Setiap orang mengimpikan badan fizikal yang sihat dan mempunyai bentuk yang cantik. Namun impian itu hanya menjadi kosong tanpa sebarag usaha dan komitmen terutamanya dari segi senamam dan diet yang sihat.

Akan tetapi jika anda seorang yang sudah memiliki fizikal normal banyak perkara harian yang anda lakukan boleh memberi kesihatan fizikal yang baik untuk anda. Malah boleh tutun berat badan jika sering mengamalkan gaya hidup seperti MASKULIN nyatakan di bawah!

 

1. Kerap Bergerak

Anda Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Tapi Kena Ikut 5 Cara Ini!

Ads

Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. Bagi yang bekerja di pejabat, lakukan sedikit aktiviti seperti berjalan dan sebagainya untuk badan anda sentiasa bergerak.

2. Tidur Awal

Anda Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Tapi Kena Ikut 5 Cara Ini!

Ads

Anda tidak digalakan untuk berjaga sepanjang malalm setelah seharian bertungkus lumus dan berpenat lelah bekerja. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Selain itu, tidur tidak tentu boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Sekiranya anda bukanlah pengemar makanan yang berkhasiat seperti sayur, kacang dan buah-buahan, anda dapat mengantikannya dengan makanan kesihatan atau supplement. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

Ads

4. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Andai mahukan badan yang sihat, kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan. Tiada fungsi anda menelan ubat, jika amalan pemakanan anda tidak sihat. Dengan pengambilan makanan yang sihat, anda dapat menugurangkan risiko masalah kesihtan dan penyakit.

5. Jangan Tinggalkan Makan Pagi

Anda Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Tapi Kena Ikut 5 Cara Ini!

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten. Ini akan menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak dan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI