EZUWAN ISMAIL WEDDING

Ezuwan Ismail Wedding Realisasi Impian Raja Sehari

“Bukan mudah untuk berdiri sekadar dengan tiket anda seorang pereka fesyen,  tahun 2019 selain adanya butik baru di Kelantan, saya juga bakal keluar dengan satu projek mega iaitu Ezuwan Ismail Wedding. Ini adalah sebuah projek di mana saya sendiri dan team akan merancang  sendiri majlis perkahwinan pelanggan dari mula sehinggalah ke akhir majlis mereka. Di Ezuwan Ismail Wedding, kami menyediakan pakej pelamin, foto, resepsi, pakaian dan katering khas buat bakal pengantin juga keluarga. Saya memandang ini dari sudut yang positif kerana setiap kali saya menghasilkan rekaan perkahwinan yang eksklusif, pelanggan VVIP saya pasti bertanya mengenai pakej-pakej ini, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya serius dalam dunia perancang perkahwinan pula. Perniagaan  seperti ini bukan bahan dagangan, perlu perancangan terperinci dan pasukan yang besar, maka 2019 adalah tahun terbaik untuk saya merealisasikan impian raja sehari yang inginkan sentuhan sepenuhnya dari  Ezuwan Ismail.”

Berkongsi sedikit mengenai rekaannya di pentas peragaan Kuala Lumpur Fesyen Week 2019 yang lalu, dia mengambil penuh inspirasi retro dan seni pop dan dijadikan konsep utama peragaan. Tujuannya hanya satu iaitu ingin mengabadikan ikon seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Saloma dalam setiap rekaannya. Menghimpunkan 18 rekaan, dengan 12 wanita dan enam rekaan lelaki, Ezuwan menggunakan fabrik denim, neoprene, sifon, net, dutchess dan kapas kerana semua fabrik ini mempunyai keistimewaan serta selesa digayakan. Hadir dengan rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan merah, ia bersesuaian dengan tema seni pop yang memaparkan keceriaan serta kegembiraan.

 

IKLAN

“Tujuan utama pemilihan konsep ini adalah sekadar ingin menghubungkan fesyen sebagai medium perantara dalam mengembalikan nostalgia agung biduan dan biduanita negara. Daripada mengagungkan imej antarabangsa seperti Marilyn Monroe dan kartun Marvel, mengapa tidak karya hebat ini disimpan dan ditempatkan dalam kedudukan tertinggi, seterusnya menjadi simbolik kebanggaan rakyat Malaysia. Selain saya tidak  mahu koleksi kali ini  nampak terlalu berat untuk diterima ramai. Sebab itulah  imej kartun ini ditampilkan dalam setiap rekaan busana. Ia kelihatan lebih diingati dan nampak hidup. Lebih indah ia adalah material dari hasilan rekaan pelukis tempatan dan dicetak di atas fabrik dengan proses pembikinan mengambil masa hampir dua bulan,” jelasnya yang turut mengagumi pereka baru meningkat naik dari label Seth & Luna.

 

Ezuwan Ismail Wedding Realisasi Impian Raja SehariPRIMA VALET REALISASI IMPIAN SEMUA GOLONGAN

IKLAN

Sebut sahaja Prima Valet, ia adalah sebuah gedung fesyen pelbagai jenama yang menjadi pilihan ramai pada hari ini dengan moto “Fesyen Untuk Semua”. Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan di samping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan. Melihatkan keadaan eko­nomi yang kian mencabar, ramai penggemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi ma­sih mengekalkan nilai eksklusif. Maka Prima Valet diwujudkan berperanan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baharu dan memberi peluang kepada semua lapisan golongan untuk merasai sendiri koleksi hasil tangan pereka tempatan.

Ezuwan Ismail Wedding Realisasi Impian Raja Sehari

IKLAN

Penubuhan dan pembukaan Prima Valet ini adalah salah satu cara untuk membolehkan pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh di­lihat menerusi alam maya sahaja. Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada penggemar fesyen tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia.

“Sebagai pereka, saya juga bertanggungjawab untuk melihat peminat label saya yang kurang berkemampuan turut mempunyai koleksi istimewa Ezuwan Ismail. Tanpa disedari kehadiran Prima Valet sebagai pusat sehenti fesyen mampu milik sedikit sebanyak merealisasikan impian pencinta fesyen tempatan. Kami para pereka juga selebriti bertindak sebagai pemangkin utama menggerakkan perniagaan ini bersama-sama.

Kini Prima Valet semakin berkembang dengan terdirinya dua cawangan di Kelantan, iaitu di KB Mall dan Pasir Tumbuh. Selain itu satu cawangan di Wangsa 118, Wangsa Maju dan gedung utama di Ostria Bangi. Jadi buat anda yang inginkan koleksi Ezuwan, boleh terus datang ke butik Prima Valet kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan berkualiti tinggi,” akhirnya menutup bicara bersama Maskulin.

Ezuwan Ismail Wedding Realisasi Impian Raja Sehari

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI