Jangan sesekali pandang ringan soal disiplin parkir, terutama di kawasan awam macam stesen LRT. Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kejadian lima buah kereta diseret pihak berkuasa di sekitar Stesen LRT Glenmarie, Shah Alam.
Dalam satu klip video yang dikongsi netizen bernama Awinn, kelihatan beberapa kereta rosak teruk — bahagian depan remuk, sisi kanan calar-balar. Yang paling panas hati, pemandu yang langgar tu senyap je, tak tinggal sebarang nota minta maaf, terus cabut lari.
“Balik kerja hari ni nampak banyak kereta kena seret. Sudahlah tak tinggal nota minta maaf. Sakit hati tengok kereta orang lain dah macam tu, bayangkan kalau kereta sendiri,” luah Awinn.
Memang tak dinafikan, parkir dekat kawasan LRT Glenmarie ni ibarat rebut kerusi muzik. Siapa cepat, dia dapat. Bila dalam kawasan penuh, ramai terpaksa parkir tepi jalan walaupun tahu risiko besar.
Dekat ruangan komen, ramai juga yang bersimpati dengan nasib pemilik kenderaan malang tu. Ada yang kata, pihak berwajib patut sediakan parkir bertingkat supaya orang tak serabut cari ruang.
“Kesian gila owner kereta tu. Bayangkan balik kerja tengok kereta sendiri remuk. Kalau buat parkir 10 tingkat, bayar setiap bulan pun orang sanggup, janji selamat,” kata Md Feroz.
Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang tegur, parkir tepi jalan sampai ganggu laluan bas dan kenderaan besar, memang mengundang padah.
“Dah tahu tempat tu bukan kawasan parkir. Bayangkan bas nak keluar masuk, tak lepas sebab kiri kanan kereta penuh. Sekarang, dapatlah pengajarannya,” balas Mr. Zano.
Betul, situasi parkir terhad, tapi jangan sampai pentingkan diri sampai orang lain susah. Ingat, kereta bukan murah, baiki bodywork atau cat pun boleh rabak poket. Lagi pedih, maruah sendiri tercalar bila orang kecam sebab sikap tak bertanggungjawab.
Kalau situasi terdesak, lebih baik ambil pengangkutan awam terus, atau plan awal. Jangan fikir mudah parkir tepi jalan, esok lusa kereta sendiri jadi mangsa, hati sendiri juga yang sakit.
Maskulin nak pesan, disiplin atas jalan raya mencerminkan kelas seorang lelaki. Parkir biar ada akal, jangan sebab nak cepat atau malas, akhirnya orang lain susah, kereta sendiri rosak, nama sendiri dipersenda.
Jaga diri, jaga kereta, jaga maruah. Kalau nak jadi lelaki urban yang smart, parking pun kena smart, bro!
Siapa yang tidak kagum dengan lakonan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark yang juga merupakan seorang adiwira Iron Man yang cukup diminati ramai.
Dalam setiap filem, Tony Stark digambarkan sebagai seorang lelaki kaya dan pintar dalam membangunkan sesebuah aplikasi yang bersifat futuristik.
Namun dalam melayan filem-filem lakonannya sebagai Tony Stark, pernah tak anda curi-curi pandang dengan teliti kereta apa yang Tony Stark pakai?
Kalau macam tak perasan atau terlepas pandang sebab anggap kereta itu sekadar perhiasan mencantikkan sinematografi, jom layan gambar-gambar di bawah :
a) Iron Man 1
Dalam filem pertama Iron Man, antara kereta milik Tony Stark yang diperkenalkan adalah Audi R8. Ia menjadi trend sehingga orang menggelarnya sebagai kereta Iron Man. Di samping itu, di dalam garaj milik Tony Stark juga tersimpan beberapa kereta klasik seperti Shelby Cobra, Saleen S7, Tesla Roadster dan 1932 Ford Flathead Roadster.
b) Iron Man 2
Dalam sekual kedua, Tony Stark dilihat memperkenalkan Audi R8 Spyder buat seketika dan selain itu, ada kelihatan juga kereta Ford Flathead dari filem pertamanya.
c) Iron Man 3
Menerusi kejayaan besar filem tersebut, Tony Stark dalam filem ketiga ini dilihat segak memandu Audi R8 e-tron dan Bugatti Veyron Supersport.
Seterusnya dalam filem pertama gabungan semua adiwira terawal, Tony Stark ditampilkan dengan kereta dari jenis Acura NSX namun terdapat sedikit pengubahsuaian daripada konsep asal.
e) The Avengers: Age of Ultron
Masih menceritakan kesinambungan dari filem pertama Avengers, filem ini membangkitkan kisah permulaan Ultron wujud sebagai jasad yang hidup dan di samping itu, Tony Stark dilihat mengguna semula Audi R8 yang mendapat sedikit sentuhan rekaan semula. Sama juga seperti dalam filem Captain America : Civil War, tidak banyak perubahan kenderaan yang digunakan Tony Stark.
f) Spider-Man: Homecoming
Dalam filem reboot Spider-Man, Tony Stark dilihat menggunakan kereta Audi A8 yang baharu.
g) Avengers : Endgame
Dalam filem yang bakal dinanti-nantikan ini pula, jenis kereta yang akan dipandu Tony Stark belum diketahui tetapi baru-baru ini, Robert Downey Jr. dijemput untuk memandu uji Audi e-tron GT yang terbaharu.
Adakah ini kereta yang akan dipakai Tony Stark dalam filem Avengers : Endgame? Sama-sama kita saksikan!
Tetapi sebenarnya koleksi kenderaan Tony Stark ada banyak lagi dan ini sekadar pendedahan ringkas. Nak tahu lebih lanjut, terus kekal bersama Maskulin.
Car seat terkoyak memang menyakitkan mata jadi kita perlu tahu cara baikiya dengan murah, mudah dan selamat!
Bukan sahaja sakit mata memandang tetapi ia boleh mengundang pelbagai jenis kotoran masuk dan menjadi ‘pusat’ membiak serangga yang pastinya boleh menjejaskan pengalaman menaiki kereta setiap hari.
Selain itu car seat yang berlubang juga boleh menjadi basah lalu menyebabkan bau hapak berkumpul. Pastinya anda tidak mahu perkara seperti itu berlaku.
Untuk membaiki tempat duduk kereta yang rosak terdapat beberapa langkah mudah dan selamat boleh anda lakukan.
Ikuti 5 langkah berikut:
Pertama sekali semak tempat duduk kereta anda untuk kerosakan seperti lubang atau koyak pada kulit atau kain tempat duduk.
Pastikan anda tahu jenis bahan yang digunakan untuk tempat duduk anda sebelum memulakan sebarang kerja membaiki. Bukan apa nanti susah pula nak baikinya jika anda tak tahu apa bahan car seat anda.
Bergantung kepada jenis kerosakan, anda mungkin memerlukan bahan-bahan seperti kulit sintetik atau kain tempat duduk, benang dan jarum, perekat khas untuk kulit atau kain, dan alat seperti gun tangan.
Sebelum mula proses membaikinya, pastikan anda membersihkan tempat duduk kereta dengan betul dengan menggunakan sabun dan air untuk mengelakkan sebarang kotoran dan debu daripada memasuki kawasan yang rosak semasa membaiki.
Bergantung kepada jenis kerosakan, anda boleh membaiki lubang atau koyak dengan menempel atau menjahit bahagian yang rosak. Jika kulit tempat duduk rosak, anda boleh menggunakan perekat khas untuk kulit untuk membaikinya.
Setelah membaiki, biarkan tempat duduk kereta anda kering sepenuhnya sebelum digunakan semula.
Selamat mencuba!
Sekiranya anda tidak yakin bagaimana untuk membaiki tempat duduk kereta anda, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar tempat duduk kereta atau mekanik kereta yang berpengalaman.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.