Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Ads
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Ads
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
Jangan la sibuk nak melancong ke luar negara kalau dalam negara sendiri pun kau tak habis pusing kan. Memandangkan kos hidup yang semakin mencekik, pasti bab melancong dan bercuti akan terbantut juga. Jangan risau ini Maskulin kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!
Web: sekeping.com/serendah/
Facebook: facebook.com/sekepingretreats
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama “MAYA” di Facebook mereka.
Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun
Untuk yang suka bercuti lebih ‘adventure’ lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina
Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis
Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.
Web: tprr.net
Facebook: facebook.com/tprr1
Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.
Web: phileahotel.com.my
Facebook: facebook.com/philea.resort.melaka
Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!
Web: thecarpedia.com.my
Facebook: facebook.com/thecarpedia
Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral baru-baru ni.
Apapun pengalaman bercuti di sini walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur pastinya memjadi pengalaman menarik buat sesiapa sahaja.
Sumber : Oh media
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jalan raya merupakan infrastruktur yang paling penting dalam sesebuah negara bagi memberikan jalinan perhubungan dari satu lokasi ke satu lokasi.
Bukan sahaja ia menghubungkan hubungan malah laluan jalan raya ini merupakan antara nadi penting kepada ekonomi sesebuah kawasan dan negara secara amnya.
Memastikan kelancaran perjalanan bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi boleh melancarkan dan sekali gus memendekkan masa perjalanan.
Apabila ini berlaku bahan api yang digunakan oleh kenderaan di atas jalan raya juga menjadi lebih efisien penggunaannya. Kondisi jalan raya yang teruk bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan dan kemalangan malah boleh menjadi punca kesesakan jalan raya yang teruk.
Melihatkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh sebuah firma pendidikan pemandu bertajuk ‘Worst and Best Roads-US and International Ranking’ mendapati Malaysia berada di kedudukan ke-12 mempunyai jalan raya paling buruk di dunia.
Berdasarkan kajian itu jalan raya di negara kita telah jatuh sebanyak lima peratus dari segi kualiti dalam tempoh lima tahun kebelakangan.
Dalam statistik yang cukup menyedihkan juga jumlah kemalangan maut di atas jalan raya menunjukkan Malaysia merupakan kedua paling tinggi dengan 22.76 bagi setiap 100,000 penduduk. Itu adalah satu angka yang sebenarnya cukup menggerunkan.
Manakala negara paling tinggu jumlah kemalangan jalan raya berdasarkan populasi penduduk ialah Arab Saudi. Kajian tersebut turut menyenaraikan beberapa buah negara yang memiliki jalan raya terburuk seperti Kuwait, Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.
Kajian berkenaan memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.
Bagaimana pula dengan negara jiran terdekat kita? Berdasarkan data yang diperolehi, Singapura mencatatkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10 dengan kadar kematian jalan raya paling rendah iaitu 1.69 bagi setiap 100,000 penduduk.
Laporan berasingan oleh firma itu yang dikeluarkan pada Mei merekodkan Malaysia antara 10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu selain Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan.
Bagaimanapun Malaysia dilaporkan mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol dengan hanya 0.1 peratus, meskipun menjadi antara negara yang mempunyai tahap kepekatan alkohol darah paling longgar untuk pemandu iaitu 0.08 peratus.
Melihatkan yang cukup merisaukan ini terdapat banyak perkara harus dilakukan segera. Bukan sahaja memulihkan jalan raya tetapi imej negara di mata dunia. Semoga pihak berperanan dan berwajib mengambil kajian ini dengan serius dan melakukan sesuatu dengan segera.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa banyak fakta menarik tentang legenda MMA, Khabib Nurmagomedov yang anda tahu?
Namanya kini terus dikenang sebagai salah seorang petarung MMA yang terlipat dalam sejarah sebagai di atara yang terbaik pernah disaksikan.
Malah, Khabib kini memegang rekod luar biasa dengan 29 kemenangan tanpa kalah di kejohanan UFC.
Juara tidak terkalah tersebut kini dianggap sebagai salah seorang daripada petarung MMA terhebat dalam sejarah sukan tersebut.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa fakta menarik tentang dirinya yang mungkin anda tidak tahu.
Khabib mula berlatih gusti bebas sejak berusia 6 tahun dibawah latihan bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov. Beliau merupakan salah seorang pakar judo dan kombat di Dagestan.
Salah satu lagi fakta menarik Khabis, pada usia remajanya dia meraih pelbagai kejuaraan dan kejayaan dalam pelbagai disiplin gusti dan seni bela diri seperti judo, kombat sambo, pankration dan gusti greko-roman.
Sangat meminati bola sepak. Selain seni mempertahankan diri, Khabib juga gemar bermain bola sepak. Pasukan kegemarannya ialah Anzhi Makhachkala dan juga Real Madrid.
Khabib dikenali sebagai seorang atlet beragama Islam yang cukup taat. Dia tidak pernah mengambil bahagian dalam pertarungan sepanjang Ramadan. Malah dalam setiap ucapannya tak pernah lekang dengan ucapan ‘Alhamdulillah’.
Meminati Fedor Emelianenko yang merupakan atlet MMA paling disegani di Rusia.
Arwah bapanya pernah berkata Khabib akan berhenti bertarung apabila berusia 32 tahun. Jelasnya umur 32 tahun merupakan waktu di mana kondisi fizikal Khabib akan mula menurun.
Merupakan atlet Rusia yang paling popular di Instagram.
Lagu yang digunakan Khabib ketika setiap kali melangkah ke gelanggang ialah lagu daripada Sabrine Kors. Ia merupakan lagu patriotik tentang Dagestan.
Selamat bersara untuk Khabib. Legasi yang anda tinggalkan sesungguhnya cukup luar biasa!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk pelbagai content menarik seperti video di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.