Kita semua sudah sedia maklum tentang bahaya yang dibawa oleh wabak COVID1-19 yang menyerang sistem respiratori atau pernafasan terutama di bahagian organ paru-paru.

Sehingga kini masih belum ada vaksin yang dapat digunakan untuk merawat pesakit yang positif. Namun itu tidak bermakna pihak hospital dengan arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat memberi rawatan sebaiknya.

Jika tengok kepada jumlah angka kematian di negara kita dan juga global golongan yang paling terdedah dengan risiko yang tinggi ialah golongan tua atau veteran. Selian itu mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung juga sangat berisko.

Anda Boleh Lindungi Ibu Bapa & Orang Tua Dari Risko Jangkitan COVID-19

Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya boleh memeluk diri tanpa berbuat apa-apa dan terserah kepada takdir semata. Jika anda tinggal bersama ibu bapa yang sudah berusia terdapat beberapa langkah untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19.

IKLAN

Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan mereka?

1. DUDUK DI RUMAH

Ikut arahan yang diberikan oleh kerajaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Jika boleh jangan keluar langsung dan hanya melakukan pesanan penghantaran makanan menerusi talian atau penggilan telefon sahaja. Lebih kurang anda terdedah dengan orang luar lebih rendah risiko anda dijangkiti sekaligus membawa virus pulang ke rumah.

2. JAGA UBAT DARAH TINGGI & KENCING MANIS

Jika ibu bapa anda mengidap penyakit kronik seperti kencing manisa dan darah tinggi pastikan pengambilan ubat dijaga sebaiknya. Kalau stok ubat hampir habis cari dengan segera usah tunggu sampai habis dulu baru nak tergadah.

IKLAN

Anda Boleh Lindungi Ibu Bapa & Orang Tua Dari Risko Jangkitan COVID-19

3. PANTAU PARAS GULA

Dalam berdepan PKP pastinya pengambilan makanan dan minuman sedikit bertabah. Namun usah jadikan itu alasan untuk anda tidak mengawal pengambilan makanan dan minuman bergula terutamanya terhadap kedua ibu bapa.

IKLAN

4. PANTAS PARAS GULA DAN TEKANAN DARAH

Ini penting bagi memastikan kondisi kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Jika paras gula atau tekanan darah tidak normal ia boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi.

5. BERI UBAT DISAHKAN SAHAJA

Usahlah terlalu terpengaruh dengan pelbagai iklan ubat yang tidak berdaftar dan tidak sahih keberkensannya untuk meningkatkan antibodi dan melawan virus COVID-19. Anda juga perlu pantau ubat apa yang ibu bapa anda ambil.

Semoga tip ini dapat membantu anda memberikan perlindungan yang sebaiknya kepada kedua orang tua.

Stay home and stay safe!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI