Keluarga pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, diuji dengan pemergian anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia ketika tidur di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa petang.
Foto : ohbulan!
Pemergian Secara Mengejut
Muhammad Aisy Al Rees, bayi ketujuh pasangan ini yang baru berusia enam bulan sembilan hari, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang.
Berita sedih ini disahkan oleh kakak kepada Ayu, pelakon terkenal Rozita Che Wan.
“Arwah meninggal kira-kira jam 1 petang tadi di rumah mereka di Seremban. Jenazah ketika ini berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan arwah meninggal ketika tidur dan tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.
Perkongsian Dari Zaquan Adha
Zaquan Adha turut berkongsi berita duka itu menerusi akaun Insta Story miliknya.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya ringkas.
Ads
Foto : Sinar Harian
Kejadian Mengejutkan Keluarga
Menurut Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, adiknya Ayu segera menghubungi talian kecemasan selepas menyedari anaknya tidak sedarkan diri.
“Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar. Harap dapat dikebumikan malam ini juga,” katanya.
Tambahnya lagi, pemergian Aisy Al Rees amat memberi kesan kepada seluruh keluarga, terutama kerana hubungan mereka yang sangat rapat.
“Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Ads
Takziah Buat Keluarga
Pemergian Muhammad Aisy Al Rees pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.
Semoga mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber : Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepesatan teknologi dalam dunia globalisasi kini ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan.Ini kerana teknologi telah mengubah cara hidup dan kerja masyarakat di dunia.
Kini sebahagian kerja yang kita lakukan sejak bertahun-tahun boleh hanya digantikan dengan robot dan teknologi canggih. Jadi 10 jenis pekerjaan ini mungkin ‘hilang’ ditelan waktu dan teknologi. Bagi anda yang berhasrat untuk memilih kerjaya ini, dinasihatkan berhati-hati tapi kalau sudah rezeki, teruskan sahaja pekerjaan tersebut.
1. Juruwang.
Dengan sistem perkhidmatan layan diri dan proses automatik semasa membeli barang, kerjaya ini semakin lama semakin pudar. Teknologi telah memberi banyak manfaat dalam urusan jual beli sekaligus menjimatkan masa dan tenaga.
2. Telemarketer.
Zaman kini orang tidak banyak menggunakan telefon untuk bercakap kerana ada cara yang lebih efektif untuk berkomunikasi seperti menggunakan email dan menghantar mesej. Telemarketing secara perlahan telah menjadi satu kerjaya yang lama .
3. Agen pelancongan.
Dengan kemudahan teknologi dihujung jari, anda boleh menempah percutian yang murah menggunakan laman-laman web yang sedia ada. Jadi kerjaya ini mungkin tidak diperlukan lagi disebabkan internet telah mengambil alih kemudahan tersebut.
4. Pemandu teksi.
Kewujudan beberapa aplikasi yang wujud seperti Grab dan Uber menjadikan perjalanan seseorang lebih mudah. Berbanding caj tambang teksi yang agak mahal, aplikasi tersebut jauh lebih murah dan pelanggan sendiri boleh mendapatkan panduan arah melalui GPS.
5. Penerbit dan Pencetak.
Tidak mustahil industri media percetakan akan hilang sedikit demi sedikit kerana kebanyakkan kita telah beralih ke dunia digital terutama apabila ingin mendapatkan sesuatu informasi.
6. Pekerja pos.
Cara komunikasi kini lebih mudah berbanding dahulu yang perlu menunggu di depan pintu demi sekeping surat. Menggunakan email yang jauh lebih mudah dan cepat membuatkan kerjaya ini semakin berkurangan dalam industri.
7. Jurutol
Sejak dari tahun lepas lagi, kebanyakkan syarikat pemegang tol telah menggantikan lorong tunai di mana-mana tol plaza dengan lorong bayaran elektronik yang menggunakan Touch N’ Go dan juga SmartTAG sahaja.
8. Pembaca meter
Seperti pekerja-pekerja lain, pembaca meter juga bakal digantikan dengan komputer yang lebih cost effective berbanding manusia.
9. Ejen insurans
Kebanyakkan syarikat insurans menawarkan diskaun serendah 10% sekiranya anda membeli produk mereka di atas talian. Ini dengan secara tidak langsungnya akan menyebabkan ejen insurans akan kehilangan ramai pelanggan mereka dan lama-kelamaan, jumlah ejen insurans juga akan berkurangan dan pupus.
10. Penghantar surat khabar
Memandangkan ramai yang telah beralih arah kepada surat khabar elektronik yang lebih mudah dan murah, tidak hairanlah sekiranya pada suatu hari nanti, pekerjaan sebagai penghantar surat khabar akan menjadi seperti nasib tukang taip di pejabat-pejabat JPJ dan JPN pada suatu ketika dahulu.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata kaum wanita sahaja yang menitik beratkan usia muda wajah? Hari ini juga, ramai kaum lelaki yang turut memberi keutamaan kepada raut wajah untuk tampak lebih muda dan bersinar. Usah risau, produk terbaru dari SK-II Men ini bakal mencurah kuasa magis pada raut wajah anda!
Hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh pihak SK-II menunjukkan bahawa kulit wajah lelaki bakal berubah apabila sudah mencapai usia 30-an. Apabila berada dalam ‘tipping point’ ini, kulit wajah akan menunjukkan beberapa perubahan dari segi tekstur kulit iaitu pembesaran lubang pori-pori, tompok hitam, kusam, hilang keanjalan dan tampak lebih kasar.
MULAKAN LANGKAH BIJAK DENGAN PRODUK TERBARU INI.
Apabila ia berkaitan dengan kulit, ia menjadi satu keutamaan untuk menjaganya sebelum terlambat. SK-II Men Facial Treatment Essence, mampu merawat, memulih dan menjadikan kulit lebih muda. Hasil gabungan amino acids, vitamins, minerals dan organic acids membantu untuk menganjalkan dan menegangkan kulit, mencerahkan dan melembutkan tekstur kulit wajah,
Jadi apa tunggu lagi?
SK-II Men Facial Treatment Essence (75ml) MYR307
SK-II Men Facial Treatment Essence (160ml) MYR485
SK-II Men Facial Treatment Essence (230ml) MYR657
Layari http://www.sk-ii.com.my untuk makluman lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Malu nak pakai baju lengan pendek, sebab lengan hitam, berkerak dan rakan mula melihat dan tertawa. Jangan gusar lakukan empat ramuan istimewa ini segera!
1. Jus Lemon/Limau
Jus lemon atau limau mengandungi asid sitrik yang merupakan satu ejen peluntur
Cara-caranya adalah:semulajadi (dan tidak bahaya). Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan kegelapan di siku anda.
i. Potong buah tersebut kepada dua
ii. Perah jus, sehingga anda mendapat dua belah yang hollow, ataupun berbentuk “cawan”
iii. Gosok buah tersebut pada siku anda.
iv. Biarkannya selama 3 jam
Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda boleh juga melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran anda.
Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan. Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya.
Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan anda, tidak semesti siku dan lutut sahaja.
i. Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi satu pes
ii. Sapukannya pada siku anda dan gosok secara perlahan-lahan.
Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.
3. Campurkan Yogurt & Cuka
Kombinasi ini mengandungi asid laktik dan asid asetik yang mana boleh membantu mencerahkan tona kulit.
Cara-caranya adalah:
i. Campurkan satu sudu teh yogurt dengan satu sudu teh cuka.
ii. Gaulkan sehingga menjadi pes.
iii. Sapukannya pada siku, dan gosok dalam bulatan. Biarkannya selama 20 minit.
iv. Bilas, kemudian lembapkan dengan pelembap kegemaran.
4. Campuran Jus Lemon & Yogurt
Jika ingin menggunakan remedi ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.
Gunakan tangan anda yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada bahagian berkenaan.
Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.
SUMBER : PANDUAN SAYA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.