Tahukah anda setiap anak yang dilahirkan mempunyai karakternya yang tersendiri? Jika sebelum ini MASKULIN pernah membuka rahsia anak pertama dan ketiga, kali ini MASKULIN buka pula rahsia anak berjiwa kental iaitu anak kedua.

Anak kedua ini banyak ragamnya. Selain berdikari, dia juga seorang yang happy go lucky. dan pandai menyembunyikan perasaan sedih mereka. Selalunya anak kedua ini ada keunikannya yang tersendiri.

Ini antara ciri-ciri anak kedua yang mungkin orang ramai di luar sana masih tidak faham.

Artikel berkaitan: ‘Along’ Sering Menjadi Idaman Setiap Wanita! Ini Ciri-ciri Anak Pertama Yang Mungkin Anda Tak Tahu

#1: Paling rajin dalam kebanyakan adik-beradik

Anak kedua dikatakan seorang yang lebih rajin berbanding adik-beradik yang lain. Malah dia sentiasa ringan tulang dalam membantu orang lain.

#2: Pemalu dan malas untuk berjumpa orang luar

Sungguhpun mereka mudah mesra dengan orang dan tiada masalah untuk menghampiri orang, tetapi sebenarnya merekalah antara golongan yang pemalu dan malas untuk berjumpa dengan orang ramai.

IKLAN

#3: Baran

Sikap tidak sabar dan mudah melenting sering tercetus jika tidak kena dengan jiwanya, namun jika kena pada caranya dialah orang yang paling mudah untuk dibawa berbincang.

#4: Ada sikap yang comel

Walaupun dia nampak bengis dan agak garang, sesekali anak kedua ini sebenarnya ada sikap comel yang membuatkan pasangannya sayang kepadanya.

IKLAN

#5: Suka menyendiri

Mereka lebih suka menyendiri daripada bersama orang ramai, bahkan lebih gemar dan selesa membuat hal sendiri. Mereka juga mengharapkan pasangan atau adik-beradik yang lain menghargai dan memahaminya ketika dia bersendirian di dalam bilik.

#6: Sukar untuk difahami

Tiada individu yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan individu lain. Akibat sering dibandingkan, anak kedua akan melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang ibu bapanya harapkan. Lebih kurang seperti memberontak. Mungkin itu adalah cara mereka untuk meluahkan apa yang terpendam.

#7: Paling banyak konflik

Anak kedua juga mendambakan perhatian sejak kecil, dia sering merasa takut dan bimbang jika hubungannya dengan keluarga, pasangan dan kawan-kawan tidak berjalan dengan baik. Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tidak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.

IKLAN

#8: Hati kental

Dari kecil lagi anak kedua sudah dididik untuk menjadi individu yang berhati kental. Mereka tidak kisah jika dibandingkan dengan anak pertama malah mereka sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Sungguhpun hati mereka sekental konkrit, mereka adalah golongan yang kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

#9: Berdikari

Ada kajian menyatakan anak kedua merupakan individu yang lebih pandai berdikari berbanding adik-beradiknya yang lain. Ia berlaku kerana ibu bapa lebih menumpukan kepada anak sulung dan anak bongsu. Situasi ini memerlukan mereka untuk belajar berdikari khususnya yang melibatkan aspek kemandirian.

#10: Paling degil

Berdasarkan kajian bertajuk Birth Order and Deliquency pada tahun 2017, penyelidik mendapati anak kedua mempunyai banyak kerenah dan suka membuat kacau terutamanya jika dia seorang lelaki. Mereka juga golongan yang degil dan keras kepala, jadi bersabar ya jika pasangan anda anak kedua.

Tonton dan subscribe video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN