Ada yang menganggap lelaki boroi itu kacak. Tidak kurang juga yang menganggap perut boroi itu tanda seseorang lelaki bahagia kerana makan dan minumnya dijaga dengan baik oleh si isteri.

Namun sedarkah anda, selain menyukarkan gaya dan penampilan, perut boroi juga boleh mendekatkan anda dengan pelbagai penyakit berbahaya?

Oleh itu, lupakan tanggapan bahawa perut boroi itu handsome dan cute.

Jika anda (lelaki) miliki ukuran lilit pinggang melebihi 85cm, pastikan anda lakukan sesuatu kerana perut boroi boleh meningkatkan berkali ganda untuk anda mati di awal usia.

Boroi akan menyebabkan anda mudah kena penyakit ini.

✅ Kencing manis
✅Tekanan darah tinggi
✅Sakit jantung
✅Angin ahmar
✅Gastro-esophageal reflux disease(GERD)
✅Sleep apnea(berhenti bernafas waktu tidur)

IKLAN

Pastikan Ukuran Lilit Pinggang Tidak Melebihi 85cm Jika Tidak Mahu Dianggap Lelaki Boroi!

Kesemua penyakit ini akan menyebabkan anda mudah mati ketika usia muda.

Bila perut anda boroi, ia sebenarnya menandakan terdapat banyak lemak bukan sahaja pada abdomen anda, tetapi juga pada organ anda terutamanya pada bahagian jantung. Sebab tu ramai orang sakit jantung ini kebanyakan sama ada orang boroi ataupun hisap rokok.

IKLAN

Ia juga menandakan terdapat banyak juga lemak pada bahagian saluran darah yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di bahagian otak, sesorang itu akan mengalami angin ahmar.

Oleh itu, jgn menganggap boroi itu biasa ataupun handsome kerana anda boleh mengalami pelbagai penyakit disebabkan boroi tersebut.

IKLAN

Pastikan Ukuran Lilit Pinggang Tidak Melebihi 85cm Jika Tidak Mahu Dianggap Lelaki Boroi!

Ukuran lilit pinggang yang berlebihan adalah:

⭕️Lebih daripada 85cm – lelaki
⭕️Lebih daripada 80cm – perempuan

Cuba kurangkan ukuran lilit daripada bacaan ini kerana jika lebih daripada bacaan tersebut, risiko untuk anda menghadapi penyakit yang dikatakan di atas adalah lebih tinggi

Sumber: The Diagnosa – Original

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI