Tidur di tempat kerja adalah salah satu isu disiplin yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja tambahan lagi di dalam mesyuarat. Tentu-tentu dah kena panggil dengan HR punya.

Tetapi berbeza pula di Jepun. Terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks.

Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi, Etika Bekerja Di Jepun

Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.

Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi, Etika Bekerja Di Jepun

IKLAN

Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.

Tapi tidak semua boleh tidur ye!

Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.

IKLAN

Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi, Etika Bekerja Di Jepun

Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.

IKLAN

Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar. Menarik kan etika ‘Inemuri’ ini, tapi anda rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?

Artikel ini diambil dan diolah dari Remaja.

Sumber : BBC

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound – Maskulin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI