Amal Surah Al- Fatihah 41 Kali, InsyaAllah Hajat Dimakbulkan Allah

Share

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.

 Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

 Selain itu kelebihan membaca surah al-Fatihah, antara lain:

  1. Derajat dan pangkatnya naik.
  2. Tidak akan mengalami kemiskinan.
  3. Allah SWT akan membayar hutangnya
  4. Menyembuhkan segala penyakit.
  5. Dikuatkan kelemahannya oleh Allah.
  6. Usahanya berhasil sampai yang dicita-citakannya terkabul.
  7. Diampuni dosa
  8. Diterima kebaikan
  9. Aman dari Marah Allah Swt.
  10. Dibebaskan lidah pembacanya dari Api neraka
  11. Terlepas dari azab kubur, azab neraka, dan azab hari kiamat
  12. Berjumpa dengan Allah Swt. sebelum para ambiya dan para Aulia
  13. Orang yang membaca al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, al-Quran, suhuf idris As., dan suhuf Ibrahim As. tujuh kali.
  14. Mendapat derajat yang tinggi dalam surga.
  15. Orang yang membaca al-Fatihah seolah ia telah menyedekahkan emas di jalan Allah Swt.
  16. Setiap satu ayat dari al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka
  17. Rumah yang dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.

 

IKLAN