Di persada perniagaan media di negara kita, Kumpulan Karangraf (Karangkraf) merupakan nama yang cukup gah. Di sebalik kekuatan syarikat yang turut serta merevolusikan dunia media di Malaysia ialah pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Selepas empat dekad menerajui syarikat beliau kini mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa pada 1 November 2022. Turut mengumumkan perletakan jawatan yang berkuat kuasa pada tarik sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Persaraan Selepas Empat Dekad Gemilang
Datuk Hussamuddin Yaacub

Berikutan pengumuman tersebut, dua ikon gergasi media negara ini akan bertindak sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat. Mereka berdua juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah.

Dalam pada masa yang sama Karangkraf turut melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka ialah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.

Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Persaraan Selepas Empat Dekad Gemilang
Datuk Muhammad Nasir Hamzah

SERAHKAN KEPADA GENERASI MUDA

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Hussamuddin bakal diisi oleh Firdaus sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pengawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.

“Sejak empat dekad lalu Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.

IKLAN

“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dengan pengumuman tersebut Kumpulan Karangkraf juga bakal menyaksikan beberapa perubahan penstrukturan yang turut bekuat kuasa pada 1 November 2022.

Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Persaraan Selepas Empat Dekad Gemilang

IKLAN

Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).

Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

IKLAN

Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.

Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.

Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.

Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI