Bagi yang ada anak kecil tahulah bagaimana penatnya nak handle anak yang memasuki usia satu tahun dan ke atas.

Lebih-lebih lagi ketika mereka sudah pandai berjalan dan gemar explore apa yang ada dalam rumah termasuklah jika ada sepupunya yang berusia sebaya.

Dari pagi hingga tengahari, tidur sekejap. Kemudian bangun petang dan aktif sehinggalah ke lewat tengah malam.

Macam penulis, inilah situasi yang dihadapi bersama isteri. Anak baru berusia setahun lima bulan. Anak lelaki pertama pula tu. Dia punya lasak, masya’Allah.

Naik takut tengok

Bayangkan dia boleh panjat sofa dan katil lalu terus nak melompat ke bawah. Mana bapaknya tak jadi Superman berlari untuk selamatkan dia.

Kena pula kalau bawa ke tempat baharu yang luas, seluas-luas kawasan itulah yang akan dia cuba bermain dan lari ke sana-sini.

Penat memang penat tetapi melihat gelagat comelnya, kadang-kala memang naik geram. Jadi apa lagi? Peluk dan gomollah puas-puas.

IKLAN

Kanak-kanak miliki tenaga setanding atlet dewasa

Dalam satu kajian yang diterbitkan Journal Frontiers in Psychology, mereka mendapati kanak-kanak kebanyakannya memiliki tenaga setanding atlet professional dewasa.

Mak dan bapak selepas kahwin ni lain sikit. Kalau muda-muda memanglah fit tetapi masalahnya sekarang, memang cepat semput.

Bayangkan ibu bapa yang semput nak melayan anak yang aktif tak ubah macam atlet dewasa tenaga dia. Memang akan kalah dan habis bateri.

IKLAN

Tenaga dari kategori endurance athlete

Kajian tersebut turut mendapati tenaga yang dimiliki anak-anak ini setaraf dengan tenaga atlet sukan ketahanan (endurance athlete).

Atlet sukan ini sering terlibat dalam bidang acara ketahanan yang melibatkan intensiti tinggi buat tempoh yang panjang seperti renang, berbasikal, tinju dan sebagainya.

Anak-anak juga gunakan metabolisme aerobic yang berkebolehan untuk menyingkirkan asid laktik dalam darah iaitu blood lactate, yang menyebabkan keletihan otot.

IKLAN

Dalam erti kata lain, proses ini menyebabkan mereka tidak berasa penat ketika melakukan aktiviti berintensiti tinggi.

Juga cepat recharge

Ibu bapa biasanya akan biarkan anak-anak bermain puas-puas dengan harapan mereka akan penat dan tidur lebih lama.

Namun ada waktu baru mata nak kuyu sambil minum susu, sekali terjaga kerana diganggu, sukar untuk mereka tidur semula meskipun jam sudah memasuki pukul 1 pagi.

Esoknya nak kerja. Keletihan ibu atau isteri pada siang hari bukanlah dibuat-buat. Sebagai ayah dan suami, kita harus faham dengan realiti ini.

Kadang-kala lebih hebat berbanding atlet

Sebastien Ratel, Associate Professor dalam bidang Exercise Physiology di Université Clermont Auvergne Perancis menjelaskan, heart rate recovery yang direkodkan oleh kanak-kanak adalah lebih cepat berbanding atlet ketahanan profesional.

Maka tidak hairanlah selagi tidak terhantuk, terjatuh atau dimarahi, selagi itulah mereka takkan pernah penat untuk bermain, memanjat, melompat, berlari dan sebagainya.