Ananda Krishnan, seorang tokoh korporat terkemuka Malaysia yang mempunyai visi yang luar biasa dalam dunia perniagaan.
Beliau yang sering dirujuk sebagai “AK”, adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih yang dianggarkan lebih AS$5 bilion (RM 22.2 bilion).
Ananda Krishnan terkenal dengan sikap rendah diri dan kemampuannya untuk membina empayar perniagaan yang meliputi pelbagai sektor seperti telekomunikasi, media, dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
Foto : Deadline
Asal Usul dan Perjalanan Awal Ananda Krishnan
Ananda Krishnan dilahirkan pada 1 April 1938 di Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada keluarga Tamil yang berasal dari Sri Lanka.
Pendidikan beliau bermula di Sekolah Tamil Vivekananda dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Beliau kemudian meneruskan pengajian di University of Melbourne, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi.
Ananda seterusnya menyambung pengajian di Harvard University, di mana beliau memperoleh MBA, memperkukuhkan asas untuk perjalanan kerjaya yang cemerlang dalam dunia perniagaan.
Ads
Foto : The Star
Permulaan Kerjaya dan Perjalanan Perniagaan
Setelah tamat pengajian, Ananda Krishnan kembali ke Malaysia dan memulakan perjalanan kerjayanya dalam pelbagai bidang perniagaan.
Beliau awalnya terlibat dalam sektor minyak dan gas, menyedari potensi besar yang dimiliki oleh industri ini.
Namun, kejayaan terbesar beliau tercapai melalui penglibatan dalam sektor telekomunikasi.
Pada awal 1980-an, Ananda Krishnan mengasaskan syarikat Maxis Communications, yang kemudiannya berkembang menjadi salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Ads
Kejayaan Maxis bukan hanya terhad di Malaysia, tetapi ia turut menguasai pasaran di seluruh Asia. Kepimpinan beliau yang berwawasan dan keupayaan untuk memperkenalkan teknologi baru serta perkhidmatan yang inovatif menjadikan Maxis sebagai peneraju industri.
Di bawah bimbingan Ananda Krishnan, Maxis terus berkembang pesat dan dikenali di peringkat global.
Selain itu, beliau juga merupakan pemangkin utama dalam perkembangan Astro, penyedia perkhidmatan televisyen berbayar pertama di Malaysia, yang telah membawa revolusi dalam industri penyiaran tempatan.
Melalui Astro, Ananda membuka ruang untuk rakyat Malaysia menikmati lebih banyak kandungan hiburan dan pendidikan, sekaligus memberi impak besar kepada industri media dan hiburan negara ini.
Ads
Penghargaan dan Sumbangan Sosial
Di sebalik kejayaannya dalam dunia perniagaan, Ananda Krishnan juga dikenali sebagai seorang dermawan yang amat memberi perhatian kepada kegiatan amal.
Beliau memainkan peranan penting dalam pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk melalui platform media global seperti Live Ad, yang bertujuan untuk memacu usaha-usaha kebajikan.
Sumbangan beliau kepada badan-badan amal termasuk kuil-kuil, institusi pendidikan dan pelbagai organisasi lain adalah bukti jelas komitmen beliau untuk memberikan kembali kepada masyarakat.
Sumbangan sosial beliau turut diperluaskan melalui yayasan-yayasan seperti Harapan Nusantara dan Yayasan Yu Cai, yang menyediakan biasiswa kepada pelajar tempatan dan menyokong perkembangan pendidikan di Malaysia.
Sifat dermawan beliau telah membantu memperkasa pendidikan dan menyediakan peluang kepada generasi muda untuk berjaya.
Sumber : Bernama
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersempena dengan edisi ketiga Green Carpet Fashion Awards yang berlangsung pada 23 September 2019 di Teatro alla Scala, pereka fesyen terkenal Ermenegildo Zegna telah menerima anugerah CNMI Award in Recognition for Sustainability.
Pernghargaan yang cukup berprestij itu diberikan kerana komitmen yang berpanjangan serta sumbangan besarnya terhadap membentuk kelestarian dalam sistem industri fesyen.
Anugerah ini juga merupakan mengangkat martabat Zegna yang memperkenalkan kempen projek #USETHEEXISTING di bawah selian arahan seni Alessandro Sartori.
#USETHEEXISTING yang dilancarkan oleh Zegna merupakan sebahagian daripada kempen Zegna XXX Winter 2019 Show dan ia dipanjangkan sehingga ke Summer 2020 Show.
Kempen tersebut menyaksikan Zegna menyeru penggiat fesyen untuk menggunakan sumber kain kapas dan fabrik teknikal yang sedia ada. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan proses inovatif dan kitar semula terutamanya bahan daripada botol plastik dan fiber buluh.
Eric Underwood
“Sejak dari dulu perniagaan keluarga kami teah didorong oleh pendekatan kelestarian alam dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap komuniti.
“Misi global Zegna telah diinpirasikan selari dengan visi jenama Zegna yang memahami betapa pentingnya untuk kita menjaga, menghormati dan memulihara alam sekitar,” jelas Ermenegildo Zegna selaku CEO Ermenegildo Zegna Group.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nasi ayam memang tak asing bagi kita, menu sajian yang merentasi sempadan budaya dan menjadi kegemaran ramai, tidak kira usia atau latar belakang. Di setiap sudut kota, dari gerai kaki lima yang meriah hingga restoran yang bersih dan selesa, hidangan istimewa ini disajikan dengan penuh kasih sayang.
Kali ini kami kongsikan resipi nasi ayam versi campak-campak pula, air tangan Superdaddy yang hot dan terkenal Khairul Abdullah.
nasi ayam
Aku suka masak jenis sekali jalan atau “one pot meal” ni. Sekali masak tapi semua ada dalam tu, tak payah nak masak lauk dan sayur pulak. Jadi aku selalu lah main campak-campak. Tak perlu ikut resepi tapi ikut naluri sahaja. Untuk orang yang biasa masak atau mak-mak, campak-campak ni memang standard diorang lah. Tapi untuk nubis, nak juga kena tengok resepi kan?
Nah aku share resepi campak-campak one pot meals resepiKhairul Abdullah. Bahan-bahan untuk projek ini: 2 pot beras dibasuh dan ditoskan.
3-4 ketul ayam dibasuh dan ditoskan.
3 ulas bawang putih dipotong kecil.
2 ulas bawang merah nihiris nipis.*
1 inci halia dihiris nipis.*
1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang.*
1 tangkai daun kari kalau suka.* Tak suka tak apa aku tak marah.
1 helai daun pandan, tak ada pun tak apa.
1 ketul kiub pati ayam, kalau taknak pun tak apa.
5 sudu minyak masak.
1 biji kentang dipotong kecil.
1 batang carrot di potong kecil.
Dan sayur-sayur lain jika ada.
Garam secukup rasa.
Cara melaksanakannya: 1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang sehingga naik bau. 2. Masukkan daun pandan jika ada dan kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau rata dan tutup api. 3. Pindahkan beras tadi separuh ke dalam periuk elektrik dan ratakan. Kemudian masukkan ayam, susun cantik-cantik dalam tu dan masukkan baki beras tadi.
4. Masukkan sayur, karot, brokoli, kentang, tomato atau apa sahaja di bahagian atas.
5. Bancuh kiub pati ayam tadi dengan air panas dan masukkan bersama 3 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Kalau tak guna kiub pati tu maka tambahlah garam.
6. Tekan on atau cook dan biarlah sampai dia masak. Jangan dok kacau dia okeh.
Siap dan hidangkan. Senang yakmat. Paling penting budak-budak suka. Cubalah.
Pencapaian yang membanggakan buat pemain sayap negara bertubuh kecil ini apabila memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar.
Faisal Halim mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya ‘menipu’ pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.
AFC sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.
Ini 12 fakta menarik penjaring gol ini;
Berusia 26 tahun, lahir pada 7 Januari 1998 dan berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang.
Dipanggil Mickey dan berketinggian hanya 1.58 meter.
Pemain Harimau Malaya sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Kejayaannya menjaringkan gol ketika berdepan Korea Selatan pada 25 Januari lalu disifatkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu keajaiban.
Tonggak sayap skuad kebangsaan itu menjaringkan gol pertama skuad negara pada minit ke-51.
Mulanya Faisal menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19.
Memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015 dan dalam tahun sama diserap ke skuad senior Penang FC kerana kelincahannya beraksi.
Mickey kemudiannya bersama pasukan Sri Pahang pada November 2015 dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
Pada 6 Disember 2020, Faisal menandatangani kontrak dua tahun dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas. Dia menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti.
Sekadar info, Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).
Tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.
Tahniah Faisal, moga kejayaan ini menjadi inspirasi anak muda untuk memajukan sukan bola sepak tanah air.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...