Beberapa hari lalu rakyat Malaysia cukup berdebar kerana berita tentang Tun Dr Mahathir yang terpaksa melakukan ujian Covid-19 selepas beliau didapati ada kontak secara dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
Dr Kelvin telah disahkan positif Covid-19, lalu membuatkan Tun Mahathir juga terpaksa melakukan ujian. Namun semalam ikon negarawan yang juga bekas Perdana Menteri kita yang tersayang telah disahkan negatif jangkitan virus tersebut.
Memetik laporan Astro Awani, keputusan ujian telah disahkan oleh pembantu beliau sendiri kepada Astro Awani semalam.
Namun walaupun telah didapati negatif, Tun M meneruskan dan mematuhi protokol untuk melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari.
Ads
Tun M turut berkongsi hantaran video di Twitter kendaliannya. Beliau mengesahkan sedang menjalani kuarantin. Jelasnya, walaupun banyak rasa bosan namun ia dihasbikan dengan menulis dan membaca.
Ads
Beliau juga menyeru orang awam untuk mengikuti arahan kerajaan dan mengehadkan pergerakan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.
Ads
“Saya ucap terima kasih kepada petugas di barisan hadapan, doktor, jururawat, polis dan tentera yang memastikan kita semua selamat,” katanya.
Walaupun sudah berusia 94 tahun, negarawan ini masih mengikuti protokol dan nasihat daripada kerajaan untuk melakukan kuarantin. Jika beliau sebagai bekas pemimpin yang paling dihormati di Malaysia boleh melakukannya mengapa tidak kita.
Contohilah teladan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir. Ayuh kita sama-sama duduk rumah dan jangan keluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pergi dan pulang dari kerja merupakan antara rutin harian yang majoriti daripada kita semua lakukan. Ada yang menggunakan kereta, motosikal, basikal dan ada juga yang menggunakan kenderaan awam seperti bas, tren dan juga feri.
Jika anda rasa bosan berulang-alik ke tempat kerja dengan terpaksa meredah kesesakan jalan raya atau menunggu tren, apa pula kata anda selepas melihat apa yang seorang lelaki dari China ini lakukan.
Zhu Biwu merupakan seorang lelaki berusia 53 tahun yang tinggal di Selatan Wuhan memilih untuk berenang setiap hari untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.
Apa yang lebih mengagumkan dia telah melakukan perkara ini sejak 11 tahun yang lalu! Baru-baru ini tular di laman media sosial di negara tersebut selepas rakaman seorang lelaki berenang di Sungai Yangtze.
Setiap hari bekerja Zhu Biwu berenang kira-kira 2.2 kilometer merentasi Sungai Yangtze bagi menjimatkan masa ke pejabat. Dia mengambil masa selama kira-kira 30 minit untuk menyeberang sungai tersebut. Difahamkan perjalanan menggunakan keretapi akan mengambil masa selama sejam.
Beliau yang bekerja sebagai pengurus pasar makanan di Wuchang ini berkata keputusan yang dilakukan untuk berenang ke tempat kerja ini bkan sahaja menjimatkan masa tapi telah menjadikannya sebagai seorang yang sihat.
Malah tidak keterlaluan dikatakan telah menyelamatkannya daripada penyakit merbahaya. Pada tahun 1999 dia telah dikesan menghidap type 2 diabetes dan mempunyai berat bedan melebihi 100 kilogram.
Zhu Biwu mula berenang pada tahun 2004 dan melatih dirinya untuk menyeberangi Sungai Yangtze. Sejak itu, berat badannya turun kepada paras normal. Malah kadar gula juga menurun dan staminanya meningkat dengan begitu hebat sekali.
Disebabkan aktiviti hariannya ini, pemandu-pemandu feri telah mengenalinya dan memberi laluan untuknya melintas. Jelasnya lagi, corak renangan yang dilakukannya ialah kuak dada.
Bagaimana dengan kita? Stres berada dalam kesesakan jalan raya sehingga menimbulkan amarah yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri sahaja. Mungkin kisah ini boleh memberikan kita inspirasi untuk lebih bersyukur dengan nikmat kesenangan yang dianugerahkan kepada kita.
Sumber: China News
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini facebook dipenuhi dengan berita tenteng Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.
Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.
Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.
Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.
Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya. Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta. Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.
Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.
Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.
Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.
Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.
Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.
Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.
Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.
Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.
Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.
Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya. Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.
Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di persada perniagaan media di negara kita, Kumpulan Karangraf (Karangkraf) merupakan nama yang cukup gah. Di sebalik kekuatan syarikat yang turut serta merevolusikan dunia media di Malaysia ialah pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Selepas empat dekad menerajui syarikat beliau kini mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa pada 1 November 2022. Turut mengumumkan perletakan jawatan yang berkuat kuasa pada tarik sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Berikutan pengumuman tersebut, dua ikon gergasi media negara ini akan bertindak sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat. Mereka berdua juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah.
Dalam pada masa yang sama Karangkraf turut melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka ialah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Hussamuddin bakal diisi oleh Firdaus sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pengawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
“Sejak empat dekad lalu Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dengan pengumuman tersebut Kumpulan Karangkraf juga bakal menyaksikan beberapa perubahan penstrukturan yang turut bekuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saucony membawa The Maze ke Malaysia buat kali pertama, mengubah Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi trek larian berganti-ganti yang menghimpunkan 20 kelab larian tempatan.