Asian friends photo created by pressfoto - www.freepik.com

Bercakap tentang peraturan tembakau dan nikotin secara luarannya semakin ramai pengguna terutamanya dari kalangan lelaki dewasa semakin sedar akan pilihan yang mereka ada. Pengenalan pelbagai kaedah bebas asap rokok contohnya dianggap oleh ramai pengguna sebagai salah satu alternatif terbaik untuk mereka.

Namun kegusaran sesetengah daripada pengguna kini lahir mungkin daripada beberapa pendekatan atau dasar yang dilihat meminggirkan pilihan tersebut. Pendekatan yang lebih responsif dilihat oleh majoriti pengguna sebagai salah satu opsyen yang perlu diberikan perhatian.

Apatah lagi menerusi satu tinjauan yang dijalankan oleh firma penyelidikan bebas Povaddo untuk Philip Morris International (PMI) mendapati lebih 82 peratus orang deawasa di seluruh dunia percaya penyelesaian terbaik boleh dilakukan bukan di tahap ekstrem tetapi sebaliknya mengambil jalan tengah.

Tinjauan yang dilakukan ke atas lebih 44,000 individu dari 22 buah negara termasuk Malaysia itu juga menunjukkan kemahuan sebenar kebanyakan pengguna yang ingin penggubal dasar turut mendengar akan pilihan yang mereka ada.

FAKTA SAINS & DATA

Ketidakseragaman serta kesilapan penyampaian maklumat yang dilihat agak berkecamuk juga dilihat sebagai cukup mengelirukan. Rata-rata responden mahu melihat sebarang keputusan perlu dilakukan berdasarkan fakta sains dan juga kepentingan akses kepada maklumat alternatif bebas asap rokok.

Jumlah angka responden yang lebih kurang sama juga percaya pemimpin dan penggubal dasar perlu menerima pakai undang-undang dan peraturan berdasarkan fakta dan data bagi mengikuti sebarang perubahan dan inovasi teknologi.

IKLAN
Alternatif Bebas Asap, Rata-Rata Pengguna Mahu Jalan Tengah Dengan Pendekatan Lebih Inklusif 
Happy man photo created by freepik – www.freepik.com

Dalam erti kata yang lain sebarang pilihan alternatif perlu diberikan perhatian sebaiknya bukan dipinggirkan atau disisihkan dari pengguna produk tersebut. Pendekatan jalan tengah seperti ini juga perlu dilihat sebagai salah satu solusi yang baik kepada kebergantungan produk tembakau yang dibakar.

Oleh itu, akses kepada maklumat tentang alternatif bebas rokok perlu diberikan akses yang baik bagi memastikan maklumat sampai secara terus kepada perokok yang mana dibuktikan secara saintifik mampu menjadi pilihan lebih baik.

PENYELESAIAN PRAGMATIK

Penyediaan akses kepada lebih banyak maklumat tentang produk alternatif bebas asap rokok adalah kukuh walaupun dalam kalangan bukan pengguna. Secara tidak langsung ia menjadi penunjuk aras kepada sokongan luas masyarakat pendekatan dasar ini.

Namun, di sebalik, terdapat keinginan daripada orang ramai untuk pihak berkepentingan untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang pragmatik. Lebih 77 peratus responden juga beranggapan sebarang perubahan dasar perlu dilakukan secara berperingkat dan inklusif, bukannya perubahan meluas yang mungkin agak sukar dilaksanakan.

IKLAN

Pengarah Urusan PMI Malaysia, Naeem Shahab Khan, “Malaysia mempunyai peluang unik sekali dalam satu generasi untuk mengurangkan kelaziman merokok jika semua pihak bekerjasama.

“Mencari keseimbangan yang tepat untuk menyokong peraturan baharu yang bertujuan untuk mencegah permulaan merokok dan menggalakkan pemberhentian merokok boleh dilengkapkan dengan langkah yang membolehkan orang dewasa yang sebaliknya akan terus merokok mendapat akses dan maklumat tentang alternative berasaskan sains.

“Penyertaan pendekatan pengurangan bahaya dalam strategi yang bertujuan untuk mengurangkan kelaziman merokok berpotensi untuk memupuk penurunan yang lebih cepat dan boleh membolehkan kemajuan dalam bidang kesihatan awam.”

Tinjauan di peringkat global juga menyaksikan sokongan untuk pendekatan lebih seimbang dan mengambil jalan tengah yang mampu menyatukan semua suara dan memberikan galakan kepada aspek pengurangan risiko serta bahaya.

IKLAN

Disebabkan itulah lebih 72 peratus responden bersetuju bahaya kerajaan yang mewakili mereka perlu mempertimbangkan peranan yang mampu dimainkan oleh produk alternatif dalam menjadikan negara mereka bebas rokok.

GOLONGAN PALING TERKESAN

Sebarang keputusan yang ingin dilaksanakan juga perlu memikirkan dan mempertimbangkan orang yang paling terkesan iaitu pengguna yang mahukan solusi dengan jalan alternatif bebas asap.

Menurut Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Luar PMI, Gregoire Verdeaux,“Jika kita mahu menangani cabaran yang kita hadapi sebagai masyarakat dengan cara yang bermakna dan pantas, pendekatan yang lebih seimbang dan inklusif diperlukan”.

Jelasnya lagi, sebarang keputusan yang dilakukan perlulah diambil dengan turut mempertimbangkan orang yang paling terkesan dengan memastikan suara mereka didengari. Pengguna di seluruh dunia secara amnya dilihat sudah bosan dengan penggubalan dasar dan tidak sabar untuk membina perubahan yang lebih inklusif.

Tambahnya lagi, PMI telah lama menganjurkan pendekatan yang wajar dengan mengutamakan kepentingan perokok dewasa dan kesihatan awam semasa. Semoga sebarang keputusan yang diambil pada masa akan datang boleh memberikan output yang lebih positif dan bermakna buat semua pihak. Lebih banyak opsyen alternatif dan lebih inklusif untuk hasil yang terbaik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI