
Selepas tiga tahun menyepi, akhirnya acara hiburan paling dinanti rakyat Malaysia, Anugerah MeleTOP ERA (AME) kembali dengan edisi ke-9 yang dijangka menghangatkan industri seni tanah air.
Bertemakan ‘Yang Rare, Yang Real, Yang Legend’, AME 2025 bakal berlangsung secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Oktober 2025, jam 9 malam, menjanjikan malam penuh kemeriahan, kejutan dan kenangan yang diraikan bersama peminat serta barisan legenda hiburan tempatan.
Pentas Gemilang, Barisan Selebriti Terkenal
Penganjuran kali ini menyatukan tiga pengacara tetap MeleTOP Nabil Ahmad, Namie dan Hawa Rizwana, yang akan bergandingan bersama pengacara serba boleh, Sherry Alhadad untuk mengemudi pentas AME 2025.
Majlis anugerah ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada selebriti popular seperti Nadeera Zaini, Ernie Zakri, Mimi Fly dan ramai lagi yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
16 Kategori, Dua Anugerah Baharu Diperkenalkan
Tahun ini menyaksikan pertambahan kepada 16 kategori utama yang dipertandingkan, termasuk dua kategori baharu yang bakal memberi warna segar kepada penganugerahan iaitu Vokal MeleTOP dan Gandingan MeleTOP.
Selain itu, tiga kategori utama telah diberi nafas baharu untuk mengiktiraf penggiat seni secara lebih menyeluruh iaitu:
- MeleTOP Male Artiste of the Year
- MeleTOP Female Artiste of the Year
- MeleTOP Group/Duo Artiste of the Year
Undian Kini Dibuka Peminat Penentu Kemenangan!
Para peminat kini boleh mula mengundi untuk 13 kategori utama bermula 29 Julai, jam 10 malam hingga 31 Ogos 2025, jam 12 tengah hari melalui laman rasmi www.anugerahmeletopera.com. Cara mengundi:
- Layari laman rasmi
- Log masuk menggunakan akaun Astro, Google, Apple atau Facebook
- Setiap pengguna diberi 30 kredit undian setiap hari, dan boleh mengundi satu kategori sahaja setiap hari
Pentas Berprestij, Simbol Pengiktirafan Seni
Dengan penglibatan ramai selebriti tanah air serta sambutan hangat daripada peminat setia, AME 2025 diyakini akan terus mempertahankan reputasinya sebagai antara pentas anugerah hiburan paling berprestij di Malaysia.
Ia bukan sekadar anugerah, tetapi juga platform meraikan kreativiti, kerja keras, dan sokongan peminat terhadap dunia hiburan tempatan.
Tonton Secara Langsung atau Strim Di Mana Sahaja
AME 2025 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka. Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, ikuti laman media sosial rasmi ERA dan layari www.anugerahmeletopera.com.
Senarai Penuh Kategori AME 2025:
- Lagu MeleTOP ERA
- Penyanyi MeleTOP ERA
- Grup/Duo MeleTOP ERA
- Vokal MeleTOP (Kategori Baharu)
- Filem MeleTOP
- Drama MeleTOP
- Program MeleTOP
- Pelakon MeleTOP
- Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)
- Artis Baharu MeleTOP
- Si Cilik MeleTOP
- Artis Versatil MeleTOP
- Influencer MeleTOP
- MeleTOP Male Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
- MeleTOP Female Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
- MeleTOP Group/Duo Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
Jangan lupa tandakan kalendar 12 Oktober 2025, malam yang bakal mencipta sejarah industri hiburan tanah air!
BACA LAGI : REDLINE Fitness Games 2025 Berlangsung Meriah, Tarik 10 Ribu Peserta & Penonton
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang












