Terbaru, melalui Facebook Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah memanjat syukur kerana seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Menurutnya ia merupakan sebahagian dari kuster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020.

“Ambil Contoh Pengurusan 41 Pelajar Tahfiz” D.G Hisham Abdullah Lega Pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Pulih

Tambahnya, Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.

“Kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan 2 ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif.

IKLAN

“Mereka telah dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April, keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19. Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut.

“Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine. Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020.” Tulisnya di Facebook.

​Menurutnya lagi, daripada aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya.

IKLAN

Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis.

“Ambil Contoh Pengurusan 41 Pelajar Tahfiz” D.G Hisham Abdullah Lega Pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Pulih

IKLAN

“Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap 1 sehingga 3 adalah amat penting. Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting.” Tulisnya lagi.

Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini menyuruh mengambil contoh pengurusan kesemua 41 pelajar tahfiz ini untuk keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan COVID -19.

Sumber: Noor Hisham Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI