Apa-apa pun, jangan panik dan bimbang, MASKULIN bantu anda untuk kembali segak kerana jerawat di muka, anda boleh selesaikan dengan petua tradisional ini:
1. Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka.
Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.
Ads
Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam.
Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.
2. Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat.
Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati. Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepatkan proses penyembuhan kulit akibat jerawat.
Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat.
Ads
Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
3. Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup, kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar.
Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering.
Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.
Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya!
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.
Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah. Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat.
Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama.
Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki sebenarnya yang mempunyai masalah ini. Kadangkala muka bukan main kacak lagi tapi hakikatnya tersembunyi masalah besar di sebalik baju iaitu jerawat badan.
Dalam kehidupan seorang lelaki, jerawat badan boleh menjadi masalah yang menjengkelkan dan menjejaskan keyakinan diri . Namun, dengan penjagaan kulit yang betul dan perubahan gaya hidup, anda boleh mengelak dan mengatasi masalah ini.
Kali ini MASKULIN ingin membicarakan tentang bagaimana untuk mengelak jerawat badan dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kenal Pasti Punca Jerawat Badan
Jerawat badan biasanya berlaku akibat penyumbatan liang pori oleh minyak, sel kulit mati, dan bakteria. Ia sering kali diperburuk oleh faktor-faktor seperti peluh, geseran dari pakaian, dan hormon. Memahami punca-punca ini penting dalam merancang strategi pencegahan dan rawatan yang berkesan.
LANGKAH PENCEGAHAN
Kebersihan Kulit
Mandi segera selepas bersenam atau berpeluh untuk menghilangkan minyak dan bakteria pada permukaan kulit. Gunakan sabun yang mengandungi asid salisilik atau benzoyl peroxide untuk membantu mengurangkan bakteria dan membersihkan pori-pori.
Pilih Pakaian Sesuai
Pakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada bahan yang membolehkan kulit anda ‘bernafas’. Bahan sintetik boleh menyebabkan peluh terperangkap dan memperburuk jerawat.
Elakkan Produk Menyumbat Pori
Gunakan losyen atau pelindung matahari yang tidak comedogenic, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori anda.
Diet dan Hidrasi
Makan makanan yang seimbang dan minum banyak air. Elakkan makanan yang tinggi gula dan lemak tepu kerana ia boleh memperburuk jerawat.
LANGKAH UNTUK ATASINYA
Rawatan Topikal
Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik, benzoyl peroxide, atau retinoid untuk membantu mengurangkan jerawat dan mencegah pembentukan jerawat baru. Produk ini membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
Rawatan Oral
Untuk kes-kes yang lebih teruk, doktor mungkin menetapkan antibiotik oral atau isotretinoin (Accutane) untuk mengurangkan bakteria dan mengurangkan pengeluaran minyak.
Terapi cahaya biru dan merah boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Ubah Gaya Hidup
Mengurangkan tekanan melalui meditasi atau yoga boleh mengurangkan jerawat kerana tekanan boleh meningkatkan pengeluaran sebum yang menyebabkan jerawat.
Jika jerawat badan anda persisten atau teruk, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar dermatologi. Mereka boleh menawarkan rawatan khusus seperti ekstraksi komedo, peeling kimia, atau terapi laser.
Perkara paling penting perlu anda ingat ialah mengatasi jerawat badan memerlukan pendekatan holistik yang merangkumi penjagaan kulit yang baik, pemilihan pakaian yang tepat, diet seimbang, dan perubahan gaya hidup.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
French crop dan Caesar cut adalah dua model potongan rambut yang sedang popular dalam kalangan lelaki Gen Z.
Kedua-dua gaya ini mempunyai beberapa persamaan tetapi juga perbezaan yang ketara. Berikut adalah penjelasan mengenai perbezaan kedua-dua gaya rambut tersebut.
French Crop
French Crop Belah Tengah. Foto: thetrendspotter.net
French crop adalah potongan rambut pendek dengan bahagian atas yang panjang. Ciri-cirinya termasuk poni tumpul serta bahagian belakang dan sisi yang dipotong pendek. Model ini sering menampilkan garis menonjol yang menyerupai potongan mangkuk, memanjang hingga ke pinggiran kepala.
Caesar Cut
Model rambut lelaki caesar cut. Foto: Hairstyles Feed
Caesar cut, atau dikenali juga sebagai potongan rambut Roman, adalah potongan rambut pendek klasik dengan poni. Potongan ini menonjolkan bahagian pinggir dengan sisi samping dan belakang yang dipotong pendek serta rambut atas yang sering disisir ke hadapan.
Perbezaan French Crop dan Caesar Cut : Gaya Sesuai Untuk Wajah Lelaki
Perbezaan Utama
Panjang Depan: French crop mempunyai poni yang lebih panjang berbanding Caesar cut.
Bahagian Tepi: French crop sering dipotong dengan pelbagai variasi, manakala Caesar cut lebih pendek dan tumpul.
Bahagian Sisi: French crop mempunyai sisi atas dan samping yang lebih kontras berbanding Caesar cut.
Memilih Gaya Rambut
French crop sesuai untuk wajah yang tembam kerana dapat memberikan penampilan lebih tegas dan seimbang. Sementara itu, Caesar cut lebih sesuai untuk bentuk wajah berlian, kotak, oval, dan segitiga.
Dengan memahami perbezaan dan kelebihan setiap potongan rambut, anda dapat memilih gaya yang paling sesuai dengan bentuk wajah dan keutamaan peribadi anda.
Pakai mask memang bagus untuk keselamatan dari tersebar atau dijangkiti bakteria. Namun jika anda memakainya dalam tempoh yang terlalu lama, ia akan menyebabkan kulit wajah ‘breakout’.
Pelitup muka yang anda pakai itu akan bergesel dengan kulit wajah dan menyebabkan luka halus atau “micro tears” terjadi pada kulit.
Bakteria yang ada pada pelitup muka dan pada permukaan kulit akan tertolak masuk ke dalam luka-luka halus sehingga mencetuskan breakout.
Kanda Aziz menjelaskan di Facebooknya, situasi sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana merawat kulit wajah ‘breakout’ supaya menjadi bersih dan bebas daripada sebarang acne.
Maskne = Mask + Acne
Jerawat yang tumbuh akibat panggunaan pelitup muka yang kerap dipanggil MASKNE. Terma ini adalah hasil gabungan Mask dengan Acne.
Maskne bukanlah perkara baru. Orang-orang bekerja yang menggunakan pelitup muka setiap hari dari dulu lagi hadap maskne ni.
Cuma sekarang semakin ramai orang awam seluruh dunia memakai pelitup muka setiap hari, oleh itu topik maskne jadi popular balik.
Macam mana nak elak maskne?
Memakai pelitup muka memang dah termasuk dalam norma baru, jadi takleh nak ngelat dah. Tapi berikut adalah cara-cara untuk kurangkan maskne.
1. Tukar pelitup muka
Korang janganlah berhari-hari pakai pelitup yang sama, kalau rasa macam pelitup tu dah kotor dengan air liur sebab kerap bercakap, batuk dan bersin, zohor tu tukarlah pelitup muka yang lain pula.
2. Cuci muka
Pastikan cuci muka guna pencuci muka yang bersesuaian selepas menanggalkan pelitup muka. Untuk kulit berminyak yang cenderung naik jerawat, pakai pencuci muka yang ada Salicylic Acid. Sekali sekala buatlah double cleanse guna Cleansing Oil atau Micellar Water.
3. Elakkan produk skincare yang tebal/ mekap tebal
Bila kita pakai krim tebal atau mekap tebal, kulit kita yang sedia berminyak (peluh dari haba pakai mask) akan jadi lebih berminyak dan menyebabkan kotoran dan bakteria lagi mudah terkumpul pada kulit.
4. Pakai Chemical Exfoliant
BHA dan AHA dalam produk chem exfo memastikan pori-pori bersih dari sel-sel kulit mati, minyak dan kotoran luar. Bila kulit bersih, bakteria pun payah buat hal. Pakai yang daily exfoliating toner tu pun okay kalau sesuai.
Lepas tu, kau teruskan dengan rutin-rutin lain macam biasa. Kalau breakout teruk sangat dan berlarutan, dapatkan ubat jerawat dari ahli farmasi atau doktor.