
Anak ketiga memang lain sikit perangainya berbanding dengan adik beradik yang lain. Dialah yang suka berahsia dan agak keras kepala.
Ada kalanya dialah yang selalu tidak pedulikan kata orang lain malah dia juga suka mengusik adik-beradik yang lain.
Ini dia beberapa sifat yang ada pada anak ketiga! Beruntung jika anda dapat mengenali lelaki seperti ini.
-
Mudah tersentuh
Anak ketiga ini walaupun dia nampak ceria tetapi sebenarnya dialah yang paling kerap menangis. Keadaannya yang terlalu peka dengan persekitarannya membuatkan hatinya mudah tersentuh.
-
Kuat mengusik adik beradik
Jika dinilai dari keakraban kekeluargaan anak ketigalah yang paling nakal dan kuat mengusik. Dia memang jarang ada dirumah, tetapi sekali dia ada habis semua yang dikacaunya.
-
Rapat dengan kawan-kawan berbanding keluarga
Jika diberi pilihan anak ketiga selalunya akan memilih kawan berbanding keluarga. Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak ambil kisah tentang keluarganya ya!. Cuma dia lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawannya.
-
Dalam hati ada taman
Sekali imbas, dia kelihatan garang orangnya, tetapi percaya atau tidak sebenarnya dalam hati anak ketiga punyai ‘taman’?
-
Suka pendam marah dan perahsia
Jika dihadapan orang ramai, dia akan kelihatan sungguh tenang dan ceria, tetapi disebaliknya dia menyimpan perasaan marah dan agak perahsia orangnya.
-
Sifat yang manja
Walaupun dia sering kali memendam perasaan amarahnya, tetapi sebenarnya dia amatlah manja dan perlukan sedikit perhatian. Maklumlah orang yang hidup di tengah tengah ni selalunya dahagakan kasih sayang dan perhatian.
-
Paling berdikari
Anak ketiga adalah anak yang paling berdikari berbanding adik beradik yang lain. Kerana dia telah dilatih dari kecil untuk hidup di sendiri dan jangan harapkan orang lain.
Elak Buat 5 Tabiat Ini Selepas Makan Kalau Tak Nak Tubuh Senang Dapat Penyakit!

Dalam tak sedar, ramai yang suka buat tabiat salah selepas makan. Antaranya yang sering kita dnegar ialah mandi selepas makan sedangkan perut anda masih lagi penuh dan kenyang.
Namun tabiat yang anda buat selepas makan, jika tak kena gaya boleh mengundang penyakit. Jadi pastikan anda berhati-hati agar tidak melakukan lima tabiat ini selepas makan. Jika tidak mudahlah tubuh anda diserang penyakit.
1. Mandi
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya badan akan menghantar lebihan darah ke kawasan kulit berbanding biasa. Perkara ini boleh menyebabkan proses pencernaan terganggu dan menjadikan sistem metabolisme semakin perlahan. Justeru, masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
2. Bersenam
Kenapa nak seksa diri, berlari atau menaiki tangga selepas makan dengan perut yang kenyang? Beban bersenam dengan perut penuh akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu, loya selain boleh berlakunya peningkatan risiko trauma dan sawan.
Jadi seelok-eloknya, berjalanlah perlahan-lahan selepas makan bagi melancarkan perjalanan darah ataupun melakukan senaman empat jam selepas makan. Ini bagi memberi masa untuk perut anda rasa selesa.
3. Minum teh
Minum teh selepas makan adalah tabiat yang paling banyak dilakukan kerana ada yang beranggapan minum teh panas mampu membakar lemak. Sedarlah anda semua bahawa itu semua adalah mitos semata-mata.
Kajian menunjukkan bahawa minum teh panas selepas makan hanya akan mengganggu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Kanak-kanak, wanita hamil dan orang yang kekurangan zat besi harus mengelakkan daripada minum teh dalam masa sejam selepas makan.
4. Merokok
Hampir semua sistem dalam badan akan terlibat dalam proses pencernaan yang aktif. Pada ketika ini, nikotin akan diserap secara dua kali ganda, sekali gus menambahkan semua kesan berbahaya.
Tembakau boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium serta vitamin C dan D, bahkan mengurangkan khasiat dari makanan yang paling sihat anda ambil. Buat kaki rokok, berikan badan masa 20 minit tanpa merokok selepas makan.
5. Tidur
Mitos mengatakan tidur selepas makan menyebabkan kegemukan mungkin tidak tepat tetapi ia boleh mengundang risiko yang lain. Tidur dengan perut yang penuh akan menyebabkan penyakit seperti pedih ulu hati, sendawa dan keasidan yang tinggi.
Malah tidur selepas makan tengah hari atau makan malam boleh meningkatkan risiko strok. Pakar bersetuju bahawa ia adalah lebih baik jika anda tidur tidak kurang daripada 2 jam selepas makan.
Untuk Elak Masalah Bau Badan, Kawal Pengambilan Beberapa Jenis Makanan Ini

Apabila kita mempunyai masalah bau badan yang kronik, rakan-rakan boleh mengenalpasti kehadiran anda. Namun kehadiran anda sebenarnya merupakan satu musibah sebenarnya kerana ia mengundang ketidakselesaan di kalangan orang ramai. Jadi, kena kawal bau badan.
Masalah ini lebih teruk jika anda berada di tempat tertutup seperti dalam kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin. Anda membuatkan orang berasa mual dan tidak selesa.
Oleh itu, MASKULIN ingin membantu serba sedikit antara makanan yang harus anda kawal pengambilannya serta jangan ambil langsung kerana menyumbang kepada masalah bau badan.
BACA: 8 Fakta Tentang Bau Badan Lelaki Yang Boleh Buat Wanita Tak Keruan
1. Daging Merah
Daging jenis ini membuatkan badan anda cepat berbau. Ini kerana daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh. Tambah-tambah lagi bila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.
2. Bawang putih
Makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih. Namun, jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak. Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.
3. Minuman keras
Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan. Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.
4. Makanan ringan
Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengelurkan bau yang tidak elok terutamanya ketika berpeluh. Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan penambilan makanan seperti ini.
BACA: Bau Badan Lelaki Boleh Buat Perempuan Jadi ‘Turn Off’?
5. Makanan berempah
Rempah menganndugi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut. Antara yang menjadi penyumbang adalah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.
6. Produk tenusu
Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan. Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia akan menjadi penyebab kepada masalah bau badan. Untuk meneutralkan semula air susu yang telah diminum, anda boleh meminum air kosong. Ia lagi menyihatkan.
Elak 8 Perkara Ini Jika Ingin Sperma Berkualiti, No 5 Tu Lelaki Selalu Ambil Mudah!

Lelaki jangan ambil mudah jika inginkan sperma berkualiti. Meskipun anda menghasilkan jutaan sperma per hari (dibandingkan dengan perempuan yang melepaskan sel telur sejumlah 300-400 selama hidup mereka), faktor luaran boleh mempengaruhi kesihatan sperma anda.
Agar sperma berkualiti anda tidak terjejas, elak buat 8 perkara ini.
1. Panas berlebihan
Testis manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih dingin daripada bahagian tubuh yang lain. Untungnya, anatomi laki-laki dirancang untuk menciptakan jarak antara testis dan suhu tubuh. Jika suhu testis naik hingga menjadi 37˚C, pengeluaran sperma terhenti.
Apabila produksi terganggu, ini dapat dilihat secara negatif pada sperma selama berbulan-bulan. Jadi, apa yang akan terjadi jika testis terdedah panas sehingga menimbulkan kerosakan pada kemampuan reproduksi lelaki? Jumlah keseluruhan sperma tentunya menjadi lebih rendah.
2. Berendam dalam air panas
Ada benarnya juga jika berendam air panas sering disebut sebagai penurun kesuburan bagi lelaki. Air panas atau bersuhu tinggi tidak baik untuk testis, bahkan 30 minit berendam di jakuzi atau mandi air panas dapat menurunkan produksi sperma untuk sementara.
Rendaman air panas ini dapat mempengaruhi sperma untuk waktu yang sangat lama. Sperma memerlukan waktu yang sangat lama untuk menjadi “dewasa”, jika produksinya sudah terganggu akibat air panas, biasanya akan memerlukan setidaknya tiga hingga enam bulan untuk kembali normal.
3. Demam
Demam tinggi dapat mempengaruhi yang sama dengan berendam air panas pada sperma. Efeknya pun memakan waktu yang sama. Bergantung pada waktu daripada proses produksi sperma anda, konsentrasi sperma dapat menurun sampai 35% setelah demam. Jika anda sedang merancang untuk hamil, penting untuk menjaga kesihatan dan daya tahan tubuh agar tidak mudah terserang penyakit terutama yang menyebabkan demam.
4. Komputer riba
Peningkatan suhu ini memiliki kesan berbahaya yang sudah terbukti pada spermatogenesis (proses pembentukan gamet jantan). Jadi jika anda sedang mencuba miliki anak, letakkan komputer riba di atas meja.
5. Seluar dalam ketat
Perbezaan antara seluar dalam model boxer dengan seluar dalam normal tidak cukup besar dan tidak terlalu mempengaruhi perubahan jumlah sperma. Menggunakan seluar dalam model boxer memang lebih baik dibandingkan seluar dalam yang sendat, jika sperma lelaki sedang dalam jumlah yang rendah.
Tapi jika jumlah sperma dalam keadaan normal, model seluar dalam apa saja tak masalah. Yang jelas, mengenakan seluar ketat seperti bicycle pants atau skinny jeans untuk jangka waktu yang lama merupakan idea yang buruk. Semakin sempit atau ketat seluar lelaki, semakin buruk keadaan testis untuk menghasilkan sperma.
6. Kegemukan
Berlebihan berat badan bukan hanya mengganggu kesuburan wanita, tapi juga dapat mengurangi jumlah sperma dan menyebabkan disfungsi seksual pada lelaki. Menurut sebuah penelitian tahun 2009 oleh WHO, lelaki yang awalnya subur namun kemudian mengalami kegemukan ternyata fungsi testisnya menurun drastik dan jumlah sperma menjadi lebih rendah secara signifikan.
Namun, walaupun kegemukan dapat mengurangi jumlah sperma, ini tidak akan membuat lelaki mandul kecuali ia menderita obesiti atau berlebihan berat badan ekstrem.
7. Alkohol, dadah dan rokok
Tembakau, alkohol dan ganja dapat merosak fungsi seksual. Penyalahgunaan alkohol mempengaruhi kualiti dan penghasilan sperma secara negatif, sementara merokok mengganggu pergerakan sperma.
Selain melambatkan keluarnya sperma, penelitian lain menunjukkan bahawa merokok dapat merosak DNA sperma dan meningkatkan disfungsi ereksi. Ganja juga tidak baik kerana telah terbukti mengurangkan jumlah sperma, fungsi sperma dan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
8. Masalah lain yang mempengaruhi sperma
Beberapa keadaan fizik dan psikologi juga dapat mempengaruhi sperma secara negatif, termasuk: Penyumbatan mencegah sperma memasuki air mani. Penyumbatan yang disebabkan oleh cacat lahir, infeksi, trauma atau vasektomi.
Kelainan genetik. Kelainan kromosom dapat menyebabkan penurunan atau terhentinya produksi sperma. Faktor yang merugikan lainnya. Antibodi anti sperma, ketidakseimbangan hormonal, kanser testis, buah zakar yang tidak turun dan masalah seksual juga dapat mempengaruhi sperm