Ya, anda boleh melakukannya sendiri. Berikut langkah-langkah yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba!
1
JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
2
LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
3
JIMATKAN SYAMPU
Ads
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
4
URUT PERLAHAN-LAHAN
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
Ads
5
BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
6
INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
8
AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Selamat mencuci rambut!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan bagi ramai lelaki bercukur atau ‘shaving’ merupakan aktiviti terapeutik yang cukup mengasyikkan.
Ia kini menjadi salah satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang kurang pandai dan menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.
Dengan teknik yang tidak betul ia boleh menyebabkan luka dan kecederaaan pada kulit wajah. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.
Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.
Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Dapatkan produk bercukur atau shaving yang berkualiti dan murah di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ayat di atas itu selalu kita dengar bukan sahaja dari mulut lelaki tetapi juga wanita. Tapi mengapakan ia sering dilontarkan sebegitu rupa. Adakah fesyen ini terlalu penting untuk menonjolkan sisi seorang lelakiyang kacak.
Sebenarnya gaya itu hanya melengkapi seorang lelaki dalam menyerlahkan personaliti mereka. Tidak salah untuk berfesyen dalam apa jua pengaruh gaya namun biarlah ia sesuai dan tidak dilakukan dengan cara yang salah.
MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda seorang lelaki boleh tampil jauh lebih bergaya dan kacak dengan tidak melakukan 10 perkara yang kami kongsi di bawah.
Jam itu merupakan mahkota bagi tangan lelaki. Jadi mengapa anda mahu menyorok mahkota tersebut? Jika tampil kasual dengan kemeja, lipatlah sedikit lengan baju agar jam tangan kelihatan. Bukan sahaja ia memudahkan anda melihat waktu malah penam,pilan anda juga akan jadi jauh lebih macho.
Jika anda memakai jaket elak memakai t-shirt yang mempunyai corak. Ketahulila bahawa t-shirt bercetak besar merupakan trend ketinggalan zaman. Cuba bayangkan bagaimana James Dean tampil berpakaian. Ringkas, klasik dan kacak!
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan t-shirt yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
Tali pinggang dan pendakap suspender perlu secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Pilih salah satu dan bukan pakai kedua-duanya sekali gus. Kedua-dua aksesori ini mempunyai fungsi sama jadi kenapa nak pakai kedua-duanya sekali.
Ya memang agak melecehkan bila kena iron baju. Namun jadikanlah ia tabiat yang menjadi keutamaan bila anda ingin tampil ke luar dan bergaya. Pakaian berkedut hanya menonjolkan sisi selekeh dan membuatkan anda nampak seolah-olah sebagai seorang pemalas.
Jika anda hendak membeli apa jua pakaian seperti baju, sut atau kasut sekalipim usahlah pakai yang terlalu besar atau kecil. Pastikan saiznya bersesuaian dengan bentuk badan anda.
Apabila memakai sut atau jaket, jangan butang kesemua lubang melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
Masih ramai lelaki yang memakai kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik. Melainkan anda menggayakan kemeja seperti flanel atau bercorak seperti tema Hawaii atau tye dye.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak zaman purba, hubungan antara lelaki dan minyak wangi adalah sesuatu yang istimewa dan cukup signifikan.
Daripada resin dan balsam yang dibakar oleh kaum Mesir Purba untuk upacara keagamaan dan sebagai simbol status, hinggalah kepada mandian beraroma warga Romawi sebagai tanda kebersihan dan kemewahan.
Minyak wangi atau wangian sentiasa memainkan peranan penting dalam peradaban manusia.
Evolusi terus berlaku, membawa kita ke era moden di mana seni pembuatan minyak wangi telah mencapai tahap sofistikated. Lalu menjadikan haruman bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi satu bentuk ekspresi diri dan penegasan identiti yang kuat bagi kaum lelaki.
Dalam lautan pilihan wangian yang sentiasa berubah mengikut trend, terdapat beberapa bintang yang kilauannya tidak pernah pudar.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa minyak wangi ikonik yang telah melepasi ujian masa, kekal relevan dan diminati merentasi generasi.
Berikut adalah 10 minyak wangi lelaki terbaik sepanjang zaman yang terus memegang status legenda.
Sebuah mahakarya Itali yang asli. Dengan ledakan sitrus segar dari lemon, oren manis dan bergamot, diikuti dengan lapisan lavender dan ros yang aromatik.
Diikuti dengan dasar kayuan yang halus, Colonia adalah definisi keanggunan yang bersahaja dan abadi. Ia membangkitkan imej gaya hidup Mediterranean yang sofistikated.
Contoh unggul wangian chypre untuk lelaki. Dibuka dengan kesegaran neroli dan petitgrain, ia berkembang menjadi jantung rempah (cardamom, coriander) sebelum mendap ke dasar oakmoss dan vetiver yang klasik. Ia adalah lambang kehalusan dan kelas yang tidak lapuk dek zaman.
Satu revolusi dalam wangian lelaki pada masanya. Eau Sauvage memperkenalkan penggunaan hedione (nota melati sintetik yang segar) secara meluas.
Kombinasi sitrus (lemon, bergamot), herba (rosemary, basil) dan dasar vetiver serta oakmoss menjadikannya segar, maskulin dan sangat versatil.
Arketip wangian aromatic fougère yang berani. Dengan adunan kompleks lebih 300 bahan, ia menampilkan kontras antara kesegaran lavender dan anise, kehangatan rempah (cardamom) dan kedalaman nota kayuan serta kulit (patchouli, vetiver, sandalwood, amber, musk). Maskulin tanpa kompromi.
Sebuah komposisi unik dan berani yang memecah tradisi. Fahrenheit terkenal dengan gabungan nota daun violet yang segar menghijau, kehangatan pala dan anyelir, serta dasar kulit dan kayuan (cedar, vetiver) yang kuat. Ia mempunyai aura misteri dan sensual yang tersendiri.
Perintis genre akuatik moden yang mengubah landskap wangian lelaki. Ia menangkap esen lautan dengan nota pudina, lavender, ketumbar, dan air laut yang menyegarkan, disusuli dengan melati, geranium, dan neroli, serta dasar musk, oakmoss, dan cedar. Kesegaran yang ikonik.
Satu lagi gergasi dalam kategori akuatik/marin. Ia menggabungkan kesegaran sitrus (lime, lemon, bergamot), nota bunga (jasmine), dan elemen laut dengan sentuhan rempah (nutmeg) serta dasar kayuan (cedar, patchouli) dan musk. Sangat popular dan melambangkan kesegaran musim panas.
Dianggap sebagai klasik moden. Wangian ini berpusat pada elemen bumi dan mineral. Ia dibuka dengan oren pahit dan grapefruit, diikuti jantung lada dan pelargonium, dan dasar vetiver, cedar, patchouli serta benzoin yang memberikan rasa tanah dan kayuan yang elegan.
Walaupun lebih baru, impaknya tidak dapat dinafikan. Terkenal dengan pembukaan nanas dan blackcurrant yang ‘berasap’, ia berkembang menjadi jantung birch (memberi elemen kulit/asap), ros dan melati, serta dasar oakmoss, musk, ambergris dan vanila. Lambang kejayaan dan keyakinan moden.
Representasi wangian ‘biru’ moden yang serba boleh. Menggabungkan kesegaran sitrus (grapefruit, lemon) dengan kehangatan halia, kemenyan, dan nota kayuan (cedar, sandalwood). Ia sofistikated, segar tetapi mendalam, sesuai untuk hampir semua situasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang