Hadir ke pejabat dan melakukan tugas rutin belum cukup mencabar diri anda. Ada waktunya, ‘masalah’ menjadi teman yang cukup digemari.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai IQ tinggi. Jika tiada masalah yang perlu diselesaikan, otak anda mungkin jadi tepu.

Jadi untuk rasa seronok ketika bekerja, ini antara 10 jawatan yang sesuai bagi anda yang gemar gunakan otak semasa bekerja :

1. Doktor dan pakar bedah

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Seseorang doktor pasti akan menjalani kerja-kerja yang sangat mencabar. Memandangkan para doktor perlu mengambil masa bertahun-tahun pengajian sebelum memasuki alam pekerjaan, ia bermakna mereka memerlukan semangat yang lebih banyak dan kecerdasan yang lebih tinggi daripada biasa.

2. Professor universiti

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Untuk menjadi seorang profesor, anda perlu memegang ijazah peringkat tinggi dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Untuk mencapai tahap ini, seseorang perlu perlu menjadi pemikir dan mampu menyerap ilmu pengetahuan seperti span.

3. Jurutera elektrik

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

IKLAN

Kerjaya dalam bidang kejuruteraan bukan mudah untuk dimiliki. Seperti kebanyakan bidang yang memerlukan pengkhususan yang tinggi, seorang jurutera perlu belajar dengan lebih gigih dan berupaya berfikir secara abstrak yang bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan, terutama sekali jurutera elektrik, kebiasaannya mempunyai kepintaran yang lebih hebat daripada mereka dalam bidang lain.

4. Peguam

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Pemikiran abstrak dan keupayaan untuk mengimbas kembali maklumat yang banyak pada satu-satu masa merupakan kriteria untuk menjadi seorang peguam yang baik. Oleh sebab itulah bukan semua orang mampu untuk menceburi bidang ini. Peguam kebiasaannya merupakan golongan cerdik pandai. Jika anda biasa menonton rancangan TV seperti Law and Order atau drama prosedur jenayah yang lain, anda pasti faham mengapa.

5. Saintis

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

IKLAN

Ahli sains merupakan suatu istilah yang amat meluas untuk menggambarkan pelbagai jenis kerjaya. Seorang saintis boleh bekerja dalam bidang kesihatan, teknologi atau apa jua bidang yang anda fikirkan. Mereka memerlukan kepintaran untuk menyelesaikan masalah yang rumit dan memberi jalan penyelesaian yang logik.

6. Jurutera bahan dan reka bentuk

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Ini satu lagi cabang dalam bidang kejuruteraan. Seorang jurutera bahan dan reka bentuk perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai pelbagai subjek termasuklah sains dan matematik. Bagi orang biasa, mereka mungkin tidak mampu untuk mencapai tahap kelayakan IQ yang diperlukan.

7. Profesional perisian dan IT

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

IKLAN

Di kebanyakan bandar besar, para pekerja syarikat teknologi seringkali memperolehi pendapatan yang lumayan. Hal ini demikian kerana mereka perlu memiliki kepintaran yang laur biasa untuk menangani masalah yang dihadapi oleh syarikat seperti berfikir satu langkah ke hadapan dan sentiasa menepati kehendak pengguna.

8. Jurujual

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Anda mungkin tidak menyangka jawatan ini termasuk dalam senarai. Sebenarnya anda tidaklah perlu menjadi terlalu pintar untuk memasuki bidang jualan. Namun, apabila difikirkan, menjadi seorang jurujual yang hebat adalah lebih mudah sekiranya anda seorang yang bijak. Anda boleh mengaplikasikan pelbagai strategi psikologi dan memahami produk dan perkhidmatan dengan lebih mendalam.

9. Pegawai kewangan

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Jika anda menonton Bloomberg, membaca artikel atau apa-apa bahan bacaan berkaitan kewangan, anda mesti sukar memahami pelbagai jargon dan huraian yang digunakan. Kerumitan dalam sektor kewangan inilah yang menyebabkan individu dengan kepintaran tinggi dan benar-benar bersemangat waja sahaja mampu menjejakkan kaki ke Wall Street.

10. Ejen hartanah

Anda Miliki IQ Yang Tinggi? Ini 10 Jawatan Yang Sesuai Dengan Anda!

Seperti jurujual, ini lagi satu jawatan yang memeranjatkan termasuk dalam senarai. Para profesional dalam bidang hartanah kebiasaannya lebih bijak daripada orang biasa, menurut kajian sumber artikel ini. Seorang ejen hartanah perlu mempunyai pelbagai kemahiran – mereka perlu menjadi seorang jurujual, mempunyai ilmu berkaitan kewangan dan perbankan, mengetahui beberapa perkara berkaitan reka bentuk dan kejuruteraan selain faham selok-belok undang-undang yang berkaitan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI