Dalam dunia yang sering kali mengagungkan kesempurnaan fizikal, kisah seorang pendidik bernama Abdullah Kadir muncul sebagai tanda kegigihan dan inspirasi yang luar biasa.

Cikgu Abdullah yang berusia 32 tahun merupajan seorang guru yang kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk terus menyumbangkan bakti.

Malah menjadi pemangkin semangat untuk terus mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar
Sebelum dan selepas kemalangan

Cikgu Abdullah yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tok Uban (SKTU), Kelantan berdepan episod pahit yang mengubah hidupnya. Hanya lapan bulan selepas melapor diri sebagai guru di SK Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2017, beliau terlibat dalam kemalangan tragis pada 26 Mac 2018.

Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu telah menyebabkan beliau kehilangan tangan kanan dari siku ke bawah, sekali gus menyebabkan kecacatan kekal.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

Memetik laporan dari Sinarplus, Cikgu Abdullah berkongsi momen sukar itu. “Ramai yang pandang pelik lihat keadaan saya, sedangkan ahli keluarga semua menangis,” ujarnya.

Kejadian itu berlaku ketika beliau memandu di kawasan Bentong-Raub apabila keretanya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter.

Kemalangan itu menyaksikam beliau tersepit dan tangan kanannya yang merupakan tangan dominan mengalami kecederaan serius tidak dapat diselamatkan.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

Ads

“Saya sudah tahu tangan kanan telah mati sebaik sedar dari pengsan seketika sebelum pasukan menyelamat tiba,” kongsinya dengan tenang.

Kebangkitan Seorang Pendidik

Kehilangan tangan dominan merupakan satu tamparan hebat, terutamanya bagi seorang guru yang kemahiran menulis bagaikan ‘nyawa’ kerjaya. Namun, Cikgu Abdullah enggan menyerah kepada takdir.

Beliau memilih untuk berlapang dada menerima ketentuan Ilahi. “Hilang tangan dominan ketika itu umpama hilang segala kemahiran. Memegang sudu untuk makan pun saya tidak mampu. Tapi saya memilih untuk tersenyum, lapang menerima ketetapan takdir,” katanya.

Dengan semangat yang luar biasa beliau mula melatih tangan kirinya. Lebih menakjubkan beliau turut memanfaatkan kedua kakinya sebagai pengganti tangan.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

Dari menulis, mewarna, sehinggalah mengajar di papan putih. Ini adalah bukti kekuatan mental dan fizikal yang jarang kita temui.

Ads

“Saya bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan terus berbakti kepada anak bangsa,” titipnya, penuh makna.

Mengukir Kejayaan Demi Anak Didik

Cikgu Abdullah tidak mahu menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan. Beliau berusaha sehabis baik meletakkan dirinya sebaris dengan guru-guru lain.

Projek transformasi bilik darjah dan pembukaan semula bilik agama di SKTU menjadi simbol kebangkitan beliau.

Malah, berkat kegigihannya kelasnya yang terdiri daripada murid kelas belakang berjaya mengatasi kelas lain dalam pertandingan kelas bersih dan ceria. “Kejayaan ini simbol rasa cinta saya kepada kerjaya dan anak didik,” kongsinya.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

Sumbangan dan kegigihan Cikgu Abdullah tidak terhenti di situ. Pada tahun 2024, beliau berjaya melatih dua orang murid untuk pertandingan STEM Talent Show sehingga menjadi Johan Negeri Kelantan dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Ads

BACA: Kejayaan Mo Salah Bersama Liverpool, Kini Jadi Inspirasi Luar Biasa Buat Lelaki

Beliau turut mengambil inisiatif melatih kumpulan nasyid sekolah, meskipun serba kekurangan, sehingga berjaya merebut takhta johan daripada sekolah yang bertahun-tahun memegangnya.

Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

“Cukup menjadi simbol perjuangan seorang guru OKU demi melihat kejayaan anak didiknya,” tambahnya.

Atas segala sumbangan dan dedikasinya, Cikgu Abdullah baru-baru ini merangkul Anugerah Guru Cemerlang OKU Negeri Kelantan, satu pengiktirafan yang sangat layak untuk seorang insan berjiwa kental.

Semoga kisah Cikgu Abdullah menjadi inspirasi buat kita semua!

Sumber: Sinarplus & Tiktok Cikgu Abdullah

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI