Tidak ada sesiapa yang inginkan kemalangan berlaku namun jika ia sudah berlaku, sabar dan bertenang terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi kalau kemalangan tersebut berlaku kerana kesesakan lalu lintas dan bukannya pemanduan secara berbahaya.
Kalau memandu secara berbahaya sehingga melibatkan kematian, itu kes lain kerana ia merupakan isu yang sangat besar.
Namun jika ia berlaku semasa pergi atau pulang dari kerja, alaaa.. macam kes terlanggar ‘bontot’ kereta, ini perkara yang perlu anda lakukan :
1. Usah panik
Ditegaskan, usah panik. Kalau tiba-tiba rasa kereta anda bergegar kena langgar dengan kereta belakang, terus bagi signal untuk ke bahu jalan.
Ads
2. Berhenti ke tepi jalan
Jangan lepas kena langgar, terus berhenti dekat tengah-tengah jalan. Nanti jalan jadi makin sesak.
3. Jangan halang lalu lintas
Kalau anda halang lalu lintas, nanti kereta lain pun jadi mangsa. Silap hari bulan, anda dan ‘rakan berlanggar’ pula kena makin.
4. Tak perlu marah-marah
Sebagai rakyat Malaysia, tak usah marah-marah. Mengamuk macam orang gila pun tak ke mana, benda boleh settle cara elok kot. Nampak sangat tak bertamadun.
5. Periksa tahap kemalangan
Apa yang anda kena buat, periksa tahap kemek dekat tempat kena langgar tu. Teruk ke tak. Atau cuma sekadar calar-calar manja yang boleh polish semula.
Ads
6. Ambil gambar
Kalau serius, terus ambil gambar. Jangan post di Facebook atau Twitter, selesaikan dahulu masalah tepi jalan tu sebagai bukti awal.
7. Terus berbincang untuk ke balai
Kemudiannya, bincanglah. Siapa bersalah dalam hal ini. Dan kalau anda yang terlanggar orang kerana kecuaian, terpandang awek lain ke, mengaku salah sahajalah. Tak perlu kata kereta depan brek mengejut.
Kalau kereta depan kata dia brek mengejut, kenal pasti apa alasan dia dan harapnya alasan tersebut tidak bercanggah dan masuk akal.
Ads
8. Buat laporan trafik
Bukan apa, sebab kalau dah terlibat dalam kemalangan sedemikian, laporan polis memang perlu dibuat dalam masa 24 jam. Ambil katalah salah seorang menipu katanya tak nak buat report, last-last dia pergi tanpa pengetahuan anda, anda juga yang akan terkesan paling teruk nanti. Pergilah buat laporan untuk keselamatan.
9. Terus maklumkan pihak pengeluar kereta
Siap ada laporan, bawa berjumpa dengan pihak pengeluar kereta anda. Di sana pegawai terbabit akan terang prosedur dia macam mana.
10. Kereta masuk bengkel
Kalau hantar dekat bengkel pengeluar kereta tu, memang lambat sikit tetapi terjaminlah. Kalau nak cepat, hantar aje ke bengkel luar dan kemudian claim insurans.
11. Claim insurans
Biasanya, insurans akan diambil daripada pihak ketiga. Kalau anda dilanggar, orang yang melanggar andalah yang akan menanggungnya.
12. Memandu seperti biasa semula
Selesai sahaja proses baik pulih, gunalah semula kereta anda dan pastikan, jangan berlaku kemalangan lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pinjaman bank untuk pembiayaan kereta adalah satu kelaziman di Malaysia. Bukan mudah untuk kita lihat seorang lelaki membeli kereta secara tunai kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit.
Kaedah pinjaman bank adalah pilihan yang paling sesuai untuk pemilikan kereta baharu, dan ia menjadi sesuatu yang sudah sebati dengan gaya hidup lelaki masa kini.
Urusan permohonan pinjaman kereta boleh dilakukan sendiri oleh pengguna atau dilakukan oleh penasihat jualan di atas kebenaran pengguna. Tidak semua orang arif tentang perkara yang melibatkan pinjaman kereta.
Apa yang paling penting perlu kita tahu ialah kadar faedah dan juga kelayakan gaji bagi memohon pembiayaan tersebut. Selain itu kita juga perlu menyediakan pembayaran deposit atau ‘duit muka’.
Bagi permohonan pembiayaan atau pinjaman kereta kebiasaannya bank akan tawaran tempoh selama 5, 7 atau 9 tahun.
Bila menyebut tentang tempoh pinjaman ia mungkin bersifat agak subjektif bagi setiap individu. Ada yang suka cepat habis dan ada juga sebaliknya. Namun tempoh pinjaman manakah yang paling baik?
MASKULIN tertarik dengan jawapan yang diberikan dari seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman luas. Pada pendapatnya tempoh pinjaman terbaik adalah selama 7 tahun.
Nak tahu mengapa tempoh itu jadi pilihannya? Ikuti penjelasan lanjut menerusi video di bawah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas muka depan imej MPV (kenderaan pelbagai guna) Mitsubishi baharu tersebar, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan imej rasmi model berkenaaan sebelum kemunculan globalnya pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Namun, pada majlis pendedahan MPV itu kepada media Indonesia, Mitsubishi tidak mengumumkan nama rasmi model berkenaan. Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander. Apakah masih nama yang sama atau akan berubah?.
Buat masa ini Mitsubishi menggelarkan MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’.
PT Mitsubishi Motor Kramayudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia menyatakan MPV kompak itu menggabungkan kebaikan SUV (kenderaan utiliti sport) dan MPV.
Model itu menggabungkan keselesaan dan ruang yang lapang seperti sebuah MPV dan kekuatan, gaya dan fungsi dari SUV.
Oleh kerana saiz badannya yang agak besar dan lebar berbanding MPV dalam kelasnya, Mitsubishi memberi jaminan produk yang digelar sebagai MPV sejuta umat oleh media Indonesia itu tidak akan berat.
ENJIN:
Bagi menggerakkan model MPV itu, Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
LUARAN:
1) Desain depan menggunakan konsep Dynamic Shield yang menggabungkan tiga peringkat lampu iaitu lampu nyalaan siang (DRL) LED di bahagian sisi atas dan lampu utama yang digabungkan bersama lampu isyarat membelok di bahagian bawah (tengah sisi bampar). Terakhir, lampu kabus di letakkan di bahagian bawah sekali.
2) Lampu belakang mengingatkan kepada Mitsubishi Pajero Sport yang lama. Selain itu, ia juga mirip kepada model CR-V baharu.
3) Cermin belakang agak landai.
4) Menggunakan operasi sistem keyless entry selain lampu depan akan menyala selama 30 saat ketika pemilik keluar dari kenderaan pada waktu malam.
5) Dimensi MPV ialah panjang 4,475 mm, lebar (1,750mm) dan tinggi (1,700 m) serta jarak kelegaan tanah 205mm.
6) Bampar belakang dipadankan dengan rekaan yang sederhana bersama diffuser dan reflektor di bahagian bawah.
KABIN
1) Pada bahagian papan pemuka, Mitsubishi memilih skrin head unit yang diposisikan di atas corong pendingin hawa. Desain papan pemuka ala kubah itu menerima kemasan dua tona warna iaitu beige (kuning air) dan kelabu.
2) Kerusi juga menerima kemasan warna kuning air yang dipadankan dengan stereng tiga jejari.
3) Bahagian panel instrument digabungkan dengan paparan digital dan analog. Indikator speedometer diletakkan di tepi kanan manakala takometer di sebelah kiri dengan MID digital di tengahnya.
4) Kabin menawarkan tujuh tempat duduk.
5) Lebih menarik kerusi barisan kedua dilengkapi dengan perehat tangan yang agak besar dan kerusi berkenaan boleh ditolak ke sisi seperti Mazda Biante.
6) Untuk akses ke kerusi belakang, Mitsubishi menggunakan konsep one touch tumble.
7) Bagi mendapatkan ruang kargo yang lapang, kerusi barisan kedua dan ketiga itu boleh dilipat sehingga rata.
8) Turut ditawarkan USB mahupun soket 12 volt.
HARGA:
Anggaran harga bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Ketahui cara mengukur badan dengan betul untuk mendapatkan saiz baju yang tepat. Panduan lengkap ini membantu anda memilih pakaian yang lebih selesa dan kemas sempena Hari Raya.