Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran? Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.
KENAPA MUDAH MARAH?
Ads
1) Sukar Mengawal Emosi
Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.
2) Kurang Sabar
Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.
Ads
3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat
Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda-sendakan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.
4) Berfikiran Negatif
Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.
Ads
5) Berdendam
Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.
Sebagai orang Malaysia sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan minuman coklat dari jenama Milo. Dan popularitinya di negara kita memang tak dapat disangkal lagi hinggakan hampir semua restoran tempatan pastui terdapat hidangan Milo sama ada panas atau sejuk di dalam menu.
Namun seiring dengan peredaran zaman semakin banyak jenama berbeza minuman coklat ditawarkan di pasaran. Kebanyakannya berharga lebih murah daripada jenama Milo.
Jadi apabila terdapat lambakan jenama lain timbul persoalan bagaimanakah jika pengusaha restoran atau kedai makan mengiklankan minuman Milo dalam menu tetapi menggunakan serbuk coklat lain yang jauh lebih murah.
Persoalan inilah yang telah diajukan oleh seorang follower Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepadanya yang dikongsikan di laman Facebook beliau.
Follower tersebut bertanyakan apakah hukum sekiranya tauke kedai makan menukar serbuk Milo dengan serbuk coklaty yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan.
Menururt Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA!
Ikuti perkongsian posting terserbut di bawah!
AL-KAFI #1088: HUKUM TAUKE KEDAI MAKAN MENUKAR SERBUK COKLAT YANG LEBIH MURAH
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah hukum sekiranya tauke sesebuah kedai makan menukarkan serbuk Milo dengan serbuk Coklat yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan? Mohon pejelasan Dato’ Seri Mufti. Terima kasih.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Mu’amalah jual beli di dalam agama Islam adalah harus dan dibolehkan. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan. Namun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang jelas agar mu’amalah yang dijalankan selari dengan kerangka syariat yang ditetapkan.
Antara syarat sah jual beli ialah saling reda meredai antara penjual dan pembeli. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)
Syeikh al-Maraghi berkata: Jual beli mestilah dijalankan dengan prinsip saling reda-meredai antara penjual dan pembeli. Oleh sebab itu, kecurangan, pendustaan dan pemalsuan merupakan perbuatan yang diharamkan dalam jual beli.
Maksud ‘batil’ dalam ayat ini bermaksud mengambil harta harta orang tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya atau dengan cara tipu daya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1168-1169)
Dalam satu hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.” Riwayat Ibn Majah (2185)
Jual beli yang harus dan menepati syarak memberi kesan dan implikasi akan bertukar pemilikan dengan syarat berlaku keredaan antara pembeli dan penjual. Berlainan pula jika dengan paksaan. Ia tidak dianggap memberi kesan tetapi barang jualan tetap milik penjual. Jika sekiranya berlaku bentuk jual beli dengan adanya akad yang diredhai bersertakan syarat dan mengikut syarak, maka dianggap muktabar. Ini kerana keredaan adalah perkara yang tersembunyi. (Lihat Masabih al-Tanwir ‘ala Sahih al-Jami’ al-Saghir, 1/425)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مَرّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ، فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً. فَقَالَ: “مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطّعَامِ؟” قَالَ: أَصَابَتْهُ السّمَاءُ يَا رَسُولَ اللّهِ! قَالَ: “أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النّاسُ، مَنْ غَشّ فَلَيْسَ مِنّي”. Maksudnya: “Bahawa Rasul SAW melalui setumpuk makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Pemilik makanan menjawab: “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah ini di atas supaya manusia dapat melihatnya, siapa yang menipu, maka dia bukan dariku.” Riwayat Muslim (102) dan al-Tirmizi (1315)
Larangan terhadap amalan menipu dalam perniagaan amat jelas dalam hadis di atas. Perbuatan menukarkan serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pembeli bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi adalah dikira sebagai menipu dan curang dalam perniagaan. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/13)
Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai. Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama. Keuntungan juga boleh diperolehi dengan cara kepandaian, kecergasan dan ketelitian ketika bermuamalah.
Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa. Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu. Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut:
وَبَارِكْ لَنا فِيمَا أَعْطَيْتَ
Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan kefahaman kita dalam memahami syariat Islam dengan lebih baik pada masa hadapan. Amin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim UEFA Champions League 2024/25 ditutup dengan gemilang di Munich menyaksikan Paris Saint Germain (PSG) muncuk juara. OPPO tampil bukan hanya sebagai penaja, tetapi pemain penting dalam mendekatkan peminat dengan detik-detik ikonik perlawanan.
Tiga tahun berturut-turut sebagai Rakan Rasmi Telefon Pintar bukan satu kebetulan, ia merpuakan bukti komitmen OPPO terhadap sukan paling popular di dunia ini.
Di sekitar Munich Football Arena, Champions Village menjadi medan OPPO mempamerkan teknologi terbarunya. Peminat dari serata dunia bukan sahaja dapat menyaksikan sejarah dan budaya bola sepak Eropah, tetapi turut terlibat secara interaktif dengan teknologi AI OPPO.
Swafoto bersama avatar maya Lamine Yamal bukan sekadar gimik, malah satu manifestasi bagaimana teknologi boleh mencipta pengalaman peribadi yang bermakna dalam suasana global.
Malah, teknologi kamera OPPO menunjukkan keunggulannya menerusi kebolehan zoom baharu yang membolehkan peminat menangkap aksi dari tempat duduk paling tinggi seolah-olah berada di tepi padang.
Gabungan fungsi AI Unblur dan AI Eraser pula menjadikan setiap gambar lebih daripada sekadar rakaman visual, sebaliknya satu memori yang hidup.
Kehadiran legenda Inter Milan, Marco Materazzi, di Lounge OPPO menjadi pelengkap kepada pengalaman eksklusif yang ditawarkan. Ia memperlihatkan bagaimana jenama teknologi boleh menjadi jambatan antara ikon sukan dan peminat.
Namun, apa yang benar-benar membezakan OPPO bukanlah hanya teknologi, tetapi bagaimana teknologi itu digunakan untuk memberi impak sosial.
Malam sebelum perlawanan akhir, OPPO anjurkan klinik latihan bola sepak yang dikendalikan oleh Kaka dan Cafu, dua nama besar dari Brazil.
Latihan ini bukan setakat pendedahan teknikal, tetapi pengalaman emosi buat remaja yang menyertai, terutama apabila Micah Richards turut turun padang dalam perlawanan 5 lawan 5 bersama mereka.
Pada hari final pula, OPPO membawa satu sentuhan budaya unik menerusi perlawanan Cuju bersama Esteban Cambiasso dan pemain wanita muda dari China. Ia bukan sekadar persembahan budaya, tetapi peringatan bahawa bola sepak, pada asasnya, adalah bahasa universal.
Di sebalik semua sorotan, OPPO terus melabur dalam pembangunan akar umbi. Di Brazil, mereka membaik pulih padang komuniti dan menyediakan latihan profesional. Di Mesir, mereka anjurkan liga remaja peringkat kebangsaan, Dream League, bersama The Maker Football School. Manakala di Mexico pula kerjasama dengan UNESCO menyalurkan latihan dan teknologi kepada belia yang bercita-cita tinggi.
Melalui semua ini, OPPO menunjukkan bahawa mereka tidak sekadar menjual produk, tetapi menawarkan masa depan.
Dengan slogan “Make Your Moment”, mereka mengajak setiap individu, sama ada pemain atau penyokong, untuk mencipta detik yang bermakna, bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk mengubah hidup.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Korang perasan tak kalau kita berpuasa pasti mulut akan berbau kurang dan hal ini agak kurang menyenangkan. Punca utama mulut berbau adalah disebabkan bakteria yang membiak di dalam mulut. Ia hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi.
Selain daripada itu, mulut kering kerana kekurangan air liur juga menjadi punca mulut berbau. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang, sebab itulah bau mulut kita kurang enak apabila bangun dari tidur.
Apatah lagi sekarang bulan puasa, makin menjadi-jadi bau yang tidak diundang itu. Jadi, apa caranya untuk hilangkan bau?
Yang pertama pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu bersahur dan berbuka puasa. Usah pandang remeh dan terlalu yakin gigi anda bersih sebab hanya dengan gosok gigi boleh menyelesaikan masalah ini. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkirkan bau mulut.
Anda boleh cuba minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan.
Ini satu lagi hal penting, rasa merasakan menggosok gigi sahaja sudah menandakan bersih tetapi agar kebersihan mulut lebih terjamin, disarankan menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi. Dekat pasaran ada banyak ubat kumur yang dijual jadi tiada masalah untuk anda mengamalkan rutin kebersihan ini.
Ya, makanan manis memang sedap tetapi risiko pada gigi juga lebih dasyat. Menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara.
Minumlah air kosong dan mineral yang cukup ketika sahur dan berbuka puasa. Seeloknya, sekali pun minum air manis, anda wajib minum air mineral. Lagi pun jika cukup minum, membantu mencegah bau mulut pada siang hari. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga. Tetapi sekarang bulan puasa, jadi macam mana caranya nak cukupkan 8 gelas sehari? Nah, baca artikel kami INI CARA MINUM AIR DI BULAN PUASA. PASTIKAN CUKUP!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sekadar hiburan kosong, siri premium Astro Originals 'Good Boys Go To Heaven' benar-benar meninggalkan impak sosial yang mendalam dan terus hidup dalam ingatan penonton.