

Mini Challenge: Berpakaian Seperti Seorang Wira!
Episod ini dimulakan oleh gamemaster kita yang penuh karisma, Mat Redho, dengan sebuah mini challenge unik – Full PPE Challenge!
Setiap pasukan harus mengenakan pakaian keselamatan lengkap ahli bomba secepat mungkin. Dari kasut, jaket berat, hingga topeng gas, semua Bros berdepan kesukaran yang nyata.
Namun, akhirnya Ikmal dan Dr Shazif berjaya mencatatkan masa terpantas, diikuti Theeban dan Hakimi.
Sebagai pemenang, Ikmal dan Dr Shazif diberikan keistimewaan untuk memilih lawan mereka, dan mereka memilih Nad dan Syafiq.
“Kita pilih mereka sebab kekuatan dan kelemahan mereka lebih kurang sama dengan kami, jadi peluang tu lebih kurang sama rata,” ujar Ikmal penuh strategi.
Fire Fighter Challenge: Lima Checkpoint Menguji Jiwa!
Cabaran utama minggu ini adalah Fire Fighter Challenge yang terbahagi kepada lima checkpoint menuntut kekuatan fizikal, daya tahan mental, dan kerjasama. Setiap pasukan bertungkus-lumus untuk menyelesaikan:
- CHECKPOINT 1 – Tower Ladder: Mendaki menara sambil membawa hos kebakaran 50kg.
- CHECKPOINT 2 – Dummy Drag: Mengheret dummy seberat 65kg sejauh 20 meter.
- CHECKPOINT 3 – Hose Roll Down: Membentang dan menggulung semula hos sepanjang 30 meter.
- CHECKPOINT 4 – Fire Gas Obstacle: Menyelamatkan mangsa dari bangunan dengan attacking hose dan membawa mereka ke stretcher.
- CHECKPOINT 5 – Tong Drum Fire Extinguisher: Memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
Setiap pasukan hanya mempunyai 30 minit untuk menyelesaikan cabaran ini. Dua pasukan paling lambat akan ke pusingan penyingkiran, manakala yang terpantas dinobatkan sebagai pemenang episod.
Persaingan Panas!
Ikmal dan Dr Shazif vs. Nad dan Syafiq
Ikmal dan Dr Shazif memulakan cabaran dengan semangat berkobar-kobar, namun tersangkut sedikit di checkpoint ke-4 apabila Ikmal terpaksa berdepan fobia api akibat trauma masa lalu. Walaupun begitu, semangat juang Ikmal membolehkan mereka bangkit semula.
Pasukan Nad dan Syafiq kelihatan semakin serasi, namun kesilapan teknikal di checkpoint ke-4 menyebabkan mereka dikenakan penalti satu minit. Nasib ternyata menyebelahi Ikmal dan Dr Shazif yang berjaya mara dengan masa lebih baik.
Theeban dan Hakimi vs. Irwan dan Asyraf
Pertarungan sengit antara dua pasukan ini menyaksikan Theeban dan Hakimi beraksi cemerlang, mencatatkan masa terpantas.
Irwan, yang kelihatan tidak selesa dengan sut PPE, bergelut mengawal pernafasan menggunakan topeng gas, namun tetap berjaya menghabiskan cabaran.
Theeban dan Hakimi muncul juara episod dengan catatan masa terpantas, diikuti oleh Ikmal dan Dr Shazif. Malangnya, Nad dan Syafiq serta Irwan dan Asyraf harus bersedia untuk pusingan penyingkiran pada episod ke-7.
Dengan setiap cabaran, MASKULIN Who’s Your Bro terus menguji semangat, kekuatan, dan ketahanan para Bros.
BACA: Dr. Shazif Puji Kepimpinan Saddam, Semangat Brotherhood Penentu Kemenangan
Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria. Adakah pasukan kegemaran anda akan terselamat?
Nantikan pertempuran epik seterusnya.
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Biar Berpada, Ini Beberapa Jenis Makanan Dipercayai Boleh Jadi Penyebab Kanser Prostat

Tahap kesedaran terhadap risiko dan bahaya kanser prostat di negara kita dipercayai masih lagi rendah. Sehubungan itu jugalah MASKULIN degan rendah hati membawakan tema pada bulan ini dengan #MaskulinShavember bagi sama-sama meningkatkan tahap kesedaran di samping mengetengahkan beberapa tip grooming terbaik.
Seperti mana yang anda mungkin sudah sedia maklum kanser prostat merupakan antara kanser pembunuh utama di kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.

Punca sebenar bagaimana kanser berlaku masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan saintis walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi puncanya. Salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada kanser prostat ialah jenis makanan yang dimakan.
Kanser prostat juga diprcayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab kanser prostat. Memetik dari laporal healthline.com, MASKULIN sertakan di bawah beberapa jenis makanan yang perlu anda kawal pengambilannya.
Daging Merah & Daging Proses

Amalan diet harian yang tinggi dengan pengambilan daging mereah terutamanya yang dimasak lama boleh menjadi penyebab peningkatan risiko penyakit kanser prostat. Ia berikutan kandungan heterosilik amino (HCA) yang bpleh menjadi pencetus kepada perkembangan sel kanser. HCA juga telah dikaitkan sebagai faktor menyebabkan berkembangnya beberapa jenis kanser.
Ia merupakan entiti yang terhasil apabila daging merah dimasak dalam suhu tang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan bahawa pengambilan daging merah dan daging proses mungkin menjadi penyebab bertambahnya risiko kanser prostat.
Produk Tenusu

Pengambilan prosuk tenusu yang banyak juga boleh meningkatkan terhadap risiko terjadinya kaser prostat. Menurut sebuah jurnal dan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Nutrition mendapati jika seseorang mengambil produk tenusu setiap hati ia boleh mencetus kepada perkembangan kanser prostat.
Susu skim dan rendah lemak juga boleh menjadi punca kepada risiko tahap rendah kanser tersebut. Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan produk ternusu. Jika boleh pilih susu dari jenis rendah lemak atau bebas lemak.
Lemak Tepu
Berikutnya adalah jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak tepu ini bukan sahaja meningkatkan risiko kanser prostat malah ia juga tidak elok untuk keishatan jantung.
Terdapat kajian mendapati ia boleh menjadi ‘pencetus’ kepada kanser jenis ini walaupun kajian tersebut tidaklah menyeluruh. Namun jika boleh kawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dalam menu harian anda.
Di antara makanan yang dikenali mengandungi lemak tepu ialah daging, produk tenusu, salad dressing, makanan yang dibakar dan makanan yang diproses. Sebaliknya selang-selikan diet anda dengan makanan sihat yang monosaturated dan polyunsaturated seperti ikan, avokado, kekeacang, minyak zaitun dan bjirin.
Segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa simptom merisaukan seperti berikut:
- kesukaran membuang air kecil
- terdapat darah dalam semen
- mati pucuk
- sakit belakang dan tulang pelvik
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh sedikit sebanyak memberikan kesedaran untuk anda. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Safuwan Baharudin: Impian & Cabaran Mengetuai Skuad Gergasi Merah

Kapten pasukan bola sepak Selangor FC, Safuwan Baharudin bersemangat untuk menamatkan kemarau piala gergasi merah.
Dengan kekuatan pasukan yang berbeza pada tahun ini, Safuwan Baharudin berharap agar hasrat itu berjaya direalisasikan dengan memenangi sekurang-kurangnya satu piala kelab domestik.
“Tahun ini berbeza sedikit. Kami ada pemain lebih baik, kami ada sokongan yang baik dari pihak pengurusan, kami ada jurulatih yang baik,” kongsinya kepada MASKULIN.
Safuwan Baharudin tampil sebagai MASKULIN Man of The Moment bagi edisi Jun 2024.

Pernah bermain untuk beberapa pasukan seperti PDRM FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC dan lain-lain lagi sebelum menyertai Selangor FC, jejaka berusia 33 tahun dari Singapura ini mengakui sukar untuk berpindah pasukan, apatah lagi pasukan yang saling bersaing antara satu sama lain.
Namun, perkara itu dianggap biasa dalam arena sukan bola sepak.
“Ini adalah bola sepak. Bila bercakap tentang bola sepak, malam ini anda boleh berada di suatu tempat, esoknya berada di tempat yang lain,” ujarnya.
6 Bulan Berehat Akibat Kecederaan Kepala
Mengimbas kembali pengalaman kerjaya sukannya itu, Safuwan Baharudin juga tidak terlepas dari mengalami saat yang getir.
Pada tahun 2022, Safuwan menglamai kecederaan kepala yang serius sehingga perlu direhatkan sepenuhnya di rumah selama enam bulan.
“Itu adalah saat buruk bagi saya. Saya direhatkan tanpa bermain selama enam bulan. Ia memang rehat sepenuhnya di rumah,” ceritanya kepada MASKULIN.
Dengan bantuan dari para doktor dan jurupulih perubatan fisioterapi, Safuwan mampu kembali beraksi di padang.
Bagaimanapun, Safuwan tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar kecederaan lampaunya itu tidak terjejas semula ataupun mengelami kecederaan baharu.

Mickey Cedera, Pasukan Juga ‘Cedera’
Menyarung jersi pasukan gergasi merah sahaja sudah cukup membanggakan, apatah lagi diberi kepercayaan untuk mengemudinya sebagai kapten.
Namun ia juga datang dengan satu tanggungjawab besar yang Safuwan akui sukar untuk digalas.
Lebih-lebih lagi apabila berlakunya kejadian yang menimpa rakan sepasukan, Faisal Halim atau mesra disapa Mickey yang cedera disimbah asid.
Kata Safuwan, kejadian yang tidak disangka ternyata memberi kesan secara mendalam kepada seluruh ahli pasukan juga.
Keadaan di dalam pasukan sendiri menjadi kacau-bilau, sehingga Safuwan selaku ketua terpaksa memencilkan diri seketika demi memahami punca pemain menjadi tertekan sebegitu.
“Saya rasa selepas kejadian itu, hampir dua minggu juga kami bergaduh sesama sendiri. Antara satu sama lain, memang aura itu sudah lain.
“Mungkin disebabkan kami semua pun balik rumah rasa takut. Datang berlatih pun rasa takut,” kongsinya lagi.

Susulan itu, jurulatih pasukan memutuskan untuk memberi tempoh berehat selama dua hingga tiga hari kepada semua ahli pasukan.
Namun selepas tempoh itu, jurulatih ingin mereka kembali semula berlatih dengan semangat yang baharu, demikian menurut Safuwan.
Seperti pemain lain, Safuwan Baharudin juga turut mengidolakan bintang bola sepak antarabangsa.
Idolakan Beckham & Zidane
Bagi Safuwan, dia sungguh mengagumi David Beckham dan Zinedine Zidane meskipun mereka bukanlah pemain di posisi sepertinya.
“Mereka berdua bukanlah dalam posisi saya, tapi atas dasar cinta terhadap bola sepak.Cara mereka bermain, cara mereka mengembangkan diri mereka.
“Jika kalian menonton dokumentari mengenai mereka, ia mungkin adalah dokumentari terbaik dalam bola sepak. Kalian boleh belajar banyak perkara berkenaan dalam dan luar padang,” tambah Safuwan.
Di akhir temu bual, Safuwan Baharudin meluahkan rasa penghargaannya terhadap para peminat bola sepak.
Baginya, peminat adalah salah satu punca yang membantu ramai pemain tempatan mampu membangun sebagai seorang pemain yang lebih baik.
“Tiada siapa mahu bermain di stadium yang kosong. Kami sentiasa suka bermain di hadapan para peminat.
“Sokongan, dedikasi, kewangan yang disumbangkan menerusi tiket-tiket bola, penerbangan untuk menonton pasukan kegemaran mereka tak kisah di mana-mana. Saya rasa itu satu komitmen yang besar,” katanya.
Untuk menonton temu bual penuh, saksikan MASKULIN Man of The Moment Edisi Jun 2024 di saluran Youtube MASKULIN.
BACA: Dibuli Ketika Sekolah, Adli Goldenboy Kunci Mulut Pembuli Dengan Kemenangan Tinju
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia & Manfaat Melakukan ‘Brisk Walking’, Antara Senaman Paling Mesra Jantung

Melakukan senaman berat mungkin agak sukar dilakukan terutamanya oleh mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.
Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri ialah melakukan senaman biar sesuai dengan kemampuan diri. Di antara senaman yang paling mudah dilakukan ialah brisk walking.
Apa itu brisk walking? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat. Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.

FAEDAH BRISK WALKING
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek.
Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidapi diabtetes type 2.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.
TEKNIK TERBAIK BRISK WALKING
Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh anda ikuti. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik brisk walking:
- Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
- Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus.
- Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
- Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.
Selamat berjalan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI