Sekarang tengah hangat drama Netflix penuh drama dan aksi, ‘Squid Game 2’. Jika anda peminat Gong Yoo, pastinya sedar akan kewujudan karakternya sebagai ‘recruiter’.
Bintang Korea Selatan ini sentiasa tampil dengan fizikal yang mantap di layar perak. Kemunculannya sekali gus mencuri tumpuan dalam siri Netflix ‘Squid Game’.
Namun, di sebalik susuk tubuh yang mengagumkan dan populariti antarabangsa, Gong Yoo mempunyai rahsia yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua. Apa bentuk senaman yang diamalkan pada usia sudah menginjak 45 tahun sepertinya?
Dalam episod istimewa ‘Chuseok Pinggyego 2023’, Gong Yoo berkongsi bahawa beliau pernah bergelut dengan kebimbangan yang melampau pada usia 20-an dan 30-an.
Ketika kejayaan besar drama ‘Guardian: The Lonely and Great God’ (Goblin), dia tidak dapat menikmati populariti itu sepenuhnya akibat tekanan mental. Namun, melalui rutin senaman yang konsisten, Gong Yoo berjaya bangkit dan mengukuhkan dirinya, bukan sahaja secara fizikal tetapi juga mental.
Latihan Jadi Kunci Keseimbangan dan Ketenangan
Latihan harian Gong Yoo bukan sekadar untuk tampil hebat dalam watak-wataknya, tetapi juga sebagai mekanisme untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental.
Memetik kata-kata jurulatihnya, Tae Sik, Gong Yoo meluangkan dua setengah hingga tiga jam setiap hari di gimnasium. Ini dengan memberikan fokus pada senaman seluruh badan.
Ads
Rutin harian ini membantunya mengekalkan keseimbangan bentuk badan, menguatkan stamina, dan memperbaiki daya tahan tubuh.
Berikut adalah intipati rutin kecergasan Gong Yoo yang boleh anda jadikan inspirasi:
1. Pemanasan (10-15 minit)
Sebelum memulakan senaman berat, Gong Yoo sentiasa mengutamakan pemanasan untuk mengelakkan kecederaan. Pemanasan meningkatkan aliran darah, kadar denyutan jantung, dan fleksibiliti sendi, menjadikan tubuh lebih bersedia untuk aktiviti fizikal.
Senaman Pemanasan Terbaik
Berbasikal atau berjoging
Naik turun tangga
Side step cepat
Lunges dan squats
Ads
2. Senaman Spesifik (1 jam)
Untuk mendapatkan bentuk badan ideal, Gong Yoo memberi perhatian kepada senaman dada dan perut. Latihan seperti chest press, bench press, dan dip machine menjadi pilihan utama beliau. Senaman ini menguatkan otot utama sambil membantu membakar lebih banyak kalori.
Cadangan Senaman Kompaun
Deadlift
Squat
Kettlebell Swings
Overhead Press
3. Kardio (1 jam)
Sebahagian besar masa Gong Yoo di gimnasium dihabiskan dengan senaman kardio, yang penting untuk meningkatkan fungsi kardiovaskular dan kesihatan mental. Aktiviti seperti berlari, berbasikal, atau berenang membantu menguatkan jantung dan menurunkan tekanan darah.
“Kesihatan mental adalah asas kepada kesihatan fizikal. Mulakan langkah kecil hari ini, dan lihat bagaimana ia mengubah hidup anda.” – Gong Yoo
Cara Memperbaiki Keyakinan Diri
Senaman, seperti yang dibuktikan oleh Gong Yoo, bukan sahaja tentang penampilan tetapi juga kesihatan mental.
Ia adalah cara untuk melawan kebimbangan, memperbaiki keyakinan diri, dan menikmati kehidupan yang lebih bahagia.
Jadi, sama ada anda seorang peminat tegar Gong Yoo atau sekadar mencari cara untuk meningkatkan kesejahteraan, tiada masa yang lebih baik untuk memulakan rutin kecergasan anda selain sekarang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang pemain bola sepak profesional penglibatan dalam pertukaran dan penghijrahan ke kelab lain adalah satu asam garam yang normal dan perlu diikuti dengan penuh profesional.
Itulah yang dilalui oleh pemain muda muda yang mempunyai potensi cukup luar biasa, Luqman Hakim. Terbaru, pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini telah disahkan menyertai sebuah kelab profesional dari Liga Iceland iaitu UMF Njardvík.
Menurut Astro Awani, penyertaan Luqman ke kelab Iceland tersebut adalah secara pinjaman dari kelab asalnya berpangkalan di Belgium, KV Kortrijk. Berita perpindahan secara pinjaman tersebut diumumkan oleh UMF Njardvík menerusi laman media sosial mereka.
Foto: Sinar Harian
“Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.
“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior,” jelas kenyataan dari kelab tersebut.
Tambah mereka lagi, Luqman juga merupakan seorang pemain cukup berkaliber selepas tersenarai di antara 60 pemain muda berpotensi pada tahun 2019.
Luqman Hakim til liðs við Knattspyrnudeild Njarðvíkur að láni frá K.V. Kortrijk í Belgíu.
“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman,” tambah kenyataan kelab itu lagi.
Dalam sebuah video yang dimuat naik laman media sosial UMF Njardvík menunjukkan simbolik pesawat MAS mendarat di Iceland. Ia dikuti dengan paparan Luqman sedang menimang bola dalam kondisi padang dipenuhi salji.
Iceland merupakan negara yang sentiasa terdedah dengan musim sejuk sepanjang tahun. Jadi amat menarik untuk melihat bagaimana Luqman Hakim menyesuaikan diri dan beraksi dalam kondisi yang sejuk seperti ini.
Selamat maju jaya buat Luqman dari kami di MASKULIN. Buktikan anak Malaysia mampu beraksi dalam apa jua kondisi!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Astro Arena
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa sangka seorang Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sanggup dan tidak kekok langsung menjadi ‘delivery boy’ hanya untuk menyerahkan makanan kepada pelanggan.
Datuk Dr. Sheikh melakukan proses penghantaran makanan ini untuk pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya hasil Kerjasama dengan Datuk Ismail Ahmad. Opreasi menghantar makanan ini sudah berlaku sejak minggu lalu semasa perintah PKP.
“Ramai tidak tahu yang saya pernah buka restoran Rebung bersama Chef Ismail pada tahun 2003 dan ia mendapat sambutan yang menggalakan.” Tulisnya di Instagram.
Mengimbau Kembali kenangannya ketika membuka restoran Rebung yang memerlukannya bagun seawal 4.00 pagi untuk ke pasar untuk mendapatkan makanan laut segar selama 6 bulan cukup memberi kenangan manis buatnya.
“Malah saya masih teringat ke Pasar Borong Selayang pada jam 0400 pagi pada waktu itu membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan terakhir semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat menghantar Lemang & Rendang & Dodol pada awal pagi Raya selama 2 tahun yang lalu.” Tulisnya lagi.
“Dan Alhamdulillah setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan berjaya memperoleh banyak Anugerah ‘Makanan Melayu Terbaik’ selama 5 tahun berturut-turut. Bahkan kami beralih dari Taman Bangsar ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan 5 tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur Alhamdulillah.” Tambahnya seorang yang meminati makanan terutamanya Makanan Melayu Negeri Sembilan.
Macam ni lah baru betul, sebenarnya macam-macam cara peniaga dan orang ramai boleh lakukan. Ini salah satu caranya.
Bagi peminat bola sepak global terutamanya Liga Perdana Inggeris nama pemain muda kelab Manchester City, Eling Haaland kini kerap bermain di bibir mereka.
Apa penampilan pertamanya di dalam liga paling kompetitif di Eropah menyaksikan dia telah menjaringkan sebanyak 15 gol dalam 9 perlawanan setakat ini!
Ia satu angka yang cukup luar biasa dan ramai pihak kelihatan cukup terkejut prestasi ditunjukkan anak muda dari Norway ini mampu hingga ke tahap ini. Malahs dalam 9 perlawanan tersebut dia telah mencatatkan tiga hatrik.
Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tinggi lampai ini tidaklah datang dengan mudah. Selain melakukan rutin senaman yang cukup intensif, Haaland juga mengikuti diet yang cukup ekstrem.
Memetik kenyataannya dari dokumentari berjudul ‘Haaland: The Big Decision’, Haaland berkongsi beberapa jenis diet ekstremnya. Apabila ditanya tentang apakah jenis daging yang diambil, Haaland menjelaskan dia cukup spesifik.
“Anda semua mungkin tidak makannya tapi bagi saya ia penting untuk menjaga kesihatan badan. Saya berpendapat mengambil makanan berkualiti dari sumber tempatan sangat penting. Daging seperti hati dan jantung lembu contohnya termasuk dalam diet saya,” jelasnya.
Haaland turut berkongsi dia bagaimana dia meminum air yang ditapis dari sistem penapisan kompleks digunakannya. Selain menekankan kepentingan cahaya matahari untuk ketajaman mata.
Jelasnya, dia cukup peka dan mengambil berat tentang circadian rhythm, di mana proses dalaman yang menjaga corak masa tidur dan rehat.
“Perkara pertama saya lakukan pada waktu pagi ialah mendapatkan cahaya matahari untuk mata. Ia baik untuk menjaga circadian rhythm.
Makanan kegemarannya pula ialah lasagne yang dimasak oleh bapanya, Alf-Inge. Jumlah kalori yang diambilnya secara harian pula ialah sebanyak 6000 kalori.
Jadi tidak hairanlah mengapa prestasi yang ditonjolkan oleh Haaland sehingga kini cukup luar biasa! MASKULIN menjangkakan pemain muda Manchester City mampu menjaringkan lebih 30 gol liga untuk meusim ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.