Pernah suatu ketika tidak lama dahulu nama Muhammad Syukur Khamis pernah menjadi bualan dunia apabila gambarnya bersama sekawan kerbau tular, sehingga digelar sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
Hari ini, anak muda tersebut menginjak usia 20 tahun dari Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu ini sekali lagi mencuri perhatian ramai. Cum kali ini agak berbeza selepas dia mencatatkan pencapaian akademik dalam bidang kemahiran atau TVET dengan cukup baik.
Menerusi satu hantaran rasmi GiatMara Malaysia di Facebook, Syukur disahkan berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal di GiatMara Hulu Terengganu dalam tempoh enam bulan. Kejayaan itu diraikan dalam Majlis Graduasi GiatMara ke-38 pada Rabu lalu.
“Syukur bukan sahaja serasi dengan hidupan dan alam malahan dia cekap dalam kemahiran. Sentiasa menyertai pertandingan kemahiran dianjurkan, dia sekarang ‘pomen muto’ menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi pilihan orang kampung dan rakan-rakan,” jelas kenyataan dari perkongsian GiatMara tersebut.
Selain bergelar graduan, Syukur kini menguruskan bengkel motosikal keluarganya, menjadikannya bukan sekadar ikon alam tetapi juga tenaga mahir dalam bidang teknikal.
Dalam catatan peribadinya di Facebook, anak bongsu daripada lapan beradik itu melahirkan rasa terima kasih atas sokongan keluarga.
“Alhamdulillah, terima kasih buat bonda tercinta, keluarga dan rakan taulan. Selamat maju jaya buat semua graduan,” jelasnya yang jelas dilihat cukup teruja dan gembira.
Ia menjadi bukti bahawa perjalanan hidup Syukur sentiasa berpaksikan kesederhanaan, keluarga, dan kesyukuran, meskipun pernah mengecap populariti luar biasa di peringkat antarabangsa.
Sekadar thorwback, Syukur mula mencipta fenomena apabila kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, tular di media sosial.
Gaya semula jadinya bersama haiwan ternakan itu menarik minat jurugambar dalam dan luar negara. Lemudian pada 2019, gambar Syukur bersama kerbau dipilih sebagai juara peringkat Asia dan tersenarai dalam 20 terbaik dunia.
Sejak itu, wajahnya sinonim dengan julukan ‘Mowgli Malaysia’, lambang keakraban manusia dengan alam.
Tamat pengajian di GiatMara, dia kini melangkah sebagai mekanik muda bahkan membantu menguruskan begnkel milik keluarga mungkin ke tahap lebih baik di masa akan datang.
Semoga kisahnya boleh menjadi satu menjadi inspirasi, bahawa keistimewaan tidak berhenti pada populariti, tetapi terletak pada usaha membina masa depan dengan kemahiran dan dedikasi.
Mula berdiet dan turunkan berat badan tahun lepas, membuatkan dirinya terus nekad untuk memiliki tubuh badan ideal dan kurus. Jika sebelum ini dirinya seberat 142kg tetapi kini dia hanya seberat 88kg.
Menurut Alif Fahmy, yang merupakan pengawal keselamatan berkata, dia sungguh berpuas hati dengan apa yang dilakukannya kini.
“Tiap-tiap tahun saya berazam mahu kurus tetapi tidak kesampaian. Namun tahun lepas saya mula fikir tentang kesihatan saya untuk masa akan datang.
“Sampai bila saya nak berat berlebihan seperti ini?Jadi kepentingan diet itu mula muncul dalam diri dan saya nekadkan diri untuk mula berdiet.” Jelasnya kepada MASKULIN.
Dia mengakui dirinya ada sukakan seseorang atau erti kata lain ‘crush’ membuatkannya lebih berkobar-kobar ingin kecapi matlamat dan berjaya turunkan berat badan. Dia menjadikan pekara itu sebagai pembakar semangat untuk dirinya untuk terus berusaha.
Bertanya bagaimana dia mengalamkan diet pemakanan, dia sempat berkongsi dia hanya mengurangkan makan sama seperti sesetengah orang.
“Lain orang lain cara dietnya macam saya, saya hanya kurangkan makan. Breakfast saya akan makan roti wholemeal atau buah-buahan sahaja, tengah hari baru saya makan nasi dengan lauk yang ada sahaja.
“Malam pula saya jarang makan, jika makan pun saya akan makan roti wholemeal itu sahaja sekadar untuk hilangkan rasa lapar itu.
“Tetapi saya totally cut off terus air manis dan banyakkan minum air kosong. Dalam masa yang sama, saya juga amalkan air lemon tanpa gula selama setahun dan Allhamdulillah kini saya dapat berat badan yang saya inginkan” kongsinya lagi.
Bercerita tentang apakah antara halangan dan cabaran yang dia lalui ketika berdiet, dia memberitahu antara cabaran terbesar yang dia lalui adalah terbayang makanan fast food yang dia nikmati sebelum ini. Namun, dia harus kuat dan menganggap itu sebagai dugaan serta ujian buat dirinya.
Soal senaman pula dia memberitahu ketika mula diet dirinya ada juga pergi hiking namun kerana beberapa faktor, jadi dia lebih selesa melakukan senaman di rumah.
“Saya buat ringan-ringan sahaja. Saya lebih selesa buat senaman cardio di rumah. Dulu-dulu ada lah pergi hiking maklum lah saya nak pergi jogging tak mampu, jadi saya buatlah apa yang patut.
“Nasihat saya kepada orang ramai di luar sana yang mana sedang struggle nak turunkan berat badan itu, jangan berputus asa.
“Memang ada masanya kita akan rasa down kerana ia mengambil masa yang lama untuk diet tetapi fikir balik segala nikmat selepas kita dapat berat yang kita impikan itu.
“Jika kita benar-benar mahu kurus, kita mesti konsisten barulah tiada istilah ‘tak boleh’. Cuba bayangkan kenapa orang lain boleh, kita tak boleh pulak?
“Semangat perlu kuat dan tiada jalam mudah untuk capai kejayaan” Katanya yang sempat memberi kata semangat kepada semua yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa hari lalu rakyat Malaysia cukup berdebar kerana berita tentang Tun Dr Mahathir yang terpaksa melakukan ujian Covid-19 selepas beliau didapati ada kontak secara dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
Dr Kelvin telah disahkan positif Covid-19, lalu membuatkan Tun Mahathir juga terpaksa melakukan ujian. Namun semalam ikon negarawan yang juga bekas Perdana Menteri kita yang tersayang telah disahkan negatif jangkitan virus tersebut.
Memetik laporan Astro Awani, keputusan ujian telah disahkan oleh pembantu beliau sendiri kepada Astro Awani semalam.
Namun walaupun telah didapati negatif, Tun M meneruskan dan mematuhi protokol untuk melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari.
Tun M turut berkongsi hantaran video di Twitter kendaliannya. Beliau mengesahkan sedang menjalani kuarantin. Jelasnya, walaupun banyak rasa bosan namun ia dihasbikan dengan menulis dan membaca.
Beliau juga menyeru orang awam untuk mengikuti arahan kerajaan dan mengehadkan pergerakan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.
“Saya ucap terima kasih kepada petugas di barisan hadapan, doktor, jururawat, polis dan tentera yang memastikan kita semua selamat,” katanya.
Walaupun sudah berusia 94 tahun, negarawan ini masih mengikuti protokol dan nasihat daripada kerajaan untuk melakukan kuarantin. Jika beliau sebagai bekas pemimpin yang paling dihormati di Malaysia boleh melakukannya mengapa tidak kita.
Contohilah teladan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir. Ayuh kita sama-sama duduk rumah dan jangan keluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.