaftar masuk di sebuah hotel di Vancouver, Kanada. Monteith keluar bersama rakan-rakannya pada malam 12 Julai. Beliau kemudiannya dilaporkan kembali ke hotel tersebut berseorangan. Namun, Monteith gagal untuk mendaftar keluar pada keesokan paginya. Pemeriksaan di bilik beliau pada tengah hari mendedahkan bahawa bintang itu telah meninggal dunia. Menurut laporan Perkhidmatan Koroner Columbia British, analisis autopsi dan toksikologi mendedahkan pemergian Monteith adalah akibat overdos heroin dan alkohol. Beliau menyamakan situasi itu dengan watak “The Joker” dalam filem “Batman The Dark Knight”. Menurut beliau, watak itu digambarkan sebagai “psikopatik, pembunuhan secara beramai-ramai dan badut skizofrenia tanpa perasaan empati”. Menurutnya lagi, purata waktu tidur beliau hanyalah 2 jam setiap malam. Kematian bintang muda itu dipercayai berpunca daripada overdos pil tidur dan pelbagai ubat preskripsi lain yang dijumpai semasa proses bedah siasat.
Umur: 44 tahun (1962-2006)
Tempat lahir: Essendon, Australia
Siri televisyen/dokumentari: The Crocodile Hunter: Collision Course, The Crocodile Hunter Diaries, Ocean’s Deadliest, The Crocodile Hunter
Pakar hidupan liar dan pencinta haiwan kesayangan ramai, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai “The Crocodile Hunter”, terbunuh akibat disengat oleh seekor ikan pari sewaktu penggambaran sebuah dokumentari berjudul “Ocean’s Deadliest”. Kejadian malang itu berlaku pada 4 September 2006, dimana Irwin sedang terlibat dalam program berkenaan di luar pantai Port Douglas di Queensland, Australia. Ketika Irwin sedang bersnorkel, dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi sebelum terkena pada jantungnya. Sejurus selepas itu, Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit akibat serangan jantung.
Terkejut dengan berita itu, peminat Irwin berkabung dan memberi penghormatan terakhir di Zoo Australia, yang diuruskan oleh mendiang dan isterinya. Sehingga hari ini, Steve Irwin terus dikenang atas sumbangannya yang tidak terkira dalam bidang pendidikan dan pemuliharaan hidupan liar. Antaranya beliau telah membuka sebuah organisasi untuk menyelamatkan dan melindungi buaya. Selain itu, beliau juga menyokong pelbagai lagi kerja amal melibatkan haiwan. 15 November telah ditetapkan sebagai “Steve Irwin Day”, suatu pengiktirafan dunia terhadap mendiang.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jelajah pasca musim Manchester United ke Asia Tenggara baru-baru ini bukan saja mencuri perhatian peminat bola sepak, tapi turut mengundang kritikan pedas daripada legenda kelab itu sendiri, David Beckham.
Apa yang sepatutnya menjadi misi memperkukuhkan hubungan dengan peminat dan mengutip dana, bertukar menjadi isu disiplin yang membuka mata ramai.
Beckham yang juga bekas kapten England meluahkan rasa kecewanya terhadap insiden melibatkan dua pemain muda United, Alejandro Garnacho dan Amad DiallO, yang menurutnya gagal menunjukkan contoh yang baik.
Garnacho dilaporkan bertelagah dan menolak seorang peminat yang sedang berswafoto, manakala Diallo pula dilihat memberikan isyarat luah kepada peminat yang didakwanya dikatakan menghina ibunya.
Tindakan ini jelas mencemarkan nama kelab yang satu ketika dahulu sinonim dengan nilai profesionalisme dan rasa hormat terhadap penyokong.
“Saya tak suka dengan apa yang sedang berlaku di kelab,” kata Beckham kepada CBS Sports.
“Memang betul apa yang berlaku di atas padang itu penting, tapi saya tengok banyak perkara yang, sebagai seorang peminat dan pencinta Manchester United, saya rasa sangat tak boleh diterima.”
“Sebagai pemain, anda bawa lambang kelab. Saya dah tengok banyak situasi di mana pemain tak tunjukkan tingkah laku yang sepatutnya,” tambahnya lagi.
Jelajah United kali ini memang penuh warna tapi bukan semuanya positif. Dalam aksi persahabatan pertama di Malaysia, skuad Red Devils tumpas mengejut 1-0 kepada pasukan Pilihan Asia Tenggara. Sorakan ‘boo’ kedengaran jelas di stadium, membuktikan rasa kecewa peminat tempatan.
Pengurus Ruben Amorim mengakui reaksi tersebut adalah sesuatu yang perlu diterima pemain. ‘Ubat pahit’ itu mungkin menjadi pengajaran berguna apabila United bangkit dalam perlawanan seterusnya di Hong Kong.
Chido Obi yang masuk sebagai pemain gantian, berjaya menjaringkan dua gol untuk mencipta kemenangan 3-1. Namun, mereka tetap terlebih dahulu dibolosi, menandakan masih banyak yang perlu diperbaiki.
Dalam dunia bola sepak moden yang serba pantas dan penuh tekanan, pemain bukan saja diadili berdasarkan prestasi di atas padang, tetapi juga tingkah laku di luar padang.
Bagi kelab sebesar Manchester United, reputasi adalah segalanya. Kritikan daripada figura seperti Beckham bukan sekadar teguran kosong, ia satu isyarat bahawa budaya dan nilai kelab perlu dijaga.
Spekulasi Lewis Hamilton bakal bersara kembali hangat diperkatakan. Namun Ferrari masih percaya juara dunia tujuh kali itu belum selesai memburu gelaran kelapan.